• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Bangkit

  • Blog

Jana Pendapatan Pasif dengan Affiliate

January 16, 2014 by zul press Leave a Comment

Pendapatan pasif affiliate

Assalamualaikum w.b.t

Terdapat pelbagai kaedah untuk menjana pendapatan secara online sama ada melalui servis perkhidmatan, jualan produk sendiri, menjual produk orang lain, pelaburan dan sebagainya.

Antara kaedah paling mudah adalah dengan menjual produk orang lain dan anda mendapat komisen daripada jualan yang berlaku melalui anda.

Pendapatan Pasif dengan Affiliate

Dengan menjual produk orang lain dan mendapat komisen, anda dipanggil sebagai ejen affiliate.

Tugasan anda hanyalah membantu mempromosikan dan menghebahkan produk yang telah sedia ada dan anda akan dibayar komisen apabila ada jualan yang berlaku melalui link yang anda promosikan.

Setiap ejen akan mendapat satu link yang unik dan berbeza. Link tersebut akan membawa pelawat ke halaman jualan produk yang anda promosikan.

Semakin ramai pelawat yang anda bawa ke halaman jualan produk, semakin cerah peluang anda untuk menjana komisen apabila ada jualan yang berlaku.

Bagaimana bermula?

1.   Anda perlu daftar sebagai affiliater.

Mudah sahaja, pergi ke laman web di bawah yang menawarkan pelbagai produk yang menarik yang boleh anda promosikan dan seterusnya menjana komisen lumayan.

Klik daftar dan ikuti arahan yang diberikan.

2.   Satu link unik akan diberikan kepada anda.

Copy link unik tersebut dan anda hanya perlu kongsikan link affiliate tadi melalui laman sosial FB, video youtube, twitter, forum, blog anda, blog percuma (blogspot, wordpress), melalui banner blog, menulis artikel (+link affiliate) dan sebagainya.

Laman Web

Antara laman web yang menyediakan pelbagai produk yang boleh anda sertai sebagai affiliater dan promosikan adalah :

  1. Ashadee (JomNiaga)
  2. Clickbank
  3. Amazon
  4. Lazada

Tip Affiliate

1.   Pilih 1-3 produk sahaja untuk sesuatu masa.

Buat permulaan saya cadangkan satu produk sahaja yang anda yakin mudah untuk anda promosikan, mempunyai permintaan tinggi dan berpotensi menghasilkan jualan.

2.   Promosi, promosi dan promosi.

Cari ilmu tambahan bagaimana mempromosikan link affiliate anda dengan lebih berkesan.

3.   Elakkan terus menghantar pelawat ke halaman jualan.

Sebaliknya, anda boleh membawa pelawat ke blog anda terlebih dahulu melalui artikel informasi + promosi yang anda tulis.

4.   Tidak perlu menggunakan autoresponder berbayar sekiranya anda belum bersedia.

Banyak lagi kaedah promosi yang boleh anda lakukan seperti melalui video dan artikel blog, ebook percuma dan sebagainya.

5.   Bersabar jika belum menghasilkan jualan dan menerima komisen. Ini kerana ia akan mengambil masa. Anda hanya perlu terus promosi dan promosi sambil belajar lebih banyak berkaitan teknik menghasilkan jualan melalui affiliate.

6.   Selalu kaji statistik klik melalui link affiliate anda dan rancang bagaimana untuk tingkatkan lagi bilangan klik.

7.   Anda boleh gunakan promosi berbayar seperti FB Ads atau Google Adwords hanya jika anda yakin anda tahu apa yang anda lakukan. (mempunyai bajet untuk promosi berbayar)

8.   Cloak link affiliate anda (ringkaskan link affiliate anda) melalui laman web bit.ly atau menggunakan plugin PrettyLink bagi blog WordPress anda.

9.   Tambah ilmu anda. Ini kerana pelaburan yang tidak akan rugi adalah pelaburan ilmu.

Jika anda berminat untuk belajar lebih mendalam kaedah mempromosikan produk sebagai ejen affiliate dan belajar dari A-Z, anda boleh dapatkan produk bersama saya dan sahabat saya, Rahman Basri, Panduan Video Intensif Kursus Affiliate di sini.

Kesimpulan

Pendapatan pasif melalui affiliate boleh memberikan pendapatan sampingan yang berterusan kepada anda hanya dengan sekali kerja sahaja iatu selagi hasil promosi anda (link anda) mendapat klik daripada pelawat dan berjaya menghasilkan jualan.

Apa yang penting, anda perlu belajar dan praktikkan kaedah promosi yang betul. Ramai gagal kerana teknik promosi yang salah dan berhenti separuh jalan.

Ia perlukan komitmen yang tinggi, pemilihan produk yang berkualiti dan mempunyai permintaan serta kaedah promosi yang betul.

Nasihat saya, belajar dan buat sahaja. Tidak perlu fikir anda mampu atau tidak. Yang penting adalah perancangan dan tindakan.

InsyaAllah, anda juga kelak akan mendapat komisen hasil berterusan hasil daripada usaha anda pada masa sekarang.

Semoga bermanfaat. 🙂

Filed Under: Tip Perniagaan Internet Tagged With: affiliate

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Mindset Pemenang
  • Mencari Kerja vs Belajar Berniaga
  • Buat sampai jadi
  • Hari-hari yang ‘best’
  • Aku Hamba, Dia Maha Kuasa

Categories

  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Usahawan
    • Idea Perniagaan 101
    • Tip Blogging
    • Tip Perniagaan Internet
  • Motivasi Hamba Bangkit
  • Umum

Footer

Tentang

Mohd Zulfadhli. Boleh panggil Zul. Saya menulis tentang motivasi diri, tip bisnes dan perniagaan internet. Semoga dapat manfaat daripada perkongsian di blog ini. Terima kasih.

Copyright © 2022 · Magazine Pro on Genesis Framework ·