• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Bangkit

  • Blog

Tip 3 ‘U’ Meningkatkan Trafik Blog

June 22, 2013 by zul press 2 Comments

3U

Assalamualaikum w.b.t dan salam kaya berjaya.

Dalam tulisan kali ini, saya kongsikan 3 petua bagaimana anda dapat meningkatkan trafik blog anda bukan sahaja pada masa sekarang bahkan bagi tahun-tahun berikutnya.

Tip ini dapat membantu anda jika anda baru sahaja membina blog anda sendiri, atau telah lama berblog, tetapi masih sukar mendapat pelawat yang konsisten setiap hari.

Tip ini juga membantu anda mendapat trafik bilangan pelawat yang ramai ke blog anda di mana mereka masih lagi membaca artikel blog anda walaupun artikel tersebut telah lama ditulis.

Terdapat banyak teknik bagi meningkatkan trafik blog seperti SEO, link building, penghantaran artikel, guest post dan sebagainya.

Namun, asas paling penting bagi meningkatkan trafik blog anda ialah petua 3 ‘U’ ini :

1.   Useful (Berguna)

Pastikan artikel yang anda tulis berguna kepada pelawat dan pembaca blog anda.

Artikel yang berguna ialah yang membantu pembaca blog anda mendapat pengetahuan baru, menyelesaikan masalah mereka, membantu mereka mencari jawapan atau memudahkan mereka membeli dan mencari sesuatu.

Artikel yang ditulis adalah disasarkan untuk pembaca blog anda. Bukannya untuk enjin pencari, SEO atau kata kunci semata-mata.

Enjin pencari seperti Google dan Yahoo dapat mengesan laman web dan blog yang berguna dan bermanfaat bagi pengguna internet.

Jika artikel blog anda berguna, dikongsi oleh ramai orang dan mendapat komen daripada pembaca, sudah pasti blog anda bakal menjadi keutamaan enjin pencari untuk disenaraikan dalam page terawal.

Hasilnya, blog anda akan sentiasa mendapat trafik yang tinggi dan pelawat yang berkualiti.

2.   Updated (Dikemaskini)

Setiap hari, pelbagai maklumat baru dikongsikan di internet. Persaingan juga semakin bertambah.

Enjin carian seperti Google dan Yahoo sentiasa mengemaskini maklumat ini. Ya, mereka lebih suka maklumat yang baru dan segar.

Pengguna internet (termasuk anda dan saya) juga sebenarnya sukakan perkongsian dan ilmu baru.

Justeru, amat penting untuk anda sentiasa mengemaskini dan menulis artikel terbaru di blog anda.

Ia bukan bermakna anda perlu mengemaskini blog anda setiap hari, tetapi cukuplah mengikut kelapangan dan komitmen anda terhadap blog anda.

Apa yang penting, anda masih lagi mengemaskini (update) blog anda dan tidak membiarkannya berkubur begitu sahaja.

3.   Unique (Unik)

Petua ketiga, artikel yang anda tulis mestilah unik.

Unik yang bagaimana? Artikel yang anda tulis tadi membolehkan pelawat dan pembaca blog anda :

  • menjimatkan masa mencari maklumat
  • menyelesaikan masalah mereka
  • mejimatkan duit
  • menarik, tidak membosankan
  • tidak ditemui di tempat lain (bukannya artikel copy paste semata-mata)

Kesimpulannya, anda perlu pastikan artikel yang ditulis berguna, dikemaskini dan unik di mata pelawat blog anda.

Ia juga adalah rahsia bagaimana blog-blog yang terkenal mendapatkan trafik yang tinggi dan pelawat yang tidak putus-putus.

InsyaAllah sama-sama kita terus berusaha menulis dan berkongsi ilmu.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat anda. 🙂

Filed Under: Tip Blogging Tagged With: 3 u, tip tingkatkan trafik blog

Reader Interactions

Comments

  1. Drexar21 says

    July 1, 2013 at 10:52 pm

    Apa yang penting bagi sebuah blog adalah originality. Kalau sama je baik diorang baca blog yang lain kan? 😀 Good info

    Reply
    • zul press says

      July 2, 2013 at 11:25 pm

      Yup, thumbs up untuk blog Amal Jamil gak. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Mindset Pemenang
  • Mencari Kerja vs Belajar Berniaga
  • Buat sampai jadi
  • Hari-hari yang ‘best’
  • Aku Hamba, Dia Maha Kuasa

Categories

  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Usahawan
    • Idea Perniagaan 101
    • Tip Blogging
    • Tip Perniagaan Internet
  • Motivasi Hamba Bangkit
  • Umum

Footer

Tentang

Mohd Zulfadhli. Boleh panggil Zul. Saya menulis tentang motivasi diri, tip bisnes dan perniagaan internet. Semoga dapat manfaat daripada perkongsian di blog ini. Terima kasih.

Copyright © 2022 · Magazine Pro on Genesis Framework ·