Assalamualaikum w.b.t
Tuan-puan yang dihormati, hari ini saya ingin berkongsi rasa, erti kebahagiaan yang dicari dalam hidup.
Dalam hidup, kita sering tercari-cari erti kebahagiaan. Ia pula kerap dicari daripada sumber ini :
Kebahagiaan Material
Kebahagiaan material : kita bahagia apabila duduk di rumah yang selesa, besar dan nyaman, ditemani kereta yang cantik dipandang dan selamat dipandu.
Tetapi nasihat cerdik-pandai, kebahagiaan seperti itu tidak kekal lama, bahkan ia mungkin berkongsi malapetaka. Bila kereta mahal digores orang, kita murung seminggu. Andai telefon canggih terhempas dan rosak, wajah ceria sekelip mata bertukar muncung berduka.
Maka, apakah kebahagiaan yang lebih tinggi daripada semua itu?
Kebahagiaan Spiritual
Ia dipanggil : SPIRITUAL HAPPINESS.
Rasa bahagia apabila membahagiakan orang lain. Rasa bahagia apabila berbuat sesuatu untuk ‘membahagiakan’ Tuhan.
Dan caranya mudah.
PERTAMA : Cukup anda ‘halalkan’ duit baki belian mee rebus makcik di tepi jalan, terima kasihnya yang tak putus mampu memberi efek bahagia. Dan ia lebih luarbiasa kerana efeknya berganda : bahagianya berpanjangan plus pahala dan barokah Tuhan.
KEDUA : Bahagia bila melihat orang lain berubah, daripada tidak tahu kepada tahu. Dari zero kepada hero. Itu juga antara jenis kebahagiaan yang ingin kita cari. Tidak ada yang lebih bermakna dalam hidup apabila melihat orang lain berjaya hasil usaha kita. Kata orang putih – “priceless”.
Petikan daripada perkongsian emel oleh Us. Mohammad Asraff b. Ayob (www.inspirasiqurani.com)
Leave a Reply