• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Bangkit

  • Blog

8 Cara Buat Duit dengan Blog

February 5, 2014 by zul press 17 Comments

pendapatan pasif blogAssalamualaikum w.b.t

Antara soalan popular dalam blogging ialah bagaimana cara nak buat duit dengan blog?

Ramai yang membuat blog, tapi tidak semua yang dapat menjana pendapatan dengan blog.

Kenapa?

Kerana anda tidak akan dapat buat duit hanya dengan buat blog. Anda perlukan Pelan X.

Kembali kepada tujuan asal

Sebelum itu, mari kita lihat asas blogging.

Sekiranya tujuan asal anda buat blog adalah kerana ingin buat duit, maka saya bimbang anda tidak akan berjaya kerana anda sebenarnya tidak dapat buat duit hanya dengan memiliki blog.

Ramai yang membina blog dengan semata-mata untuk buat duit, dan akhirnya berputus asa kerana tidak dapat menjana pendapatan pun dengan blog mereka.

Sebenarnya, ia tidak salah untuk membina blog dengan tujuan menjana pendapatan. Tetapi ia seharusnya bukanlah tujuan utama.

Ini kerana, tujuan asal blog adalah untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada para pembaca blog anda.

Mengikut prinsip give and take, apabila anda memberi anda akan menerima.

Apabila blog anda telah mendapat perhatian dan mempunyai ramai pelawat yang berminat dengan apa yang anda kongsikan, maka anda secara tidak langsung dapat menjana pendapatan dengan blog anda dengan menyediakan servis atau produk yang dapat memberi manfaat dan menyelesaikan masalah para pelawat blog anda.

Ini bermaksud anda tidak akan dapat buat duit hanya dengan blog. Sebaliknya anda akan dapat menjana pendapatan dengan blog apabila anda menyediakan Pelan X iaitu Pelan Jana Pendapatan dengan Blog (monetization plan).

Pelan Jana Pendapatan dengan Blog (Pelan X)

Perkongsian Bermanfaat => Trafik/ Pelawat => Pelan Jana Pendapatan dengan Blog => Duit

Walaupun blog anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari, anda masih juga belum dapat menjana pendapatan dengan blog anda jika tiada Pelan Jana Pendapatan dengan Blog (Pelan X) ini.

Setelah anda menulis artikel dan post yang bermanfaat dan mempunyai pelawat setiap hari, anda sudah boleh memulakan Pelan X di bawah untuk menjana pendapatan dengan blog anda.

1.   Membuat dan Menjual Produk Anda Sendiri

Inilah rahsia yang tidak lagi menjadi rahsia bagaimana mereka yang berniaga di internet dapat menjana pendapatan secara konsisten secara online iaitu dengan memiliki produk mereka sendiri.

Dengan produk mereka sendiri, mereka bebas untuk meletakkan harga produk mereka sendiri dan segala keuntungan adalah milik mereka.

Anda boleh membuat produk anda sendiri berkaitan dengan topik/niche blog anda. Jika blog anda berkaitan blog motivasi, maka anda boleh menjual produk berkaitan motivasi.

Antara produk yang anda boleh sediakan ialah ebook, vcd, dvd, audio mp3, buku bercetak, khidmat nasihat, servis perkhidmatan dan sebagainya.

2.   Menjadi affiliate

Alternatif lain pula ialah anda boleh menjadi affiliate dan menjana komisen daripada hasil jualan yang berlaku melalui link affiliate anda.

Anda hanya perlu meletakkan link affiliate anda di dalam post artikel, membuat review produk atau memasang banner produk di blog anda.

3.   Menyertai Google Adsense atau Nuffnang

Selain itu, anda juga boleh memohon untuk menyertai Google Adsense (blog berbahasa Inggeris) atau Nuffnang dan meletakkan iklan mereka di blog anda.

Anda akan mendapat bayaran apabila pelawat blog anda klik banner yang dipaparkan.

4.   Menjual slot pengiklanan

Sekiranya blog anda mempunyai trafik bilangan pelawat yang banyak, anda boleh mula membuka slot pengiklanan di blog anda.

Anda boleh menawarkan bayaran slot pengiklanan banner di blog anda mengikut bulan. Ramai pengiklan yang berminat meletakkan banner mereka dengan harga berpatutan mengikut situasi menang menang. (win-win situation)

5.   Mengadakan Coaching atau Seminar

Selain itu, dengan aktif menulis di blog, anda akan dianggap sebagai pakar dalam bidang anda. Anda seterusnya boleh terus berkongsi kepakaran anda melalui sesi coaching secara dalam talian atau di lokasi tertentu.

Pembaca blog anda sudah tentu tidak sabar bertemu anda dalam sesi coaching dan seminar yang anda jalankan nanti.

6.   Membuat Halaman Keahlian (Membership Programme)

Apabila blog anda menjadi blog autoriti dan mempunyai pengikut yang tersendiri, anda boleh membuka halaman keahlian online dan mengadakan perkongsian khas bersama mereka yang menjadi ahli sahaja.

Anda boleh meletakkan yuran keahlian bulanan atau tahunan untuk pendaftaran keahlian.

Dalam ruangan ahli (inner circle) , anda boleh berkongsikan produk anda, nasihat, video-video dan tip berkualiti kepada ahli keahlian anda secara berkala.

7.   Menulis artikel berkualiti dan menerima bayaran

Apabila anda semakin dikenali melalui blog anda, ramai yang inginkan anda menulis bagi blog mereka atau majalah mereka dan anda akan mendapat bayaran daripada perkongsian artikel tulisan anda tersebut.

Anda juga boleh menghantar artikel tulisan anda ke mana-mana akhbar atau majalah untuk diterbitkan dan anda menerima bayaran saguhati.

8.   Pemasaran (Marketing)

Pelan X ini tidak akan berjaya dengan baik jika tiada pemasaran yang dilakukan. Anda perlu terus mempromosikan blog anda (dan produk anda) agar blog anda mendapat lebih ramai pelawat hari demi hari.

Anda boleh memilih pemasaran percuma atau berbayar.

Antara pemasaran yang utama ialah pemasaran emel, pemasaran video (Youtube), iklan FB, twitter, SMS Marketing dan Google Adwords.

Terdapat banyak lagi teknik menjana pendapatan dengan blog. Namun, saya kira 8 cara ini adalah yang utama dan sudah pun memberi pulangan lumayan kepada anda.

Anda tidak perlu melakukan kesemua 8 cara di atas. Sebaliknya, pilih satu atau dua sahaja dan fokus sehingga anda berjaya menjana pendapatan dengannya.

Sedikit Perkongsian Saya

Untuk jana pendapatan dengan blog tidaklah mudah kerana perlukan masa dan komitmen yang lama. Anda perlu pengorbanan masa untuk menulis artikel dan membuat perkongsian bermanfaat di samping sentiasa menambah ilmu yang ada.

Namun, segala penat lelah anda insyaAllah akan berbayar dengan pahala kebaikan hasil daripada perkongsian ilmu bermanfaat anda selain daripada pendapatan pasif dengan blog yang bakal anda peroleh nanti.

Bagaimana dengan anda? Apakah pelan X anda?

Silakan berkongsi bersama saya.

Salam kejayaan. 🙂

Filed Under: Tip Blogging, Tip Perniagaan Internet Tagged With: buat duit blog, perniagaan internet

Reader Interactions

Comments

  1. ISMAIL AHMAD says

    October 2, 2014 at 1:38 pm

    ramai yg berjaya bidang perniagaan internet ini kebanyakkannya bermula dengan 0 asas dalam IT.. hebatkan

    Reply
    • zul press says

      October 2, 2014 at 6:37 pm

      ya, asalkan ada semangat nak belajar dan tak putus asa. InsyaAllah boleh berjaya.

      Reply
    • latiff says

      October 31, 2014 at 2:19 am

      tq banyak cik zul dengan perkonsian ini

      Reply
      • zul press says

        October 31, 2014 at 6:28 am

        alhamdulillah. moga bermanfaat sedikit sebanyak.

        Reply
  2. Aries Lee says

    December 3, 2014 at 3:14 pm

    Salam.. Can u teach how to make a money from blogging and i was using wordpress.

    Reply
    • zul press says

      January 3, 2015 at 10:06 pm

      Wkmslm..buat duit dengan blog ada banyak cara. boleh pilih salah satu cara di atas dan belajar, kemudian praktikkan hingga berjaya. Ia adalah satu proses berterusan dan perlukan masa. 🙂

      Reply
  3. eniey says

    June 28, 2015 at 10:23 am

    good info. tq for sharing.

    Reply
    • zul press says

      June 28, 2015 at 6:35 pm

      sama2 🙂

      Reply
  4. kojitmals says

    December 15, 2015 at 2:11 pm

    terima kasih atas perkongsian,encik.saya sentiasa tercari-cari cara bagaimana menjana pendapatan secara online selama ini.

    Reply
    • zul press says

      December 16, 2015 at 4:59 pm

      sama-sama tuan. moga ada manfaatnya 🙂

      Reply
  5. nurul says

    December 17, 2015 at 3:41 pm

    Salam encik,

    Terima kasih di atas kesudian encik berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat ini. Sejak wujudnya perniagaan online ini sangat memudahkan saya berurusan dengan para pelanggan saya. Tambahan pula, saya kini sudah mengusahakan produk kesihatan saya iaitu Jamu Kunyit Kampung. Alhamdulillah, melalui business online, lebih banyak masa dapat dijimatkan serta lain-lain kos berbanding dengan sebelum ini saya banyak membuat pengiklanan & pemasaran business saya secara manual iaitu pengedaran flyers.

    Sekian, terima kasih.

    Reply
    • zul press says

      December 19, 2015 at 10:19 am

      Wkmslm w.b.t
      Betul cik puan, online lebih mudah dan 24 jam 🙂

      Reply
  6. Sham Santiago says

    December 21, 2015 at 6:05 pm

    Bleh x explain ttg affiliate. Sy x brape tahu psl hal ni, tp nak try buat side-income mlalui blog.
    Mohon bantuan. Terima kasih.

    Reply
    • zul press says

      December 21, 2015 at 10:43 pm

      Saya ada tulis di sini https://www.zulpress.com/bisnes/jana-pendapatan-pasif-dengan-affiliate/ dan untuk belajar detail, boleh dapatkan Panduan Jana Pendapatan dengan Affiliate (Video) di sini https://www.zulpress.com/product/panduan-video-intensif-kursus-affiliate/
      Terima kasih.

      Reply
  7. fieza says

    March 9, 2016 at 12:05 pm

    Salam tuan,
    saya baru berjinak-jinak dalam penulisan blog.
    masih baru dan kini baru belajar tentang cara-cara berbisnes dengan blog.
    cuma, saya perlukan nasihat bagaiman untuk menaikkan kada trafik blog saya.
    saya masih lagi buntu..
    tuan boleh layari blog saya . firstqalam.blogspot.com
    tq.

    Reply
    • zul press says

      March 15, 2016 at 2:59 am

      Wkmslsm w.b.t
      Fieza, tahniah dah mula berblog. Share post dengan konsisten, buat fb page, komen blog orang lain setiap hari 5 blog contohnya (blogwalking), jangan tengok statistik blog lagi kecuali lepas ada 30-50 artikel blog. just sharing sahaja dan enjoy blogging dengan stail fieza sendiri, tak perlu terlalu formal 🙂

      Reply
  8. Lokmanamirul says

    November 14, 2017 at 1:12 am

    Ya sangat mudah untuk diaplikasikan.

    Reply

Leave a Reply to fieza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Mindset Pemenang
  • Mencari Kerja vs Belajar Berniaga
  • Buat sampai jadi
  • Hari-hari yang ‘best’
  • Aku Hamba, Dia Maha Kuasa

Categories

  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Usahawan
    • Idea Perniagaan 101
    • Tip Blogging
    • Tip Perniagaan Internet
  • Motivasi Hamba Bangkit
  • Umum

Footer

Tentang

Mohd Zulfadhli. Boleh panggil Zul. Saya menulis tentang motivasi diri, tip bisnes dan perniagaan internet. Semoga dapat manfaat daripada perkongsian di blog ini. Terima kasih.

Copyright © 2022 · Magazine Pro on Genesis Framework ·