Assalamualaikum w.b.t
Model pemasaran affiliate adalah salah satu model perniagaan internet yang mampu memberikan pendapatan pasif kepada para usahawan internet.
Anda tidak perlu mencipta produk anda sendiri dan menguruskan urusan para pelanggan.
Anda adalah sebagai wakil jualan sahaja.
Lebih dari itu, ia sebenarnya bukanlah semata-mata anda tolong menjual produk orang lain dan medapat komisen.
Ia adalah satu bentuk model perniagaan internet yang telah membantu para usahawan internet tempatan dan antarabangsa menjana pendapatan 4-6 angka.
Pat Flynn dan John Chow adalah blogger antarabangsa yang menjadi multi jutawan dengan pendapatan utama blog mereka adalah dengan menjadi ahli affiliate dan berkongsikan produk yang mereka telah gunakan.
Dalam artikel kali ini, saya kongsikan 3 kunci untuk berjaya menjana income pendapatan dengan model affiliate.
3 Kunci berjaya dalam affiliate
1. Mahir asas dan konsep affiliate
Bagaimanakah model affiliate ini berfungsi?
Secara ringkasnya, anda adalah wakil penjual produk digital atau fizikal dan mendapat komisen hasil daripada jualan yang berlaku melalui link jualan anda.
Ia adalah anda tolong rekomenkan produk, dan orang tersebut membeli dengan pemilik produk atas cadangan dan rekomendasi anda.
Anda juga perlu memahami bagaimana ingin menjadi ahli affiliate dan paling penting anda perlu mempunyai akaun bank dan akaun Paypal untuk anda menerima komisen affiliate nanti.
2. Teknik memilih produk yang berpotensi menghasilkan jualan dan komisen
Setelah anda mendaftar menjadi agen affiliate, anda perlu pilih satu hingga tiga produk sahaja untuk anda promosikan.
Terdapat beratus-ratus dan beribu-ribu produk yang boleh anda promosikan, tapi cukuplah anda pilih 1-3 sahaja terlebih dahulu untuk mendapatkan pengalaman dan menjana komisen pertama anda.
Antara tip memilih produk yang berpotensi ialah dengan melihat hasil jualan atau rekod jualan semasa produk tersebut, adakah mendapat permintaan tinggi atau rendah, komisen yang ditawarkan adakah 50:50 dan sebagainya, kelengkapan promosi seperti banner, teks, video disediakan oleh penjual dan support yang disediakan.
3. Teknik membuat pemasaran (marketing)
Paling penting setelah anda memilih produk yang ingin anda promosikan, anda perlukan pelan pemasaran bagaimana ingin menghasilkan jualan.
Ia bukanlah sekadar anda copy link affiliate anda dan pastekan di blog atau di Facebook.
Untuk menghasilkan lebih jualan, anda perlukan teknik yang lebih advance. Bagaimana menarik pelanggan membeli melalui anda dan bagaimana menghasilkan jualan berterusan daripada pelanggan yang sama berulangkali dan pelbagai lagi tip advance.
Anda boleh belajar lanjut teknik promosi cara pakar dalam Video Kursus Intensif Affiliate yang saya pakejkan di sini.
Pemasaran affiliate tempatan atau antarabangsa
Berita baik, adalah anda tidak akan putus daripada memilih dan mempromosikan mana-mana produk. Ini kerana semakin banyak produk dibina setiap hari dan semakin besar peluang anda menjana pendapatan dengan model affiliate ini.
Anda boleh memilih pasaran tempatan atau luar negara.
Jika anda ingin mempromosikan produk luar negara, anda boleh menjadi agen affiliate di Amazon.com, ClickBank, JvZoo dan banyak lagi. Hanya klik pada butang Become an Affiliate dan mendaftar.
Pasaran dalam negara pula, anda boleh lihat mana-mana produk yang menawarkan peluang untuk anda menjadi affiliate. Anda juga boleh lihat senarai vendor penjual produk di Ashadee.com.
Rebutlah peluang menjana pendapatan melalui affiliate ini kerana model pemasaran affiliate boleh menjadi pendapatan utama anda atau sebagai side income anda.
Apa yang penting adalah anda sanggup belajar teknik affiliate dan melakukan tindakan sedikit demi sedikit tetapi berterusan.
Leave a Reply