Potensi Bisnes Ternak Kambing Tambah Pendapatan Lumayan

Assalamualaikum w.b.t

Kambing bukan sahaja sedap dimakan, tapi satu haiwan yang istimewa.

Nabi-nabi dahulunya adalah menternak kambing sebagai salah satu pekerjaan.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : Tidaklah Allah mengutus seorang Nabi kecuali dia pernah menggembala kambing.” Lalu sahabat bertanya, “Tuan pun begitu?” Baginda menjawab : Ya, aku juga pernah menggembala kambing orang Makkah dengan upah beberapa qirath.” (Riwayat al-Bukhari)

Oleh itu, menternak dan membela kambing bukan sahaja sebagai salah satu cabang bisnes, tapi juga merupakan amalan para nabi.

Jika anda anggap membela kambing perlukan kos mahal, perlukan kandang yang cantik dan mahal, nanti dulu.

Jika anda anggap ternak kambing ni mudah sahaja tanpa perlu belajar, anda akan banyak melakukan try and error.

Lebih baik belajar daripada mereka yang pernah bela dan ternak kambing dengan berjaya.

Best ke bela kambing ni? Kalau seekor kambing biasanya dijual RM600 seekor. Bayangkan kambing anda melahirkan anak setiap tahun sehingga 20 ekor, sudah menjadi RM 12 000 potensi untung anda.

Sudah pasti ada kos lain seperti kos makanan, penjagaan, kos kemudahan dan lain-lain.

Belajar daripada pengalaman mereka, dan belajar daripada kesilapan mereka supaya anda boleh elakkan kerugian ribuan ringgit.

Jangan bimbang, sudah ada panduan lengkap untuk anda bermula dari pelbagai aspek dalam Ebook Rahsia Kambing. Anda hanya perlu belajar dan praktikkan sahaja tanpa perlu bimbang lakukan kesilapan lagi.

Anda akan pelajari 11 topik best di bawah :

ISI KANDUNGAN RAHSIA KAMBING :

  1. Kenapa Kambing?
    Pada bab permulaan ini, saya kongsikan serba sedikit info berkaitan sejarah kambing serta apakah  7 kelebihan penternakan kambing berbanding ternak-ternakan lain. Modal & Sumber Kewangan
    Terdapat 4 cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber kewangan, dan sedikit penerangan mengenai sistem penternakan.3. Tenaga Kerja – Siapa Nak Jaga?
    Menjadi satu dilema yang besar, terutama sekali kepada anda yang masih bekerja makan gaji tetapi dalam masa yang sama, mahu memulakan projek penternakan kambing ini secara sambilan. Dalam bab ini, saya kongsikan 2 cara yang boleh anda gunakan untuk mencari orang menjaga ternakan anda.4. Kandang Kambing
    Ada banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan apabila hendak membina kandang kambing. Dalam bab ini, saya terangkan secara terperinci tentang 10 perkara penting berkaitan kandang yang perlu anda tahu sebelum membinanya. Saya juga kongsikan beberapa gambarajah bentuk kandang kambing.5. Makanan Kambing
    Untuk menghasilkan kambing yang bermutu dan memenuhi ciri-ciri 3G (bukan talian 3G yer!) , faktor pemberian makanan adalah faktor yang penting.  Dalam bab ini, saya ceritakan tentang 4 jenis makanan yang boleh anda jadikan makanan kambing. Malah, dalam bab ini, saya siap tunjukkan juga secara bergambar, langkah-demi-langkah menanam rumput khas yang sememangnya adalah merupakan sumber utama makanan kambing. Dengan menanam rumput ini, anda akan dapat menjimatkan sebahagian besar kos makanan kambing.

    6. Baka Kambing
    Kambing ini memang ada banyak jenis dan baka. Jadi, dalam bab ini, saya kongsikan tentang 5 jenis baka kambing yang selalu di jadikan baka permulaan serta, bagaimanakah untuk memilih baka yang terbaik? Sebenarnya, ada teknik khas untuk memilih seseekor kambing itu, untuk dijadikan baka. Perkara ini sangat penting, sebab, kalau anda silap pilih baka, maka…kambing-kambing yang dilahirkan selepas itu, akan kurang berkualiti, kurus, dan mudah mendapat penyakit.

    7. Pembiakan Kambing
    Dalam bab ini, saya terangkan secara terperinci tentang tempoh biang, tempoh bunting serta proses melahirkan anak. Turut diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran anak dan bagaimana menguruskan anak kambing yang baru lahir.

    8. Masalah Kambing
    Senarai penyakit-penyakit kambing serta cara bagaimana merawatinya.

    9. Teknik Memerah Susu
    Ini paling seronok, saya tunjukkan secara bergambar, bagaimana untuk memerah susu kambing dengan betul. Sebab, kalau silap perah, mahu kena terajang dengan kambing nanti.. He he! Seronok & puas beb dapat perah susu kambing nie!

    10. Pengurusan Kambing
    Jadual harian di dalam menguruskan penternakan kambing.

    11. Pemasaran
    Bila kambing dah banyak, mestilah anda nak jual pulakan? Jadi, dalam bab ini, saya senaraikan 8 kaedah dan saluran yang boleh anda gunakan di dalam memasarkan hasil penternakan kambing anda.

Anda juga akan dapat belajar ilmu mahal di bawah :

BONUS #1 : SENARAI SEMAK BAJET MEMULAKAN PROJEK PENTERNAKAN KAMBING

Untuk memudahkan anda memulakan projek penternakan kambing, saya akan memberikan anda satu senarai semak item-item yang lengkap beserta dengan kos anggaran, bagi anda membuat rujukan untuk memulakan projek penternakan kambing anda. Senarai semak ini merangkumi aspek kos permulaan dan kos operasi di dalam menjalankan projek penternakan kambing.

BONUS #2 : CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN PINJAMAN PROJEK PENTERNAKAN KAMBING

Jika anda tidak cukup modal dan ingin membuat pinjaman bagi memulakan projek penternakan kambing anda, kami turut memberikan anda satu contoh kertas kerja yang boleh anda gunakan sebagai rujukan untuk membuat kertas kerja bagi memohon pinjaman untuk projek penternakan kambing anda.

BONUS #3 : EXTRA INCOME – BUAT DUIT LEBIH TANPA PERLU JUAL KAMBING

Siapa sangka penternak kambing boleh mendapatkan duit lebih serta keuntungan tambahan tanpa perlu menjual kambing mereka?. Di dalam ebook bonus ini, anda akan didedahkan dengan 5 kaedah menjana pendapatan sampingan tanpa perlu anda menjual kambing ternakan anda. Ketahui rahsia hebat ini di dalam ebook bonus ini.

Dalam apa jua bisnes yang anda perlukan, anda perlu ada minat, ilmu, fokus dan tindakan.

Sebelum anda lakukan apa jua bisnes, melaburlah dalam ilmu dahulu. Pelajari selok belok bisnes yang anda akan lakukan. Dapatkan guru atau panduan yang orang lain telah lalui dan mula bertindak dengan serius.

Saya doakan anda berjaya dalam bisnes kambing anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *