Assalamualaikum w.b.t
KENAPA atau WHY yang kuat dapat memberikan satu tenaga dalaman kepada seseorang itu untuk bangun, bangkit dan terus melangkah walaupun kadangkala dia jatuh beberapa kali.
WHY yang kuat memberikan SATU SEBAB kenapa anda perlu lakukan apa yang anda lakukan sekarang tanpa anda sesekali mengaku kalah.
KENAPA anda perlu berubah.
KENAPA anda perlu menjadi lebih baik daripada sekarang.
KENAPA anda perlu lakukan perkara yang mungkin sebenarnya anda tidak suka lakukan.
KENAPA anda perlu berkorban masa, tenaga dan wang ringgit anda.
KENAPA anda perlu rasa lelah, letih dan kadangkala menangis.
WHY anda mestilah besar, cukup besar dan lebih besar daripada segala masalah yang menghalang anda.
KENAPA anda lakukannya..
Kerana
UNTUK agama
UNTUK ibu bapa anda
UNTUK orang tersayang dan keluarga anda
UNTUK impian anda
UNTUK memberi nilai dalam hidup anda
UNTUK menjadi diri anda yang terbaik
Maka, yakinlah dengan WHY anda yang KUAT.
Anda akan dapat atasi halangan di hadapan.
Anda akan dapat atasi segala masalah yang menimpa.
Apabila WHY anda cukup kuat.
Dan dilakukan kerana ALLAH.
Segala yang lain adalah kecil dan sementara.
Teruskan berusaha dan merancang.
Teruskan mengejar impian anda.
Teruskan percaya kepada WHY anda.
Diawalnya adalah kepahitan.
Ditengahnya adalah keletihan.
Tetapi dihujungnya adalah kemanisan.
InsyaAllah.
Teruskanlah berusaha, teruskan berdoa.
Leave a Reply