Terdapat banyak penyedia hosting di Malaysia dan lebih-lebih lagi di luar negara. Masing-masing mempunyai kelebihan dan ciri-ciri yang tersendiri. Bagi memudahkan rujukan anda, saya telah menyediakan Senarai Penyedia Web Hosting yang saya kira cukup berpengalaman, boleh dipercayai (reliable) dan dikenali ramai.
Sekiranya anda masih belum membaca post berkaitan Domain dan Hosting sebelum ini, anda boleh klik link post di bawah :
1. Panduan Lengkap : Bagaimana Memilih Syarikat dan Pakej Hosting Terbaik
2. 5 Tip Bagaimana Memilih Pakej Hosting Terbaik Anda
3. Tip Membeli Nama Domain Terbaik Pilihan Anda
Senarai Syarikat Penyedia Web Hosting ini saya bahagikan kepada 2 bahagian iaitu senarai penyedia hosting di Malaysia dan juga penyedia hosting di luar negara.
Penyedia Hosting di Malaysia
1. Exabytes
Exabytes adalah antara penyedia hosting terbaik di Malaysia. Exabytes menawarkan kedua-dua perkhidmatan pemilikan nama domain dan juga penyewaan web hosting.
Exabytes telah bertapak lama sebagai penyedia hosting sejak tahun 2001 lagi dan telah pun mendapat pengiktirafan ISO 9001-2008. Dengan pengalaman lebih 15 tahun, maka tidak hairanlah pelanggannya meliputi daripada seluruh dunia melebihi 75 000 pelanggan.
Exabytes menyediakan pemilikan nama domain meliputi Top Level Domain (.com, .net, .info,.biz) dan juga pemilikan domain mengikut negara termasuklah .my khas bagi pengguna di Malaysia sahaja.
Exabytes adalah pilihan terbaik bagi blogger profesional dan pemilik syarikat/laman web yang inginkan website hosting profesional dengan pakej website hosting. Begitu juga bagi blogger tegar/pemilik bisnes yang perlukan simpanan ruang hosting yang banyak melebihi 50GB, 500GB bahkan unlimited sekalipun hanya pada harga bermula dari RM269 sahaja setahun!
2. NetKL
NetKL dikenali dengan penyedia hosting bajet antara yang terendah dengan servis yang terbaik.
Saya telah menggunakan hosting dengan syarikat ini sejak tahun 2011 untuk kebanyakan domain dan hosting saya dan sehingga kini saya berpuas hati dengan support dan sokongan yang diberikan.
Sekiranya anda baru bermula, menimba pengalaman dalam blogging, maka pakej hosting mySilverX adalah sesuai dengan harga RM 60 setahun termasuklah nama domain percuma seumur hidup.
Dengan pakej ini, anda sudah boleh membina blog anda dan menulis artikel dan sebagainya.
Apabila artikel anda semakin bertambah, dan kuota 500MB telah hampir, maka anda boleh upgrade bila-bila masa ke pakej myGoldX dengan ruang simpanan data yang lebih besar 2 GB.
Dan seterusnya, apabila blog anda semakin berkembang, barulah anda teruskan dengan pakej myPlatinumX dengan 10 GB simpanan data. Pakej ini adalah pakej paling jimat dan kompetitif berbanding syarikat lain dengan kuota 10GB simpanan data.
Jika anda seorang blogger profesional, dan memerlukan ruang kuota hingga 10 GB, maka pilihan pakej myPlatinumX adalah paling berbaloi untuk setahun.
Kesimpulannya, NetKL adalah pilihan pertama yang saya cadangkan kepada semua pembeli Video Buat Blog saya dan semua pelanggan saya.
3. Serverfreak
Serverfreak adalah penyedia hosting yang mula bertapak pada tahun 2003 dan merupakan antara blog hosting pilihan bagi para blogger. Bermula daripada RM 100 bagi pakej Basic dengan ruang data 3 GB hinggalah ke pakej Ultimate yang sangat kompetitif pada kualiti premium.
Dengan ruangan storan (diskspace) 3GB dan 25GB bandwidth data transfer (Pakej Semi Pro RM 299), ia sudah mencukupi bagi para blogger yang aktif menulis dan yang ingin pergi lebih jauh dalam blogging dengan bilangan pelawat yang ramai setiap hari.
Sila ke laman web Serverfreak di sini untuk maklumat lebih lanjut dan pakej-pakej yang ditawarkan. Klik di sini.
Penyedia Hosting Luar Negara
4. Bluehost
Bluehost terkenal antara syarikat penyedia hosting Top 10 terbaik dunia.
Bluehost menjadi pilihan utama dan diyakini lebih 20 000 pelanggan seluruh dunia. Dengan satu harga yang ditawarkan, anda mendapat kemudahan unlimited untuk segalanya.
Sudah pasti ia pilihan terbaik, lebih jimat dan ekonomi sekiranya anda bercadang memiliki domain yang banyak pada pelaburan yang rendah setiap bulan.
Tip : Bluehost sesuai jika anda ingin memiliki domain yang banyak atau ruangan storan (diskspace) yang tidak terhad (unlimited).
Untuk maklumat lanjut dan cara mendapatkan hosting anda, layari laman web Bluehost di sini.
5. HostGator
HostGator juga termasuk antara syarikat penyedia hosting Top 10 dunia.
Dengan lebih 7 juta domain yang dihost, maka tidak hairanlah HostGator menjadi antara pilihan terbaik pengguna di seluruh dunia.
Sedikit berbeza daripada Bluehost, HostGator menawarkan 3 pilihan pelan hosting iaitu Hatchling Plan, Baby Plan dan Business Plan.
Pakej Baby Plan adalah pilihan ideal sekiranya anda sememangnya ingin memiliki domain yang banyak dan mendapatkan tawaran unlimited yang disediakan.
Apa yang anda perlu berikan perhatian adalah setiap pakej hosting yang dipilih ditawarkan pada harga yang berbeza mengikut bulan pertama, 6 bulan pertama, tahun pertama dan seterusnya. (sekiranya anda memerlukan penjelasan berkaitan pembayaran, sila hubungi pihak HostGator untuk bantuan melalui live chat/support ticket/emel).
Tip : Seperti Bluehost, Hostgator sesuai jika anda ingin memiliki domain yang tidak terhad dan ruangan storan (diskspace) yang tidak terhad (unlimited).
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web HostGator di sini.
Kesimpulan
Senarai 5 syarikat penyedia hosting di atas adalah antara yang terbaik, dipercayai (reliable) dan juga dikenali ramai.
Anda bebas memilih mana-mana syarikat penyedia hosting di atas bergantung kepada kriteria pilihan features yang anda inginkan dan juga budget yang anda ada.
Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda memilih penyedia hosting terbaik buat anda. Sekiranya anda mempunyai pandangan berkaitan, sila komen di bawah. 🙂
*Harga pakej hostng di dalam artikel ini adalah benar pada artikel ini ditulis dan mungkin berubah mengikut laman web asal hosting di atas. Sila rujuk laman web asal di atas untuk maklumat terkini. Terima kasih.
beckhr00y says
ini untuk luar negara kan, utk dlm negara rasanya hosting serverfreak bagus
zulpress says
Yup, banyak hosting di Malaysia yang memberi servis yang baik. Antara yang dicadangkan ialah Exabytes, EmbunWeb dan NetKL. Hosting di Serverfreak juga baik. Yang membezakannya adalah pakej harga yang ditawarkan mereka. Boleh buat kajian setiap pakej terlebih dahulu.
Ummi Hanie says
terima kasih utk list nya…
sy sedang ‘pecah kepala’ memilih syarikat hosting utk next level 😉
zulpress says
Sama-sama. Alhamdulillah, moga ia dapat membantu sedikit sebanyak. 🙂
Sya says
Adakah sama kelajuan server oversea dengan server dalam Malaysia jika web yang dibuat memang untuk rakyat Malaysia?Harap dapat penjelasan.Terima kasih
zul press says
Asasnya, jika web memang untuk rakyat Malaysia, maka lebih baik server di Malaysia kerana 1. akses laman web/blog lebih cepat kerana server lebih dekat 2. Sistem support dalam bahasa dan waktu tempatan, 24j 3. Kos lebih murah, bayaran dalam ringgit.
Server oversea, 1. server yang besar dan canggih 2. kos bayaran bulanan dan tahunan lebih tinggi daripada hosting tempatan 3. pakej unlimited (sesuai jika anda ada lebih daripada 3 blog ke atas) 4. support 24j
Loading time bagi webpage, antara faktornya ialah lebih dekat server, lebih cepat loading time.
Tapi, jika hosting anda menawarkan Cloudflare, masalah loading time sudah tidak timbul kerana ia akan secara automatik mengagihkan data menggunakan proksi yang paling hampir dengan pengguna. Hosting Serverfreak ada menawarkan servis Cloudflare secara Percuma.(akaun Shared Hosting)
Ringkasnya, kelajuan server tidak banyak beza dan subjektif bergantung juga kepada faktor2 yang lain seperti bilangan pelawat dalam sesuatu masa, jenis server yang digunakan, bilangan data yang dimuatturun, dll.
Semoga membantu.
laila says
Salam..sy nak tanya..kalau Cynethost tu macam mana pula ye?
zul press says
cynethost pun ok puan
Carlos Santiago says
aku pun ada niat nk ada hosting sdiri. tgh konfius, mana better antara exa dan serverfreak.
zul press says
Dua2 OK. Exabytes hosting di Malaysia dan ada juga di negara lain. Serverfreak syarikat di Malaysia. Bilangan pelanggan pun ramai.
Bagi saya, saya akan pilih pakej berdasarkan harga, simpanan data diskspace (lebih banyak lebih baik – 1.5G, 3G keatas), monthly data transfer besar dan paling penting PERCUMA domain seumur hidup (jika ada).
Mulakan pakej sederhana dahulu bergantung pada bajet dan keperluan kegunaan simpanan data diskspace.
Abdur says
Dulu saya guna YH sekarang guna Hosting Rajawali
ahmad iqbal says
Apa pendapat saudara dengan wordpress web hosting berbayar, adakah ianya bagus dan boleh digunakan?.
zul press says
wordpress.com adalah untuk blog percuma dan ada menawarkan pakej hosting sekali (versi berbayar). namun pakej hosting yang ditawarkan adalah mahal dan tidak digalakkan.
oleh itu, jika ingin memilih pakej hosting, boleh pilih antara senarai syarikat hosting di atas. blog wordpress dengan pakej hosting sendiri (blog berbayar) adalah lebih baik daripada blog percuma sekiranya serius dalam blogging. 🙂
ezani says
jika kita daftar domain dengan mana2 syarikat hosting..boleh kah kita tukar syarikat hosting yag lain jika tdk berpuas hati dgn servis mereka..dengan nama domain yang sama..
zul press says
ya, boleh transfer. 🙂
aqram says
nak tanya. kalau syarikat hosting Webserver? ok ke ?
zul press says
Saya tak pasti. kalau ikut laman webnya sejak dari 1999 dan lebih pada bisnes hosting. terpulang pada bajet kalau untuk individu baru, lebih sesuai yang syarikat hosting bajet sahaja seperti di NetKl.
haziri says
Sebagai rujukan rakyat malaysia, disini di senaraikan kesemua (setakat kali terakhir update) syarikat hosting di malaysia. boleh tengok mana yang berminat.. 🙂
http://www.malaysiatophosting.com
Amir says
saya juga ada menyediakan web hosting . merupakan reseller hostgator 😉
rin says
apa bezanya web hosting murah dan mahal seperti syokhost dan domain plus?menawarkan plan yang sama dengan harga berbeza…adakah kerana syokhost lebih murah yakni servernya perlahan atau lain sebabnya?
zul press says
harga berbeza adalah strategi syarikat masing-masing untuk tarik pelanggan. plan tak sama bagi setiap hosting. dari segi kuota, bandwith dan extra service. yang penting pilih syarikat yang dah ramai pelanggan, ada testimoni positif dan ada orang lain rekomen. murah tak semestinya berbaloi kerana caj lebih tinggi apabila kita upgrade pelan nanti.
wan says
salam tuan..utk hosting yg paling murah bayarannya tuan rekemen yg mana.. TQ
zul press says
sy rekomen netkl.com 🙂
Iman Roslan says
Salam tuan. Kalau untuk baru start nak buat business kecil kecilan tapi pengetahuan tentang website ni kurang boleh ambil syarikat hosting dan domain yang mana ya ?
zul press says
Wkmslm Tuan boleh ambil pakej NetKL hosting dan percuma nama domain seumur hidup. Hanya bayar hosting sahaja. pergi ke NetKL di sini : https://www.zulpress.com/NetKL
justin says
Baru saja beli satu domain dengan Exabytes, Rm10 saja, domain promo 🙂
zul press says
good 🙂
Amir Azman says
Ini antara nama besar di dalam industri ini. Namun untuk orang yang masih baru dengan atau mahu bermula. Boleh cuba hosting yang di sediakan oleh anak tempatan. Sebenarnya service mereka setanding dengan dengan company yang di nyatakan di atas. Jika berminat boleh layari http://hostingmalaya.com
zul press says
ya tuan. ini untuk syarikat malaysia dan luar negara yang terbaik antara yang terbaik.
Pisyek.com says
Terima kasih atas saranan 5 penyedia web hosting terbaik di atas.
Adakah 5 penyedia web hosting terbaik ini masih lagi relevan dan terbaik untuk 2018?
Saya masih mencari web hosting terbaik dalam negara berdasarkan review dari pelanggan sedia ada.
Terima kasih.
zul press says
Ya tuan. masih relevan malah makin baik.