Memiliki blog kini telah menjadi trend keperluan di seluruh dunia. Jika anda belum memiliki blog, mungkin inilah masanya anda mula memikirkannya. ๐
| Dianggarkan lebih kurang 175,000 blog baru yang dibina setiap hari, iaitu bersamaan 2 blog dibina setiap saat, dan lebih 1.6 juta artikel yang diterbitkan setiap hari dan ia semakin bertambah pada setiap tahun. Pada bulan Disember 2007, Technorati telah mengindeks melebihi 112 juta blog.
Berbanding laman web dan media sosial yang lain seperti Facebook dan Twitter, Blog ternyata mempunyai kelebihan tersendiri dan masih lagi menjadi pilihan utama pengguna internet di seluruh dunia.
Jadi tidak hairanlah, bukan sahaja pengguna biasa malah syarikat-syarikat gergasi di seluruh dunia turut mempunyai blog sebagai medium interaksi dengan pelanggan mereka.
Untuk itu, jika anda seringkali membaca artikel-artikel dan post di blog rakan-rakan anda, tidakkah anda juga ingin membuat perkara yang serupa? Dapat memiliki blog sendiri, menulis dan berkongsi apa jua yang anda inginkan melalui blog sendiri!
Bagaimana? Jika Ya, pastikan anda sentiasa mengikuti artikel-artikel di blog ini (subscribe RSS) bagi mengetahui pelbagai tips dan panduan berkaitan ilmu blogging bermula daripada Asas Blogging sehingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi. ๐
Oleh itu, sebagai permulaan, dalam artikel berikutnya nanti, saya akan kongsikan beberapa perkara penting dalam Asas Blogging termasuklah:
- Apakah maksud Blog? Dan kenapa ia menjadi pilihan?
- Bagaimana ingin menentukan tujuan anda berblog dan topik/niche yang anda minati?
- Bagaimana pula ingin memiliki dan membina blog? Secara percuma atau berbayar?
- Bagaimana memilih nama domain atau alamat blog yang sesuai dan ideal? Dan tips memilih hosting yang sesuai.
- Apakah kemahiran asas yang perlu dimiliki untuk anda mempunyai blog?
dan banyak lagi dalam perkongsian seterusnya. InsyaAllah.
Leave a Reply