Bagi membolehkan setiap pengguna internet melayari laman web atau blog anda, segala maklumat fail, gambar, dsb. hendaklah disimpan (host) di server.
Server ialah komputer canggih yang menyimpan segala maklumat yang anda simpan dan akan memaparkan kepada pengguna internet maklumat laman web/blog anda apabila sesiapa menaip alamat URL domain anda.
Setiap server dioperasikan oleh syarikat penyedia hosting. Terdapat banyak syarikat penyedia hosting yang memberi perkhidmatan menyewa hosting dengan pakej dan harga yang berbeza.
Untuk membolehkan laman web anda dilayari di internet, anda perlu menyewa ruangan server melalui syarikat penyedia hosting ini. Selepas itu, barulah anda boleh memuat naik fail, gambar, dokumen dan sebagainya ke internet dan menyimpannya di server yang anda telah sewa tadi.
Apakah maksud hosting?
Jika sebelum ini domain boleh dianggap sebagai alamat rumah, manakala hosting boleh dianggap sebagai tanah atau rumah itu sendiri.
Maksudnya, hosting adalah tempat di mana sesuatu server itu berada dan dioperasikan.
Contohnya, anda menyewa ruangan server melalui syarikat penyedia hosting NetKL. Syarikat penyedia hosting NetKL adalah penyedia hosting yang beralamat di Kuala Lumpur, Malaysia. Ini bermaksud server yang anda sewa berada di Kuala Lumpur, Malaysia.
Manakala, jika anda menyewa ruangan server melalui syarikat penyedia hosting Hostgator yang beralamat di Amerika Syarikat, maka server anda berada di luar Malaysia iaitu di Amerika Syarikat.
Setiap syarikat hosting menyediakan pakej yang berbeza mengikut ciri-ciri yang mereka tawarkan.
Contoh pakej hosting
Cuba anda lihat, setiap pakej/pelan yang ditawarkan mempunyai harga yang berbeza sama ada bayaran secara bulanan atau tahunan.
Tip memilih hosting terbaik
1. Pilih syarikat penyedia hosting yang dikenali ramai dengan servis yang baik, serta pemantauan uptime 24/7.
Syarikat penyedia hosting yang baik memberikan sokongan 24 jam dan bantuan yang cepat apabila anda memerlukan.
2. Pilih pakej hosting yang bersesuaian dengan tujuan anda.
Jika anda hanya memerlukan satu domain, maka pilih sahaja pelan asas atau basic. Manakala jika anda bercadang untuk memiliki beberapa domain pada satu masa, maka pilih pelan yang menawarkan add-on domain atau unlimited domains.
3. Pilih pakej ruangan simpanan/storage capacity (disk space) dan transfer capacity (bandwidth) yang sesuai dengan penggunaan anda.
Pada kebiasaannya bagi penggunaan normal, saya cadangkan pilih sekurang-kurangnya ruangan simpanan storage capacity 100 MB dan bandwith 1 GB. Jika laman web anda semakin dikenali ramai dan bertrafik tinggi, maka anda boleh menambah ruangan simpanan dan bandwith bila-bila masa selepas ini.
4. Pilih pakej yang menggunakan cPanel, mySQL database, phpMyAdmin Access, dan akaun emel. Biasanya kebanyakan pakej hosting telah menawarkan ciri-ciri ini.
5. Pilih harga pakej yang murah dan mengikut kemampuan anda.
Pada masa sekarang, kebiasaannya anda perlu memperuntukkan RM 70 atau lebih sedikit untuk memiliki domain dan hosting untuk setahun. Bagi seorang usahawan atau jika anda ingin memulakan perniagaan secara online, maka saya kira ia adalah pelaburan terbaik, modal yang tidak terlalu besar dengan risiko yang rendah.
Semoga apa yang saya kongsikan ini membantu anda membuat pembelian domain dan hosting pilihan anda. 🙂
Saya mempunyai beberapa blog dan laman web yang kesemuanya dilanggan di NetKL. Anda bebas memilih mana-mana penyedia hosting pilihan anda, namun jika anda masih baru, adalah lebih baik anda bertanya atau merujuk orang yang lebih berpengalaman terlebih dahulu.
Jumpa lagi di entri seterusnya. Silakan berkongsi pendapat anda bersama saya.
Kredit imej : www.rishitechnology.com
Leave a Reply