Assalamualaikum w.b.t
Pada masa sekarang, hampir semua barang boleh dibeli di internet hatta anak itik sekalipun.
Google sahaja apa yang kita mahu, insyaAllah ada sahaja yang kita mahu beli. 🙂
Inilah hasilnya apabila ramai yang sudah sedar perniagaan di internet.
Banyak kelas-kelas, seminar dan kursus berkaitan perniagaan di internet.
Ramai sifu-sifu, otai-otai, mentor dan sebagainya yang memberikan panduan untuk berniaga di internet.
Hampir setiap hari saya ke pejabat pos, saya tersenyum gembira melihat ramai sahaja orang yang beratur di pejabat Pos Laju membawa bungkusan besar yang hendak dipos. Lebih-lebih lagi pada waktu menjelang Hari Raya. Permintaan makin banyak setiap hari.
Sempat saya survey, antara produk paling laku di internet yang ‘evergreen’ dan mendapat permintaan tinggi bagi wanita adalah produk kecantikan, produk kesihatan, pakaian seperti kain pasang, tudung, jubah.
Manakala bagi lelaki adalah produk kuat, aksesori kereta/motor, jual beli kereta, t-shirt, gadjet dan pakaian.
Bagaimana dengan anda? Ingin mula berniaga juga tapi tidak tahu nak bermula dari mana?
Boleh belajar dari sifu-sifu di internet. Antaranya adalah kelas-kelas Dr Azizan Osman, SifuFBAds, RoketEmel, LikeMethod dan banyak lagi kelas dan seminar yang lain.
Cuma jangan belajar sahaja, perlu amalkan segera apa yang telah dipelajari.
Ini cara saya mula berniaga :
- Saya akan mulakan dengan menjadi ejen dropship. Pilih produk yang tawarkan dropship.
- Saya pilih produk yang dapat permintaan tinggi seperti produk kecantikan, produk barangan bayi, produk kesihatan
- Saya akan buat blog percuma Blogspot.com. Saya akan tulis lebih 10 artikel berkaitan produk dan share tip-tip produk.
- Masukkan cara untuk buat tempahan dengan hubungi saya melalui Whatsapp atau borang tempahan.
- Promosi blog saya di Facebook.
- Kemudian, saya akan buat FB Page berkaitan produk tersebut.
- Promosi berbayar untuk dapatkan likes dan bakal pelanggan. Banyakkan perkongsian tip di FB.
ADVANCE : Promosi produk di Mudah.my , Facebook Groups, forum-forum, sewa iklan di blog yang bertrafik tinggi
Ini adalah asas untuk mula berniaga di internet. BINA DAHULU BLOG DAN FB PAGE ANDA.
JANGAN PROMOSI PADA FB PERSONAL ANDA SAHAJA.
BLOG adalah penting untuk dapatkan trafik dari Google.
Berapa modalnya? Hampir 0. Anda hanya bantu dapatkan pelanggan yang berminat, dan ambil tempahan. Seterusnya pihak syarikat dropship akan hantarkan barangan kepada pelanggan anda.
Cara alternatif untuk ‘berjinak-jinak’ berniaga cara santai :
- Cari barang yang banyak permintaan, pada harga murah di internet / di tempat anda
- Survey permintaan produk di internet dengan upload gambar di Mudah.my dan Facebook Group/Personal
- Jika ada yang berminat dengan harga yang anda tawarkan, ambil tempahan mereka
- Beli barang pada harga murah dan jual dengan harga anda
- Apabila sudah ramai pelanggan, mula simpan stok sedikit demi sedikit, jadi ejen/stokis
- Tambah kempen promosi online dan offline
Untuk lebih hasil, anda perlu belajar dengan mentor anda. Di blog ini, saya kongsikan apa yang saya buat dan belajar. Saya bukanlah sifu perniagaan internet 🙂 Lebih ramai pakar perniagaan internet di luar sana. InsyaAllah.
Apa yang penting adalah, mula lakukan sesuatu untuk ubah kewangan kita dari semata-mata bergantung pada gaji bulanan sahaja. InsyaAllah ada jalannya. Usaha dan anda akan berjaya. InsyaAllah.
Zunaidi Hassan says
Saya sendiri berminat untuk berniaga online.
pendapatan kedua says
terima kasih tuan.dapatlah suatu idea bagai memulakan business di internet tuan.terima ksih tuan.