• HOME
  • About
  • Contact
  • Buku Formula Luas Rezeki
  • PostsComments

Zulpress

Blog Motivasi Kaya Berjaya

  • Blog
  • Resources
  • Archives
You are here: Home / Tip Perniagaan dan Pemasaran Internet / Blog Funnel – Strategi advance buat bisnes, buat duit dan jana pendapatan pasif dengan blog

Blog Funnel – Strategi advance buat bisnes, buat duit dan jana pendapatan pasif dengan blog

December 3, 2015 by zul press Leave a Comment

blog sales funnel1Assalamualaikum w.b.t

Sehingga ke hari ini, blog masih lagi menjadi rujukan utama di internet. Ini kerana internet adalah tempat untuk orang ramai mencari rujukan dan maklumat. Maklumat di FB, Twitter dan media sosial perlu sentiasa dikemaskini setiap hari dan tip yang lama akan semakin ke bawah menjadi older post.

Namun, isi kandungan di blog masih lagi mudah dirujuk dan dijumpai oleh orang ramai apabila menggunakan fungsi search di Google. Oleh itu, blog masih relevan sehingga ke hari ini.

Sudah ramai yang menjana pendapatan di blog. Anda tidak semestinya menggunakan blog berbayar, blog percuma blogspot juga sudah memadai untuk anda menjana pendapatan di internet.

Apa yang penting adalah kandungan blog anda dan strategi yang anda gunakan untuk menjana pendapatan di blog.

Dalam artikel sebelum ini, saya telah kongsikan 8 cara buat duit dengan blog, dan untuk kali ini saya kongsikan teknik advance jana pendapatan pasif dengan blog.

Teknik Blog Sales Funnel ini telah digunakan oleh blogger antarabangsa yang menjana pendapatan utama mereka dengan blog. Ia mula diperkenalkan oleh Yaro Starak pengasas blog Entrepreneurs Journey

Teknik ini menekankan bagaimana blog menjadi medium utama dalam mengumpul bakal pelanggan dan pembeli produk di blog. Seterusnya, para pelanggan (subscibers) akan dibawa ke dalam corong jualan yang telah dibina mengikut pakej urutan produk dan harga.

Semakin menurun corong jualan, harga produk dan perkhidmatan semakin meningkat seiring dengan kualiti yang diberikan. Pelanggan yang berminat akan membeli berulangkali untuk mendapat lebih nilai dari setiap produk dan perkhidmatan.

Sales funnel sudah mula digunakan dalam perniagaan internet termasuk pada setiap halaman jualan produk yang mempunyai upsale, downsale, produk upgrade, produk keahlian, servis bulanan dan sebagainya.

Ia adalah teknik bagaimana untuk mendapat lebih hasil jualan daripada seorang pelanggan secara berterusan atau berulang kali.

Untuk lebih kefahaman, boleh rujuk gambar di bawah dan melawat laman web beliau.

blog sales funnel

 

Lagi artikel menarik :

  • Sistem borang tempahan – Cara mudah dan sistematik ambil tempahan pelanggan
  • 5 Idea Bisnes Kedai Makan dan Kedai Offline UpToDate
  • Potensi pendapatan pasif internet dengan agen dropship Hubmethod
  • Tip Mudah Dapatkan Pelanggan di Google untuk Ejen dropship dan affiliate
  • Tip Bisnes Dropship Hingga Jadi Agen dan Stokis

Filed Under: Tip Perniagaan dan Pemasaran Internet Tagged With: perniagaan internet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

“Ubah minda, jiwa dan tindakan untuk kaya berjaya” – Buku FLR

Klik gambar untuk tempahan.

Categories

  • Motivasi Hidup
  • Motivasi Kewangan
  • Tip Blog
  • Tip Kewangan
  • Tip Perniagaan dan Pemasaran Internet
  • Umum

Sponsor

Tentang Saya

Pengasas blog Zulpress.com dan penulis buku FLR. Like FB Zulpress untuk tip dan perkongsian terbaru daripada saya. Read More…

LIKE ZULPRESS DI FACEBOOK

Statistik Pelawat :

  • 2,547

Copyright © 2019 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in