Assalamualaikum w.b.t
Terdapat banyak kelebihan membina dan memiliki blog sendiri berbanding blog percuma.
Antaranya adalah anda dapat membina jenama anda sendiri dengan nama domain mengikut nama anda atau perniagaan anda. Anda juga mempunyai kawalan dan hak milik penuh terhadap blog anda.
Dalam membina dan membuat blog anda sendiri iaitu menggunakan nama domain sendiri dan pakej hosting, bukannya blog percuma, anda perlu mengikuti 3 langkah di bawah.
3 Langkah Cara Membina dan Membuat Blog WordPress Sendiri
1. Membeli nama domain dan pakej hosting
Nama domain ialah seperti mat motor, www.matmotor.com yang boleh anda pilih mengikut nama yang anda sukai berdasarkan jenama perniagaan anda, produk anda atau apa-apa nama yang anda inginkan.
Anda perlu buat carian nama domain dan pastikan tiada orang yang telah miliki nama domain yang anda inginkan. Jika nama domain yang anda kehendaki available, maka anda boleh teruskan membeli nama domain tersebut dengan harga dalam RM 30-40 sahaja.
Seterusnya, anda perlukan ruangan hosting untuk menyimpan segala fail yang berkaitan blog anda nanti seperti artikel, imej, dokumen lain dan sebagainya mengikut saiz ruangan/pakej yang sesuai dengan kegunaan anda.
Ada pakej dengan simpanan ruangan sebanyak 700MB, 1 GB, 1.5 GB, 3GB dan lebih mengikut harga yang berbeza.
Buat permulaan, pakej hosting yang asas dengan simpanan data 700 MB sudah mencukupi untuk anda mula membina blog atau laman web anda sendiri.
Jadi, kos asas yang anda perlukan ialah bermula daripada RM60 – RM 100 sahaja untuk setahun mengikut pakej yang anda pilih di syarikat hosting pilihan anda.
Apabila anda membeli nama domain, anda perlu membeli juga pakej hosting dan kos biasanya dalam RM60 hingga RM 100 sahaja untuk setahun.
2. Memasang blog anda menggunakan WordPress.org
Apabila anda telah membuat pembelian nama domain dan pakej hosting, beberapa emel akan dihantar oleh syarikat hosting ke emel anda.
Anda perlu baca dan rujuk emel tersebut yang mengandungi maklumat login dan password akaun hosting anda.
Seterusnya, anda perlu login ke cPanel dan mula memasang blog WordPress anda dengan perisian yang telah dibekalkan.
Apabila anda telah memasang blog WordPress anda, anda perlu login ke akaun WordPress anda menggunakan password yang telah anda tetapkan sebelum ini.
3. Mengemaskini Dashboard WordPress dan memasang Plugin dan Themes
Setelah anda login ke akaun Dashboard WordPress anda, maka anda sudah boleh menulis artikel anda yang pertama dan terbitkannya (Publish) .
Namun, terdapat beberapa setting asas yang perlu anda lakukan seperti mengemaskin Permalinks, memasang Plugin Contact Form, membina Pages dan menukar Themes yang diberikan. (jika perlu)
Setelah itu, anda sudah boleh terus mengemaskini blog anda dengan artikel yang menarik.
Teruskan menulis artikel dan insyaAllah blog anda akan mendapat ramai pelawat hasil perkongsian artikel yang bermanfaat yang anda kongsikan.
Penting
Sekiranya anda ingin memiliki blog jenama anda sendiri, tapi tidak tahu panduan bagaimana bermula dan langkah yang perlu anda lakukan, jangan bimbang.
Saya telah sediakan panduan video cara buat blog dari awal memilih nama domain hinggalah anda mempromosikan blog anda dan seterusnya menjana pendapatan dengan blog anda nanti.
Ini kerana amat rugi jika anda tidak menggunakan blog sebagai salah satu medium pemasaran atau sebagai tapak membina perniagaan anda di internet.
Jika anda masih belum ada perniagaan, anda boleh menulis di blog anda berkaitan dengan topik yang anda minati dan membina kreadibiliti anda dahulu. Selepas itu, barulah anda membina produk anda sendiri.
Jadi, jika anda berminat dengan Pakej Panduan Video Membuat Blog Sendiri ini (lebih 20 video – boleh di download atau vcd), anda boleh baca lanjut di sini.
Semoga bermanfaat.
Memang banyak manfaat jika ada blog sendiri. Dah pakai wordpress dan masih tertatih-tatih belajar untuk optimumkannya. Terima kasih
sama2. saya pun masih belajar juga.