Assalamualaikum w.b.t
Masih ramai lagi para peniaga yang belum mempunyai blog.
Sekiranya anda berniaga di internet, atau secara offline, maka blog boleh menjadi tapak perniagaan anda yang seterusnya.
Jika anda sudah mempunyai blog, tahniah.
Kelebihan Blog
Tetapi jika belum, mungkin anda boleh lihat kembali sekiranya ada keperluan untuk anda membuat blog bagi membina jenama perniagaan anda di internet.
Selain itu, ia juga bagi memudahkan para pelanggan anda merujuk sebarang maklumat produk, servis dan perkhidmatan yang anda tawarkan, testimoni pelanggan, pembelian secara online dan banyak lagi yang boleh anda lakukan dengan blog perniagaan anda.
Dalam masa beberapa tahun lagi, kebanyakan perkhidmatan dan transaksi, boleh dan perlu dilakukan secara online di mana sudah ramai yang menggunakan internet melalui laptop, computer, tablet, telefon pintar dan sebagainya.
Pastikan perniagaan anda tidak ketinggalan.
Tidak cukup jika anda hanya berniaga di Mudah.my, atau di Facebook.com kerana bila-bila masa sahaja mereka boleh ubah polisi perniagaan mereka.
Sebaliknya, jika anda mempunyai blog, dan menyalurkan pelanggan anda di Mudah.my atau di Facebook ke blog anda, maka secara tak langsung anda sudah punya tapak anda sendiri.
Di mana pelawat atau pelanggan anda boleh ke laman blog anda bila-bila masa sahaja dan melihat artikel yang anda tulis dengan mudah.
Jadi, anda boleh mengelakkan daripada terpaksa reply di Facebook atau Whatsapp perkara yang sama kepada setiap pelanggan anda sedangkan mereka boleh membaca lanjut berkaitan perniagaan anda di blog anda.
Adalah lebih mudah jika anda kongsikan sahaja alamat blog anda kepada bakal pelanggan anda untuk mereka lihat lebih lanjut pelbagai produk dan perkidmatan yang anda tawarkan.
Blog sentiasa relevan
Berbanding platform media sosial yang lain, yang ada pasang dan surutnya, serta banyak persaingan dan perubahan polisi, blog sentiasa menjadi pilihan utama dan relevan untuk jangka masa yang lama.
Ini kerana, setiap yang melayari internet akan mencari maklumat lanjut berkaitan sesuatu perkara. Dan biasanya mereka akan merujuk dan membaca artikel-artikel di blog.
Bagaimana ingin membuat blog?
Jika anda masih baru, anda boleh pilih untuk buat blog percuma di platform percuma di Blogspot.com atau di WordPress.com .
Hanya daftar emel anda dan ikut langkah yang diberikan untuk anda membina blog percuma anda.
Pilihan kedua adalah dengan membeli nama domain dan hosting anda sendiri, iaitu blog berbayar dengan kos serendah RM 60 setahun.
Di mana anda lebih bebas dengan blog anda dari segi design, meletakkan iklan, membuat plan backup artikel blog, memuat naik fail dan sebagainya.
Untuk membina blog sendiri, anda perlu komitmen dan sanggup untuk pelajari asas berkaitan hosting, nama domain, cPanel dan lain-lain yang sebenarnya adalah mudah sahaja. Dengan syarat anda sanggup mencuba sesuatu yang baru.
Jika anda ingin memilih kaedah kedua iaitu dengan membina blog anda sendiri, saya telah sediakan lebih daripada 20 video berkaitan segala perkara yang perlu anda tahu dan pelajari secara live langkah demi langkah.
Saya pakejkan video tersebut dalam Panduan Membina Blog WordPress Sendiri yang boleh didapati di sini.
Sekali lagi saya tegaskan, anda boleh membina blog Percuma dahulu dan dapatkan pengalaman dalam blogging. Ini kerana asasnya adalah sama sahaja.
Dan apabila anda sudah sedia suatu masa nanti, dan bercadang ingin memiliki blog berbayar dengan nama domain (jenama) anda sendiri, maka anda boleh memilih langkah kedua tadi pula.
Fairuza Mansor says
Terima kasih di atas perkongsian Zulfadhli,
Blog dah ada, tapi tue la nak konsisten menulis tue yang mencabar sikit. ๐
Sebaik-baiknya berapa kerap yea nak kena menulis di blog? Seminggu sekali?
zul press says
terpulang kepada kelapangan cik puan. paling elok 3 kali seminggu, jika tak mampu, seminggu sekali atau paling kurang ada beberapa blog post dalam sebulan. insyaAllah apabila konsisten akan dapat membuahkan hasil. ๐
shinta says
kak, saya kan masih pemula..saya ingin memiliki blog dengan domain nama saya sndiri..boleh bagi caranya gak ?saya pngn memasarkan produk yg saya jual..mohon balasannya kak
terimaksih
zul press says
boleh pilih mana-mana syarikat hosting di malaysia/indonesia.. ada 2 pilihan :
1. beli nama domain sahaja tapi masih lagi guna platform blogspot (hanya tukar daripada nama .blogspot kepada nama domain yang baru dibeli)
2. beli nama domain dan pakej hosting sekali
terpulang atas pilihan. kedua-dua cara boleh diguna untuk buat blog dengan nama domain sendiri. untuk pasarkan produk pula, perlu banyakkan post perkongsian di blog, dan promosi percuma dan berbayar. ๐
Firdaus says
Nak tanya, apa kekurangan kalau beli nama domain sahaja tapi masih lagi guna platform blogspot?
zul press says
terima kasih, tuan Firdaus. beli nama domain tapi guna blogspot tiada masalah. cuma fail blog seperti content blog n images semua dimiliki oleh google yang mana mereka berhak untuk shutdown blog kita tanpa notis jika didapati melanggar syarat mereka atau mencapai kuota tertentu. jika blog hosting, kita yang urus blog kita 100% dan boleh backup semua fail blog ke external dan juga boleh muatnaik apa jua fail ke hosting dengan mudah.
khair othman says
Terima untuk perkongsian info
zul press says
sama2 ๐
MShahrulnizam says
Tips yg bagus….good idea bro….
zul press says
terima kasih, alhamdulillah.
Fairuza says
Terima kasih di atas video yang telah disediakan. Bagi saya ia sangat-sangat bermanfaat.
puteri pastel says
Assalam…berminat nk jana pendapatan dgn kongsimakan.com bole dptkan info diblog sy puteripastel.blogspot.com.tq:)
faizzarul1994 says
Salam bang…,camne ek nak nak ke langkah seterusnya.saya dah design blog tetapi saya tak tahu nak buat apa untuk menjana duit melalui blog.adakah saya kena beli domain dulu?please help…..
zul press says
Wkmslm w.b.t
Boleh guna blogspot dahulu dan dapatkan trafik ke blog sebanyak mungkin. kemudian, tawarkan servis/produk sendiri atau boleh mula promote produk orang lain secara dropship/affiliate. Dan jika mahu domain sendiri, boleh beli bila-bila masa. Terima kasih.
HANA says
Assalam, saya sudah mempunyai blog sy sendiri bizana2u.blogspot.com sudah siap edit, cume sy tidak berkesempatan up post setiap hari, masalh pada blog saya ni tiada borang untuk menempah barang, ada apa2 cadagan tak.? sy berminat untuk ada hosting sendiri, ada tak mana2 website yang boleh saya beli hosting tersebut.? tq.
zul press says
Wkmslm, Hana. blogspot, boleh sahaja tambah borang contact/tempahan pada ruangan add widget> contact form. jika sudah ok bisnes, baru pindah ke hosting sendiri. untuk panduan hosting, boleh rujuk artikel saya di https://www.zulpress.com/category/bisnes-blog/page/3/
siti natrah says
assalamualaikum en zul,
saya beginner untuk ada blog sendiri.. apa pendapat en zul sekiranya saya beli sahaja dulu untuk ada domain nama sendiri? saya bukanlah penjual atau apa2.. saya hanya berminat untuk berkongsi cerita sahaja.. dan saya tidak ada langsung followers lagi..
zul press says
Wa alaikumussalam w.b.t
Ya, elok juga beli domain sahaja dulu atau terus domain dan hosting rm60 sahaja di NetKL. ini kerana, jika domain itu ada permintaan, mungkin orang lain akan membelinya terlebih dahulu. boleh install blog sendiri dan tulis sahaja apa2 cerita yang dikongsi. waktu itu, baru idea berniaga dan followers akan datang. insyaAllah. mulakan sedikit demi sedikit ya.
Humairah says
Salam,En Zul..saya mmg suka sgt menulis. Atas request kawan2 jugk, sy cadang nak menulis di blog. Baru2 ni sy baru menceburkan diri dlm bisnes online utk edutoys n edubooks. So, sy rasa slain sharing cerita n aktiviti, sy perlu berblog utk bisnes. Sy nak minta pndapat en zul,
1. Patut sy start dgn blog.spot yg free dulu atau terus beli domain nama sndiri rm60 setahun tu?
2. Antara blog.spot dgn wordpress, mana yg tuan suggest?
TQ tuan atas kelapangan masa menjawab soalan2 di atas.
zul press says
kalau dah serius dan sudah ada nama cadangan blog domain sendiri, beli sahaja yang domain sendiri kerana mungkin nama domain tersebut akan diambil oleh orang lain. jika ingin cuba-cuba sahaja, boleh mula dengan blogspot. antara blogspot dan wordpress, blogspot fungsi terhad dari segi design dan template kerana ia percuma, elok guna wordpress banyak design dan plugin. paling penting, rajin update blog tak kira blogspot/domain sendiri betul tak.
moga siti humairah sukses selalu ๐
hidayah says
Salam tuan.. saya baru berjinak2x untuk buat website.. saya ingin pasarkan produk melalui website.. blogsport atau wordpress paling bagus untuk saya gunakan jika berniaga online? terima kasih
zul press says
boleh guna blogspot untuk permulaan. dan jika ingin gunakan domain sendiri, gunakan platform wordpress.
Zunaidi Hassan says
Sekiranya masih tetap guna blogspot.com selamanya…apakah kesannya pada blog ini?
zul press says
boleh sahaja tuan. guna blogspot. ia cuma terhad dari segi design blog dan fungsi plugin ๐
Ikhsan Mustain says
Terima kasih. Betul tu apa yang tuan tulis. Kita tak boleh terlalu berharap dengan website lain untuk promote apa yang kita jual.Lagi lagi sekarang ni banyak benda baru yang muncul. Sharing yang bagus tuan. Kipidap Dongibab.
zul press says
terima kasih. insyaAllah tuan ๐
Hanna says
Salam tuan,saya baru ada blog sendiri,tujuannya adalah utk jual produk atau nak buat bisnes masalahnya nak mula mcm mana ?Nak kena tulis atau cerita2 dulu ke ataupun terus je prmote produk yg. kita nak jual.Harap tuan dpt membantu saya.T.k
zul press says
Wkmslm w.b.t
Lepas buat blog, sis perlu share apa sahaja berkaitan produk/servis kita seperti kelebihan produk, testimoni, perkembangan syarikat, barangan yg telah dipos, tip berkaitan dan sebagainya. selitkan dalam artikel tu, untuk tempahan/order boleh whatsapp/sms/call sy…share secara santai, boleh belajar daripada blogger lain.
ingat, makin banyak kita share, makin mudah orang yakin dgn blog kita. kalau post menjual terus, org akan lari. jangan fokus pada menjual, niat dan fokus pada sharing nak bantu selesaikan masalah orang lain. kita akan lebih happy dan tidak tertekan ๐
moga membantu ๐
buat hingga 20 post dan akan lihat hasilnya insyaAllah.
tip : makin banyak artikel, makin mudah orang cari blog kita di google.
aliah says
Assalamualaikum….saya nak tnya klau nk mulakn bisnes dlm blog mna yg sesuau….Blogspot.com atau WordPress.com
zul press says
Wkmslm w.b.t Mana2 boleh. asalkan selalu update blog dan pilih tema blog yg sesuai.