Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Kunci kekayaan ialah keinginan. Keinginan untuk menjadi KAYA.~ Irfan Khairi
Alhamdulillah, dalam ruangan Buku Pilihan kali ini, saya titipkan beberapa mutiara ilmu dan tip-tip motivasi daripada buku Nota Jutawan Nota Motivasi sebagai rujukan motivasi buat saya sendiri dan semoga ia turut bermanfaat buat anda.
- Tulis matlamat umpama kita membuat perjanjian dengan diri kita sendiri. Matlamat yang tidak ditulis umpama angan-angan sahaja.
- Matlamat perlulah realistik dan mempunyai deadline.
- Sediakan pelan perancangan anda, blueprint kehidupan anda selama 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun dan seterusnya.
- Perangi sifat malas – Tip : Keluar daripada zon selesa anda.
Ubah 1% setiap hari. Jika anda dapat membaca buku 15 minit sehari, cuba membaca selama 30 minit sehari sehingga anda selesa dengannya. Kemudian, tambahkan membaca selama 45 minit dan amalkan sehingga anda selesa dengannya. - Rancang hari anda pada malam sebelumnya atau pada pagi hari tersebut.
- Orang yang gagal merancang ialah orang yang merancang untuk gagal.
- Cari kejayaan pertama anda. InsyaAllah kejayaan kedua dan seterusnya akan menyusul ~ Success breeds success.
- Ubah hidup dengan pantas. Orang yang cemerlang sentiasa bertindak dengan pantas. Sebagaimana kata Dr. Azizan Osman, fast action fast result.
- Pelaburan terbaik ialah pelaburan untuk diri anda sendiri. Pelaburan untuk menambah ilmu dan menambah pendapatan anda.
- Mengurus masa – mulakan pagi anda dengan menyiapkan tugasan yang paling besar dan paling susah dahulu.
- Bayangkan anda 1 tahun, 5 tahun dan 10 tahun akan datang. Kemudian, fikirkan apakah ilmu dan kepakaran yang anda perlukan untuk berada pada tahap tersebut. Sekarang, tumpukan masa anda untuk menjadi pakar dalam ilmu dan bidang itu.
- Jangan takut untuk berkongsi ilmu. Semakin anda berkongsi ilmu, anda akan mendapat lebih banyak ilmu baru dan menjadi lebih kreatif.
- Capai matlamat anda di usia muda. Bagaimana? Tetapkan matlamat anda sekarang. Irfan Khairi telah menetapkan matlamatnya untuk menjadi jutawan pada umur beliau 18 tahun dan beliau mencapai matlamatnya pada usia 25 tahun.
- Siapakah bulatan kenalan anda? Pilih dan cari kenalan baru yang dapat anda contohi dan ikuti kejayaan mereka dan sentiasa dapatkan nasihat daripada mereka.
- Jangan menangguh kerja. Tetapkan deadline.
- Dengan merancang sebelum anda tidur, anda telah menggerakkan minda bawah sedar anda untuk berfikir dan memberikan idea baru untuk anda merealisasikan matlamat anda.
- Fikir untuk Berjaya dan anda insyaAllah akan Berjaya.
- Seseorang itu akan menjadi apa yang sentiasa difikirkannya.
- Agihkan kerja. Lakukan tugasan paling penting dan agihkan atau leverage tugasan yang lain kepada orang lain.
- Leaders are readers. Baca 1 jam sehari bersamaan 1 buku seminggu , 4 buah buku sebulan dan 48 buah buku setahun.
- Thinking big. Shoot for the stars. If you don’t get it, you still get the moon!
- Jadi orang yang memberi. Be a giver, not a taker.
- Jangan berhenti. Teruskan momentum tindakan anda setiap hari walaupun sekadar berfikir tentang matlamat dan cita-cita anda.
- 2 cara mencapai matlamat anda : Berjalan atau Berlari. Apa pilihan anda?
Alhamdulillah, inilah antara mutiara ilmu yang saya peroleh setelah membaca buku Nota Jutawan Nota Motivasi ini.
Ia hanyalah sedikit berbanding pelbagai lagi tip dan nasihat yang dikongsikan di dalam buku ini. Tip-tip motivasi di dalam buku ini juga dihurai secara santai dan berilustrasi. Jika anda tercari-cari buku motivasi diri dan perniagaan, saya amat mencadangkan anda membaca sendiri buku ini apabila anda berpeluang nanti.
Antara buku Irfan Khairi yang lain ialah Nota Jutawan Nota Perniagaan dan terbaru Nota Jutawan Nota Kewangan.
Semoga bermanfaat. Like 🙂
Leave a Reply