Assalamualaikum w.b.t
Dalam perniagaan di internet, terdapat banyak medium yang boleh digunakan sebagai tapak bagi bisnes. Tapak ini bolehlah dikatakan sebagai ‘tapak kedai’ bagi perniagaan kita.
Ia penting supaya pelawat yang datang ke kedai kita akan dapat datang berulang kali. Sekiranya tapak kedai kita tiada yang tetap, amat susah untuk kita berniaga dan susah untuk pelanggan mencari kita.
Tapak bisnes di internet ada banyak. Antaranya ialah laman web, laman jualan, blog, Facebook page dan Facebook fanpage.
Apabila telah mempunyai tapak bisnes, maka tugas seterusnya adalah mencari pelanggan yang ramai.
Cabaran mencari pelanggan dengan pemasaran online amat sengit sama ada melalui pemasaran percuma, pemasaran berbayar, kos iklan FB, kos iklan Adwords, SEO, persaingan produk, agen yang ramai dan sebagainya.
Ramai yang mula mengeluh apabila sukar mencari pelawat ke tapak kedai mereka. Ini kerana kos iklan yang semakin mahal dan faktor luar kawalan seperti polisi Facebook yang sentiasa berubah-ubah dan perubahan ranking di dalam enjin carian.
Untuk itu, pada sudut pandangan saya, kos iklan akan semakin meningkat dan pelbagai lagi perubahan yang akan berlaku.
Justeru, amat penting untuk bisnes anda mempunyai pelan jangka panjang. Tidak cukup sekadar mempunyai tapak bisnes di Facebook, atau sekadar mengiklankan di forum, tapi anda perlukan tapak anda sendiri di internet.
Saya maksudkan ialah dengan mempunyai blog anda sendiri. Tidak kira sama ada ia blog percuma seperti WordPress atau Blogspot, atau blog dengan domain dan hosting sendiri, apa yang penting ialah anda mempunyai tapak anda sendiri iaitu blog anda.
Tapak bisnes jangka panjang dengan blog
- Lebih kawalan dengan blog
Dengan blog, anda mempunyai lebih kawalan di mana anda bebas menghiasnya, mengemaskini blog, menjual produk, mempromosi blog dan membina jaringan, jenama dan autoriti di internet.
Membina bisnes dengan blog perlukan komitmen berterusan dan bukan pelan jangka pendek. Ia adalah pelan jangka panjang bagi bisnes anda.
Ini kerana, seiring dengan pertambahan artikel di blog anda, ranking blog anda di dalam enjin carian akan semakin meningkat dan akhirnya anda akan dapat berada di dalam page pertama enjin carian.
- Bina pengikut dan peminat anda tersendiri
Blog adalah tempat berkongsi kepakaran anda dan membantu menyelesaikan masalah orang lain. Secara tidak langsung, ia akan membantu membina bisnes anda dan kepakaran anda.
Mereka yang berminat dengan topik blog anda akan sentiasa mengikuti perkembangan blog anda, menjadi subscriber anda dan menyokong bisnes anda.
- Pelan jangka panjang
Teruskan menjual di Facebook page anda, tapi jangan abaikan kepentingan memiliki blog.
Ini kerana, bila-bila masa sahaja Facebook page anda boleh disekat, ditutup, menurun pageview, kos iklan bertambah dan sebagainya. Sebagai pelan jangka panjang, selain di Facebook page, update juga di blog anda.
Tidak salah untuk berjaga-jaga dan sudah pasti ada banyak kebaikannya.
- Blog sebagai sumber pendapatan utama atau kedua
Sama ada blog anda blog peribadi atau blog untuk bisnes, anda boleh menjana pendapatan dengan blog.
Ini kerana, apabila blog anda sudah mendapat tempat di dalam enjin carian dan mempunyai pelawat yang ramai ke blog anda setiap hari, maka di situlah peluang keemasan anda.
Inilah yang berlaku kepada jutawan blog, Pat Flynn yang telah diberhentikan kerja akibat masalah kegawatan ekonomi. Semasa beliau bekerja lagi, hobi beliau adalah mengemaskini blog sehingga pelawat yang melawat blog beliau telah mencecah ribuan orang setiap hari.
Menyedari peluang yang ada, beliau telah mula menulis Ebook dan cuba menjualnya dan ternyata usahanya berhasil. Mulai saat itu, beliau mula fokus dengan perniagaan internet dan sekarang menjana pendapatan pasif yang lumayan di internet.
Kesimpulannya, membina bisnes di internet tidak semestinya perlu memiliki blog. Tetapi, dengan blog, anda sudah mempunyai tapak yang kukuh untuk jangka masa panjang bisnes anda.
Bagaimana ingin membina blog? Saya ada menjual Panduan Video untuk anda membina Blog percuma (Blogspot) dengan hanya RM10. (Sila Whatsapp saya, 0132227394)
Dan jika anda ingin membina blog dengan domain dan hosting sendiri (blog berbayar), saya juga ada sediakan Panduan Video Membuat Blog Sendiri di sini. Selain itu, jika mahu saya menolong anda, saya juga tawarkan perkhidmatan membina blog di sini.
Leave a Reply