Bagi pemilik blog atau blogger, memiliki theme blog yang sesuai dan menarik mengikut pilihan citarasa sendiri adalah satu kepuasan. Maka, tidak hairanlah terdapat beribu-ribu themes blog yang ditawarkan di internet sama ada yang percuma atau themes premium (berbayar) bagi memenuhi permintaan dan citarasa pemilik blog atau blogger.
Kategori Blog Themes
Blog Themes umumnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori bagi memudahkan para blogger memilih themes yang sesuai dengan jenis blog mereka. Antaranya ialah :
- Fotografi
- Galeri
- Pelancongan
- Hartanah / rumah
- Berita
- Majalah / games
- Perniagaan atau bisnes
- Blog peribadi atau persendirian
- dan lain-lain
Bagi pemilik blog percuma di Blogspot.com dan WordPress.org, anda hanya perlu mencari dan memilih themes blog yang sesuai dan memasangnya. Namun, tidak semua themes di internet boleh dipasang di platform blog percuma ini bergantung kepada syarat yang dikenakan.
Manakala, bagi pemilik blog sendiri (hosting dan domain sendiri), pilihan themes yang menarik dan berkualiti adalah lebih banyak buat anda samaada anda ingin merekabentuk themes anda sendiri, membeli themes premium atau menggunakan pelbagai themes percuma di internet.
Panduan ini adalah khas bagi pemilik blog WordPress dengan hosting dan domain sendiri .
Themes WordPress Percuma (Free WordPress Themes)
Buat permulaan, bagi blogger baru, pilihan themes wordpress percuma adalah yang terbaik. Anda hanya perlu memilih themes percuma di internet mengikut kesesuaian blog anda, download themes tersebut dan pasang (install) themes tersebut di blog anda.
Cuma, bagi themes blog yang percuma, biasanya terdapat link kredit author pada bahagian bawah (footer) themes tersebut seperti di bawah.
Namun begitu, ia bukanlah menjadi masalah besar kerana anda bebas menggunakan themes percuma tadi dengan syarat tidak membuang link kredit author tadi.
Bagi mendapatkan themes percuma, anda boleh ke link di bawah atau membuat carian free wordpress themes di internet.
- Buat carian kata kunci : free wordpress themes atau free blogspot themes
- Atau boleh melayari laman web di bawah :
- http://wordpress.org/extend/themes/
- http://themepix.com/
- http://www.themesjunction.com
- http://www.deluxetemplates.net/category/blogger-template (Bagi Blogspot template)
Themes WordPress Premium (Premium WordPress Themes)
Sekiranya bajet kewangan bukan menjadi halangan, maka pilihan themes premium adalah amat baik. Lebih-lebih lagi sekiranya blog anda adalah blog syarikat atau perniagaan. Ini kerana themes yang menarik dan mesra pengguna akan memberi imej yang baik dan positif terhadap syarikat atau perniagaan anda. Oleh itu, apa salahnya anda membuat sedikit pelaburan bagi mendapatkan themes premium yang berkualiti dan sesuai dengan tujuan syarikat dan perniagaan anda.
Themes premium adalah themes yang mempunyai design yang lebih kemas, menarik dan berkualiti mengikut ciri-ciri tambahan yang ditawarkan. Harga bagi themes premium adalah berbeza mengikut penyedia atau pengeluar themes tersebut.
Antara syarikat terbaik yang menjual themes premium WordPress yang menjadi pilihan para blogger seluruh dunia adalah:
1. Studiopress
Studiopress adalah penyedia themes WordPress premium yang dipercayai ramai dengan lebih 86 000 pengguna. Studiopress berfungsi di atas platform Genesis framework yang mesra enjin carian. Ia menawarkan pelbagai koleksi themes premium yang menarik. Saya juga menggunakan themes daripada Studiopress. Sila ke laman Studiopress bagi melihat pelbagai themes premium yang mungkin memikat hati anda juga. Klik di sini.
2. Thesis
Thesis themes menawarkan kepada anda pilihan untuk merekabentuk dan menyusun atur design themes blog anda sendiri di samping koleksi themes premium yang ada. Anda tidak perlu mahir dalam kod html, sebaliknya semuanya telah tersedia, hanya pilih dan susun sahaja bahagian atau page yang anda kehendaki. Dengan pengguna melebihi 53 000 orang, ia mungkin juga sesuai untuk anda. Klik di sini.
3. Woo themes
Woo Themes merupakan antara laman web yang menyediakan themes premium pelbagai kategori. Terdapat pelbagai themes yang menarik yang boleh dipilih, ada yang berbayar dan ada juga yang diberikan percuma. Anda boleh melihatnya sendiri di sini.
4. Ithemes
Ithemes adalah antara penyedia themes premium pilihan ramai. Ia menawarkan pelbagai koleksi themes menarik. Ia menggunakan Themes Builder di mana anda dapat menyusun page blog anda dengan mudah mengikut citarasa anda. Klik di sini untuk melihat koleksi themes yang ditawarkan.
Tip Memilih Themes Blog
- Pilih themes blog yang sesuai dengan kategori blog anda. Jika blog anda berkaitan fotografi, pilih themes yang dapat memaparkan foto-foto menarik anda dengan tersusun. Jika blog anda berkaitan perniagaan, pilih themes yang bersih, kemas dan dapat memaparkan dengan mudah perkhidmatan yang anda tawarkan.
- Themes hanya menggunakan 2-3 warna utama. Ini penting bagi memastikan pengunjung blog anda tidak terganggu dengan warna blog yang terlalu banyak.
- Themes mempunyai ciri responsive bagi pengguna telefon mudah alih (mobile responsive). Ciri ini penting bagi memudahkan pengunjung blog yang melawat blog anda melalui pda, smartphone, ipad atau iphone mereka. (Biasanya ciri ini ditawarkan bagi themes premium)
- Pilih themes yang menawarkan slot ruang pengiklanan (ads banner). Ini penting sekiranya anda bercadang untuk meletak iklan atau menawarkan slot pengiklanan di blog anda nanti.
- Jika anda membeli themes premium, pilih laman web yang menyediakan perkhidmatan sokongan (support) yang baik dan cepat supaya mudah bagi anda bertanyakan soalan atau bantuan sokongan. Sehingga kini saya berpuas hati dengan perkhidmatan sokongan oleh Studiopress.
- Pilih themes sebagaimana yang anda mahukan bagi mengelakkan anda tidak berpuas hati dengan themes yang dibeli. Elakkan terlalu kerap menukar themes blog anda kerana blog yang mempunyai themes yang sentiasa bertukar boleh mengelirukan pengunjung dan pelawat blog tersebut.
Terdapat banyak lagi laman web yang menyediakan koleksi themes blog yang menarik. Namun saya rasa laman web di atas sudah mencukupi bagi anda mencari themes pilihan anda yang sesuai sama ada yang percuma atau themes premium.
Semoga panduan ini dapat membantu anda memilih themes blog yang sesuai. Silakan berkongsi pendapat atau cadangan anda di bawah.
Kakiblog says
saya paling suka theme genesis..sekarang belum ada modal lagi nak beli
zul press says
yup, theme genesis memang laju dan mudah diindeks oleh google.
kamil salleh says
Memang sedang cari thema wordpress jenis bisnes online e-commerce.
zul press says
oh, boleh cuba themes storefront (percuma) di http://www.woothemes.com/storefront/
demo di http://demo2.woothemes.com/storefront/
seri nian says
saya memerlukan theme yang menarik….blog saya terlalu dull