Assalamualaikum w.b.t
Seorang peniaga perlu jelas apa yang mereka mahukan daripada bisnes mereka.
Ini kerana, jika mereka sendiri tidak jelas atau tidak nampak ke mana hala tuju dan ke mana mereka hendak bawa bisnes mereka, maka bisnes mereka akan hanya berada di takuk lama, dalam keadaan sama, setiap hari bulan dan berganti tahun.
Cuba fikirkan sejenak, ke mana anda hendak bawa bisnes anda?
Pernahkah anda lihat, orang yang berniaga dari awal kedainya hingga sekarang sama sahaja keadaannya.
Tidak ada penambahbaikan dan tiada idea kreatif yang dilakukan bagi merubah bisnes mereka ke arah yang lebih baik.
Sedangkan, orang lain berniaga dari untung sedikit hingga untung yang banyak. Dari sedikit pelanggan kepada pelanggan yang ramai. Dari tiada jenama, kepada jenama sendiri yang dikenali orang lain.
Justeru, berniaga perlukan strategi yang tersendiri. Tanpa strategi, kita bakal ketinggalan dan ditinggalkan oleh arus teknologi semasa.
Dibimbangi, pelanggan kita semakin berkurangan dan bisnes kita akhirnya terjejas disebabkan kita tidak mahu ‘belajar’ dan berubah dengan faktor semasa.
5 Idea Bisnes Kedai Offline UpToDate
1. Logo dan jenama bisnes yang menarik
Adakah bisnes anda ada logo dan jenama yang menarik? Nama yang mudah pelanggan anda ingat dan menarik.
Contohnya, Kedai Kopi Man vs Kedai Kopi Man Power
Logo bisnes pula, anda boleh design sendiri atau upah orang lain. Biasa RM50-100 sahaja upah buat logo.
Yang penting, ada logo ๐ Baru nampak bisnes anda menarik, profesional dan berkreadibiliti walaupun anda sekadar menjaja di tepi jalan!
2. Banner dan banting
Ni ramai yang terlepas pandang. Anda boleh buat banner kedai atau boleh juga banner produk.
Walaupun kedai anda menjual banyak produk, pilihlah satu atau dua produk yang ada permintaan untuk anda gantung banner/banting di kedai dan kawasan sekitar kedai anda.
Kemudian, hiaslah sikit kedai anda. Jangan banner atau papan tanda kedai anda yang sama sahaja daripada tahun lepas, malah sudah ‘lusuh’ dan buruk.
Hias kedai bagi menarik sikit, baru ada semangat orang nak ziarah ๐
3. SOP
SOP atau blueprint bisnes amat penting. Setiap pelanggan dilayan seperti tetamu.
Muka anda penuh dengan senyuman. Latih staf atau pekerja anda untuk senyum danย gembira. Bukannya terpaksa untuk ambil ‘order’ contohnya…
Pelanggan baru dengan pelanggan lama perlu berbeza. Berikan free gift untuk pelanggan baru dan diskaun untuk pelanggan lama.
Banyakkan sedekah kepada pelanggan. Jangan berkira sangat. Sedekahkan kuih, kurma,kismis, coklat, ais krim, air minuman dan sebagainya. Nampak mudah, tapi besar kesan emosi kepada pelanggan anda ๐
Test dari yang kecil hingga yang besar. Contoh, bisnes yang pintu kaca terbuka vs pintu tertutup, ada beza daripada jumlah pelanggan yang datang. Susun atur meja dan almari. Ada background muzik dengan tiada muzik. Lampu terang vs lampu warna. Menu lama kepada menu baru yang menarik dan sebagainya.
4. Pengkalan data pelanggan
Simpan maklumat pelanggan anda seperti nama dan no telefon.
Penting jika anda nak maklumkan sesuatu promosi, anda boleh blast sms/whatsapp kepada pelanggan lama anda dengan mudah.
Cara nak dapat data pelanggan? Buat satu cabutan bertuah, minta pelanggan anda sertai dengan isi nama dan no telefon mereka.
5. Promosi
Buatlah promosi walau sekadar percuma Air Teh Beng!
Jangan selesa. Belajar bisnes lain lakukan promosi dan buat sekadar yang mampu.
Yang penting, kita tidak statik menjaga kedai sahaja dan tidak pernah fikirpun nak buat sesuatu supaya pelanggan makin ramai.
Moga membantu bisnes anda makin maju! Aamiin.
Leave a Reply