Assalamualaikum w.b.t
Ikuti sambungan 21 Ciri & Tabiat Blogger Berjaya (Bahagian Akhir)
14. Mereka sentiasa jujur
Blogger yang berjaya, dihormati dan disukai ramai kerana mereka jujur dengan diri mereka.
Sikap dan peribadi mereka adalah sama secara online atau tidak.
Mereka sentiasa menulis dan berkongsi dengan jujur mengikut ilmu pengetahuan yang mereka ada.
Mereka menjawab soalan pembaca mengikut pengetahuan mereka, dan tidak berpura-pura tahu akan semua perkara.
Mereka menjadi diri mereka sendiri. Dan inilah yang menjadikan aura dan kelainan mereka yang tersendiri di mata pengunjung dan subscriber blog mereka.
15. Mereka proaktif
Menjadi blogger berjaya perlukan usaha keras dan berterusan.
Blogger perlu sentiasa update dengan perkembangan terbaru dan mahir dengan ilmu asas blogging.
Antaranya ialah mereka mahir asas HTML, cPANEL, hosting, teknikal blog dan kod CSS. Mereka sekurang-kurangnya mampu menyelesaikan sendiri masalah blog yang mereka hadapi dan tidak 100% bergantung kepada orang lain untuk menguruskan blog mereka.
Mereka terlebih dahulu mencari jawapan dan penyelesaian terhadap setiap masalah yang mereka hadapi dan cuba memperbetulkannya.
Ia tidak bermakna mereka mahir dalam semua perkara dan tidak perlu meminta bantuan pakar. Tetapi mereka sekurang-kurangnya proaktif dalam cuba belajar ilmu baru dan menyelesaikan sendiri masalah yang dihadapi.
Jika anda baru bermula, terdapat ilmu baru dan asas yang anda perlu pelajari secara berperingkat (domain, hosting, WordPress, cPanel, file transfer, asas laman web, asas HTML dll. ) dan faedahnya ia akan membantu anda menjadi mahir dalam jangka masa panjang nanti.
16. Mereka profesional
Blogger berjaya tahu bahawa mereka tidak akan pergi jauh dalam blogging jika bersikap kasar dan tidak menghormati orang lain.
Sebaliknya, mereka sentiasa mempunyai sikap yang baik dan profesional apabila bekerja dan berhubung dengan blogger dan pelanggan yang lain.
Mereka mempunyai rasa hormat tinggi terhadap para pelanggan dan pembaca blog mereka dan melayan mereka dengan baik.
Mereka sentiasa menyiapkan tugasan dan tempahan yang dilakukan dan meminta maaf jika terdapat kesalahan sambil cuba memperbetulkan keadaan.
Dengan sikap ini, mereka sentiasa dipercayai dan dihormati oleh blogger lain dan pembaca blog mereka sendiri.
17. Mereka tahu apabila ada yang tidak kena
Blogger berjaya sentiasa peka dengan keadaan.
Kadang-kadang apa yang dirancang tidak menjadi sebagaimana yang dirancang.
Apabila artikel yang ditulis sudah tidak relevan atau tidak bermanfaat, mereka akan menghapuskannya dan mula fokus kepada menulis artikel yang lain.
Mereka juga sentiasa peka dengan setiap artikel yang diterbitkan dan memastikan semuanya berkualiti.
Jika sesuatu projek atau kempen gagal mencapai objektifnya, mereka akan melihat dan memperbetul keadaan.
Pada setiap keadaan, mereka akan memantau keadaan blog, dan memasikan semuanya berjalan dengan baik.
18. Mereka sanggup mengambil risiko
Blogger berjaya sentiasa berani mengambil risiko terancang.
Mereka akan mencuba idea-idea baru dan melihat kesan yang baik daripadanya.
Mereka tidak berada dalam keadaan selesa dan gembira dengan hasil sekarang sebaliknya mencuba perkara dan kaedah baru untuk meningkatkan lagi hasil blog mereka.
Antaranya, mereka akan cuba menukar themes blog dan melihat hasilnya, mencuba promosi berbayar, meningkatkan statistik pengunjung blog dan mencuba produk-produk baru.
Pendek kata, mereka mencuba dan mengambil risiko untuk mencuba idea-idea baru dan belajar daripadanya.
19. Mereka menjaga kesihatan mereka
Blogging memerlukan banyak tenaga.
Ia amat sukar untuk menaip dan menulis artikel berkualiti jika anda letih, tidak bertenaga dan tidak sihat.
Sesekali, anda perlu berada jauh daripada komputer anda dan melakukan aktiviti sihat yang lain.
Jadi, jangan abaikan aspek kesihatan anda.
Antara tip yang boleh diamalkan ialah :
- Mempunyai jadual makan yang teratur
- Mempunyai pelan diet yang seimbang
- Mengelakkan makanan segera
- Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti
- Selalu bersenam 3 kali seminggu
- Atau berjalan kaki 30-60 minit setiap hari
- Minum air yang banyak (kurangkan meminum kopi)
Ringkasnya, penjagaan kesihatan yang baik dapat membantu anda mempunyai badan yang sihat dan fikiran yang bernas.
20. Mereka mempunyai keyakinan yang tinggi
Blogger yang berjaya yakin mereka akan berjaya.
Mereka yakin dengan apa yang mereka lakukan walaupun kadangkala apa yang mereka tulis menerima kritikan dan penolakan.
Mereka hadapi setiap cabaran yang ada dengan semangat dan keyakinan yang tinggi.
Mereka tidak berputus asa dan tidak mendengar suara-suara negatif dari luar.
Mereka tetap dengan kata hati mereka dan mereka yakin suatu hari kejayaan mereka akan membuktikan bahawa mereka di pihak yang benar.
21. Mereka suka dan cinta terhadap apa yang mereka lakukan
Blogger berjaya suka dan cinta terhadap topik mereka.
Mereka gembira dapat menulis dan berkongsi berkaitan topik dan tajuk yang mereka gemari.
Kegembiraan ini terserlah melalui hasil tulisan mereka dan dalam setiap apa yang mereka lakukan.
Motivasi yang tinggi tidak cukup tanpa rasa cinta dan suka terhadap apa yang anda lakukan.
Oleh sebab itulah, sebelum mula berblogging, tajuk dan topik yang dipilih mestilah apa yang anda suka dan sanggup menghabiskan masa anda menulis dan berkongsi berkaitannya.
Kerana suatu masa anda mungkin akan mengalami rasa malas, tidak dihargai dan sebagainya yang meruntuhkan semangat anda dalam mengemaskini blog.
Apabila anda menulis tentang apa yang anda suka, ia tidak lagi membebankan sebaliknya ia menjadi hobi dan kegemaran anda untuk terus menulis dan berkongsi di blog anda.
Dengannya, insyaAllah, anda akan menjadi blogger berjaya suatu masa nanti. 🙂
Harapan saya, semoga siri 21 Tip Blogger Berjaya ini memberi manfaat buat anda.
Silakan tinggalkan komen dan pendapat anda di bawah.
Salam kejayaan daripada saya.
Like & share.
kopi perlukan juga kerana ia boleh menerbitkan idea untuk dapatn terus menulis..
yup, minum air kosong atau kopi. tapi saya lebih suka air kosong..hehe