Assalamualaikum w.b.t
Berniaga secara online di internet sudah semakin mendapat sambutan. Banyak syarikat dan perniagaan yang memanfaatkan internet untuk kemajuan dan keuntungan bisnes perniagaan mereka.
Setiap pembelian, tempahan, pemasaran dan perhubungan hanya diuruskan melalui internet dan dibantu oleh emel, sms, Whatsapp, FB, blog, laman web, kedai online dan sebagainya.
Buat duit online vs bina bisnes online
Terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan aktif, sampingan dan pendapatan pasif di internet. Ada cara yang cepat dan ada cara yang lambat.
Cara yang cepat adalah dengan hanya fokus kepada cara buat duit online sahaja. Manakala, cara yang lambat sedikit adalah dengan membina bisnes di internet, membina jenama dan pengikut terlebih dahulu sebelum menjana pendapatan dengannya.
Kedua-dua cara boleh digunakan. Namun, setiap orang berbeza pilihan dan fokus mereka. Ada yang hanya ingin menjana pendapatan segera dan ada yang ingin membina bisnes jangka masa panjang, membina legasi, autoriti dan jenama di internet.
Buat duit segera di internet
Antara cara buat duit di internet ialah :
- Menawarkan servis/ perkhidmatan di blog, FB, forum, Fiverr, elance, iLancee dan sebagainya. Contohnya servis fotografi, servis membuat design banner, design kad kahwin, servis membuat blog, servis SEO, printing, penulis bebas dan sebagainya.
- Menjual produk sendiri sama ada produk digital (seperti ebook, dvd, kelas tutorial online, webinar) atau produk fizikal. Anda boleh menjual di blog, FB, Mudah.my , Lelong, eBay, kedai online dan platform jualan lain.
- Menjadi ejen affiliate sama ada affiliate tempatan atau luar negara. Pilih produk berkualiti dan mula mempromosikan produk dan jana keuntungan komisen daripada jualan yang berlaku melalui anda.
- Menjadi ejen dropship. Taip/search Google : ejen dropship + nama produk dan daftar sebagai ejen dropship. Jana pendapatan dengan peratus untung harga yang lebih rendah.
- Membina blog dan menawarkan slot iklan, banner, klik Ads seperti Adsense, Nuffnang dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh menjual produk anda sendiri di blog, atau promosi affiliate atau produk dropship di blog.
Kaedah di atas adalah kaedah yang telah terbukti memberikan pendapatan aktif, sampingan dan pasif kepada anda. Ia telah diamalkan oleh ramai orang. Namun, sudah pasti hasilnya berbeza bergantung kepada ilmu pemasaran, kemahiran dan promosi yang anda lakukan.
Membina bisnes di internet
Seterusnya, kaedah menjana pendapatan di internet yang tidak ramai berusaha melakukannya adalah dengan membina bisnes atau perniagaan terlebih dahulu.
Kemudian, barulah melakukan jualan, promosi dan perkhidmatan. Ia memerlukan masa untuk membina bisnes, dari 1-6 bulan dan beberapa tahun, tanpa pendapatan yang tetap. Namun, apabila bisnes tersebut telah mendapat perhatian, ramai pelawat, mempunyai jenama, dan nilai tersendiri, keuntungan yang diperoleh adalah besar dan berterusan.
Contoh bisnes perniagaan yang telah diwujudkan yang memerlukan masa untuk membinanya, tetapi memberikan keuntungan berterusan adalah seperti syarikat Google, Facebook, Fiverr.com, Amazon.com, Ashadee.com, Mudah.my, WangCyber.com, Klikjer.com dan banyak lagi jenama yang dahulunya bermula dari bawah secara kecil-kecilan sehingga mula dikenali ramai.
Bagaimana membina bisnes di internet?
Kita mengikut apa yang kita fokus dan fikirkan. Sekiranya kita berfikiran kecil, maka usaha dan tindakan yang kita lakukan adalah kecil sahaja. Iaitu cukup hanya dengan buat duit di internet sahaja.
Tetapi, dengan berfikiran besar, kita mula berfikir untuk membina bisnes perniagaan di internet selain daripada membuat duit pantas di internet.
Fikiran besar akan menjadikan idea yang diperoleh menjadi lebih hebat, menghasilkan tindakan yang berani dan tidak takut gagal.
Dalam membina bisnes di internet, ia perlukan ilmu, kemahiran dan kesabaran. Wang dan modal bukanlah masalah utama. Anda boleh membuat duit di internet terlebih dahulu dan pada masa yang sama turut merancang untuk membina legasi bisnes perniagaan internet anda sendiri.
Anda juga tidak perlu mahir dalam semua perkara. Ini kerana setiap perkara boleh diserahkan kepada pakarnya. Yang penting, anda mampu merancang dan mengurus dengan baik.
7 Tip Membina Bisnes di Internet
- Mempunyai target pasaran (target market)
- Perniagaan anda mempunyai sistem yang telah terbukti berjaya โ sistem jualan, sistem pemasaran, sistem pengurusan
- Mengutamakan flow โ aliran pendapatan dan keuntungan setiap hari
- Mempunyai produk dan perkhidmatan sendiri
- Mempunyai team/pasukan yang hebat
- Mempunyai database pelanggan dan bakal pelanggan
- Bermula dari bawah โ pengalaman, kegagalan dan kejayaan sentiasa mematangkan diri
- Bonus : Sentiasa fokus, dan hanya pilih SATU bidang perniagaan sahaja sehingga berjaya.
Akhir kata, apa yang kita selalu lakukan akan menentukan apakah hasil yang kita akan peroleh pada masa akan datang.
Sekiranya kita belum memperolehi apa yang kita mahukan, mungkin kita perlu melihat kembali apa perkara yang telah kita lakukan dan menjadikannya lebih baik.
If you always do what you’ve always done, you’ll always get what you’ve always got.” โ Henry Ford
Semoga kita mula memikirkan untuk membina perniagaan kita sendiri di internet dan seterusnya dapat membantu hidup kita, keluarga kita dan memberikan sumbangan besar kepada agama dan negara. InsyaAllah.
kalau yang masih baru nak cari duit baik buat affiliate atau dropship
betul tu tuan. terima kasih singgah di sini. ๐