Assalamualaikum w.b.t
Ini adalah sambungan ke 2 daripada perkongsian saya sebelum ini di 21 Ciri & Tabiat Blogger Berjaya (Bahagian 1).
8. Mereka kekal up-to-date
Blogger berjaya sentiasa menambah ilmu pengetahuan mereka berkaitan isu semasa dan perkembangan terbaru dalam niche dan topik blog mereka.
Ini penting agar mereka dapat sentiasa menulis artikel yang relevan dan sesuai dengan perkembangan terbaru yang berlaku.
Artikel yang tidak lagi relevan akan dikemaskini agar sesuai dengan perkara yang dibincangkan.
9. Mereka mencatat nota
Setiap kali mereka menemui maklumat dan idea baru, blogger berjaya akan mencatat maklumat tersebut dan menyimpannya sebagai rujukan mereka nanti.
Maklumat yang menarik daripada artikel blog yang lain, bacaan lain atau idea segar yang terlintas di fikiran akan dicatat sama ada di dalam buku nota, Smartphone, Google Docs, Evernote dan sebagainya.
Amalan mencatat nota seharusnya menjadi amalan seorang penulis agar idea-idea bernas tidak hilang dan dilupakan begitu sahaja.
10. Mereka memiliki suara dan pendapat sendiri
Blogger berjaya berani menyampaikan idea, suara dan pendapat mereka sendiri tentang sesuatu isu atau perkara.
Mereka tidak semestinya mengikut suara majoriti atau sebaliknya. Tetapi mereka berpegang pada pandangan mereka sendiri sama ada bersetuju atau tidak dalam sesuatu perkara.
Mereka tidak takut menulis perkara yang betul dan perlu disampaikan.
Inilah yang menjadikan mereka unik, memiliki suara dan autoriti yang tersendiri.
11. Mereka cintakan ilmu dan sentiasa belajar
Blogger berjaya sentiasa belajar dengan banyak membaca.
Sebagai penulis, mereka menghabiskan sebahagian masa mereka untuk membaca artikel terbaru di blog lain, berita-berita dan buku-buku rujukan dalam bidang topik blog mereka.
Setiap ilmu baru yang diperoleh pula akan dikongsikan kepada para pembaca blog mereka agar lebih ramai mendapat manfaatnya.
Mereka dahagakan ilmu pengetahuan dan tidak berhenti belajar mencari ilmu-ilmu baru.
Hasilnya, mereka dianggap sebagai pakar dalam perkara dan topik yang ditulis.
12. Mereka memahami manfaat kepelbagaian
Blogger berjaya sentiasa mempelbagaikan gaya penulisannya dan tidak menulis kaedah dan topik yang sama setiap minggu.
Mereka mempelbagaikan jenis artikel yang ditulis agar para pembaca seronok dan tidak jemu membacanya.
Antaranya ialah dengan :
- menulis berita
- cerita kejayaan
- perkongsian tip dan nasihat
- kajian kes (case study)
- tutorial
- video
- review produk
- temuramah (interview)
- podcast
- pertandingan
- survey
- dan sebagainya.
Dengan memvariasikan gaya penyampaian dan penulisan artikel setiap minggu dapat memberi keselesaan kepada pembaca, tidak bosan dan mempunyai kelainan yang tersendiri.
13. Mereka merancang ke hadapan
Blogger berjaya mempunyai perancangan blog jangka pendek dan jangka panjang.
Mereka mampu menguruskan rutin menulis, mencari idea dan menguruskan blog mereka mengikut perancangan.
Perancangan jangka pendek antaranya ialah :
Dengan menyimpan nota dan artikel rujukan bagi memudahkan mereka membuat rujukan. Apabila ingin menulis artikel, mereka hanya perlu memilih idea yang sesuai daripada pelbagai rujukan yang telah sedia ada.
Menulis artikel 1 minggu ke hadapan. Iaitu mereka telah menyediakan artikel untuk seminggu lebih awal. Dengan ini, mereka dapat lebih fokus dan mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan artikel tanpa tekanan.
Mempunyai perancangan artikel bagi setiap minggu.
Perancangan jangka panjang pula termasuklah sentiasa melihat kembali visi dan misi blog diwujudkan. Adakah masih on-track atau sebaliknya.
Melihat statistik bilangan pelawat dan merancang bagaimana meningkatkan bilangan pembaca, komen blog dan subscriber blog.
Menetapkan target bulanan apa yang ingin dicapai pada bulan tersebut dan penambahbaikan yang perlu dilakukan agar blog sentiasa berkembang.
Tanpa perancangan jangka pendek dan jangka panjang, blog sukar untuk berkembang ke tahap yang lebih baik dari segi artikel berkualiti dan statistik pelawat.
(Ikuti sambungan seterusnya… 21 Ciri dan Tabiat Blogger Berjaya Bahagian 3 (akhir))
Leave a Reply