• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Bangkit

  • Blog

17 Tip Penting Memilih dan Memulakan Bisnes

February 20, 2016 by zul press Leave a Comment

tip memilih bisnes perniagaanAssalamualaikum w.b.t

Bagaimana memilih bisnes yang sesuai dengan kita? Boleh jadi sesuatu bisnes sesuai dengan kita dan boleh jadi tidak sesuai.

Semoga tip yang dikongsikan kali ini dapat membantu anda membuat pilihan dan memulakan bisnes terbaik anda.

17 Tip Penting Memilih dan Memulakan Bisnes

  1. Senaraikan bisnes yang kita minat, suka dan sanggup lakukan walaupun tidak dibayar lagi.
  2. Mulakan pilihan dengan mohon terus pada Allah dalam doa dan solat hajat mohon perniagaan yang berkat dan terbaik untuk kita membantu lebih ramai orang.
  3. Pilih bisnes yang mempunyai permintaan dan dapat menyelesaikan masalah pelanggan.
  4. Pilih bisnes yang telah terbukti ramai yang berjaya melakukannya.
  5. Pilih SATU sahaja bisnes yang paling mudah, cepat dan boleh dikembangkan lebih besar (scalable).
  6. Bagi yang bekerja, mulakan bisnes secara part-time sebelum full-time. Ambil pengalaman terlebih dahulu.
  7. Pilih SALAH SATU daripada 3 kategori bisnes kita : menjual produk sendiri, menjual produk orang lain atau menyediakan servis/perkhidmatan.
  8. Pilih salah satu atau kedua-dua medium offline atau online.
  9. Mulakan bisnes secara kecil sebelum besar.
  10. Pilih bisnes yang modal permulaan sedikit, sederhana dan tidak terlalu besar.
  11. Pastikan mempunyai ilmu perniagaan dan pemasaran, mentor, sistem, tindakan luar biasa dan impian yang jelas. Jika belum ada, sila belajar terlebih dahulu dari mentor yang telah berjaya melalui buku, seminar dan bengkel anjuran mereka.
  12. Bertindak dengan berterusan walaupun sedikit setiap hari.
  13. Jangan putus asa. Lakukan SATU bisnes hingga berjaya hasilkan target jualan.
  14. Automasikan bisnes dan jangan jadi hamba pada bisnes sendiri.
  15. Urus kewangan dengan baik dan sentiasa menyimpan wang keuntungan setiap hari.
  16. Follow mereka yang telah berjaya, berkawan bersama mereka dan insyaallah kita akan berjaya seperti mereka.
  17. Teruskan belajar ilmu perniagaan dan pemasaran anda. Laburkan wang untuk menuntut ilmu dan kembangkan perniagaan.

Semoga bermanfaat.

Filed Under: Tip Perniagaan Internet Tagged With: tip bisnes

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Mindset Pemenang
  • Mencari Kerja vs Belajar Berniaga
  • Buat sampai jadi
  • Hari-hari yang ‘best’
  • Aku Hamba, Dia Maha Kuasa

Categories

  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Usahawan
    • Idea Perniagaan 101
    • Tip Blogging
    • Tip Perniagaan Internet
  • Motivasi Hamba Bangkit
  • Umum

Footer

Tentang

Mohd Zulfadhli. Boleh panggil Zul. Saya menulis tentang motivasi diri, tip bisnes dan perniagaan internet. Semoga dapat manfaat daripada perkongsian di blog ini. Terima kasih.

Copyright © 2022 · Magazine Pro on Genesis Framework ·