Kali ini mari kita pergi jauh lagi berkaitan blog. Terdapat 2 jenis blog iaitu blog percuma dan juga blog berbayar. Platform blog yang paling popular adalah Blogspot.com dan WordPress.com. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
BLOG PERCUMA
Dengan akaun Gmail, anda boleh mendaftarkan diri di Blogspot.com dan bina blog percuma anda sendiri lebih kurang 10 minit sahaja. Anda juga boleh menambah lebih dari satu blog untuk satu akaun. Dengan kata lain anda boleh mempunyai beberapa blog percuma!
Apa yang saya lihat, user interface Dashboard telah diperbaharui dan mempunyai design yang lebih kemas dan mesra pengguna. Anda boleh control setiap akaun blog anda hanya dari satu panel sahaja. Paling menarik, dengan blogspot anda boleh meletakkan banner atau iklan sama ada Nuffnang dan Adsense. Sambil ber”blog” sambil menjana pendapatan.
Bagi akaun WordPress.com, cirinya sama dengan Blogspot di mana anda boleh memiliki lebih dari satu blog. Tetapi untuk akaun percuma, anda tidak dibenarkan beriklan dan meletakkan advertisement. Berbeza dengan Blogspot, anda boleh menjana pendapatan melalui blog anda secara percuma.
Manakala, dari segi fungsi panel yang disediakan pula, fungsinya agak terhad iaitu dari segi Theme dan plug-in yang boleh anda gunakan.
Dengan blog percuma, anda boleh memilih nama domain “nama rumah” yang anda ingini, tetapi ia bergantung kepada availability atau tidak. Nama domain anda akan mempunyai alamat platform Blogspot atau WordPress anda. Lihat contoh di bawah :
Contoh alamat domain anda : namabloganda.blogspot.com atau namabloganda.wordpress.com
Penting. Dengan memiliki blog percuma, anda sebenarnya wajib terikat dengan Term of Services (TOS) oleh pihak tersebut. Ini kerana ibarat anda menumpang di rumah orang secara percuma. Jadi, bila-bila masa sahaja blog anda boleh dipadam sekiranya anda didapati melanggar TOS mereka. Namun jangan bimbang kerana ia jarang-jarang berlaku. 🙂
BLOG BERBAYAR
Nama pun blog berbayar. Jadi sudah tentu banyak kelebihannya dari yang percuma. Antaranya adalah kita akan bebas memilih nama domain yang kita inginkan dan juga memilih pakej hosting yang kita inginkan.
Contohnya nama domain saya adalah zulpress.com. Dan nama domain anda ialah namapilihananda.com .
Kelebihan lain ialah anda boleh ubahsuai theme blog anda, memasang mana-mana plug-in, memasang iklan dan banyak lagi. Nak tahu, kenalah cuba sendiri. 🙂
PERCUMA ATAU BERBAYAR?
Jika anda masih baru atau newbie, saya sarankan cuba berjinak-jinak dahulu dengan membina blog percuma dan memahirkan diri dengan fungsi dan kemudahan yang disediakan. Cuba setiap fungsi yang disediakan dan buat post pertama anda di dunia blogging.
Setelah itu, jika anda rasa ingin memiliki “rumah” sendiri dan tidak menumpang lagi, anda boleh berkira-kira untuk membeli nama domain dan pakej hosting anda sendiri.
Pada masa sekarang, terdapat banyak penyedia hosting yang menyediakan perkhidmatan ini. Anda sudah boleh memiliki blog anda sendiri dengan hanya RM50-70 setahun. (Saya akan menyentuh bab hosting di post yang lain)
Sebagai rujukan tambahan, jika anda berminat ingin mengetahui lebih lanjut, boleh ke link di bawah.
Beza Antara Blog Percuma Blogspot dan WordPress
Feature untuk Blog WordPress.com (Percuma)
Pro & Cons Untuk WordPress Percuma dan Berbayar
Sekian.
Anda ada pendapat atau persoalan? Boleh kongsikannya di bawah. 🙂
thanks dgn maklumat itu..
sama2.semoga bermanfaat:)