Assalamualaikum w.b.t
Sehingga ke hari ini, blog masih lagi menjadi rujukan utama di internet. Ini kerana internet adalah tempat untuk orang ramai mencari rujukan dan maklumat. Maklumat di FB, Twitter dan media sosial perlu sentiasa dikemaskini setiap hari dan tip yang lama akan semakin ke bawah menjadi older post.
Namun, isi kandungan di blog masih lagi mudah dirujuk dan dijumpai oleh orang ramai apabila menggunakan fungsi search di Google. Oleh itu, blog masih relevan sehingga ke hari ini.
Sudah ramai yang menjana pendapatan di blog. Anda tidak semestinya menggunakan blog berbayar, blog percuma blogspot juga sudah memadai untuk anda menjana pendapatan di internet.
Apa yang penting adalah kandungan blog anda dan strategi yang anda gunakan untuk menjana pendapatan di blog.
Dalam artikel sebelum ini, saya telah kongsikan 8 cara buat duit dengan blog, dan untuk kali ini saya kongsikan teknik advance jana pendapatan pasif dengan blog.
Teknik Blog Sales Funnel ini telah digunakan oleh blogger antarabangsa yang menjana pendapatan utama mereka dengan blog. Ia mula diperkenalkan oleh Yaro Starak pengasas blog Entrepreneurs Journey
Teknik ini menekankan bagaimana blog menjadi medium utama dalam mengumpul bakal pelanggan dan pembeli produk di blog. Seterusnya, para pelanggan (subscibers) akan dibawa ke dalam corong jualan yang telah dibina mengikut pakej urutan produk dan harga.
Semakin menurun corong jualan, harga produk dan perkhidmatan semakin meningkat seiring dengan kualiti yang diberikan. Pelanggan yang berminat akan membeli berulangkali untuk mendapat lebih nilai dari setiap produk dan perkhidmatan.
Sales funnel sudah mula digunakan dalam perniagaan internet termasuk pada setiap halaman jualan produk yang mempunyai upsale, downsale, produk upgrade, produk keahlian, servis bulanan dan sebagainya.
Ia adalah teknik bagaimana untuk mendapat lebih hasil jualan daripada seorang pelanggan secara berterusan atau berulang kali.
Untuk lebih kefahaman, boleh rujuk gambar di bawah dan melawat laman web beliau.
Leave a Reply