• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Bangkit

  • Blog

Tip Memilih Perniagaan Yang Sesuai dan Menguntungkan

June 25, 2016 by zul press 6 Comments

tip pilih perniagaanAssalamualaikum w.b.t

Berniaga tidaklah mudah. Ia perlukan perancangan 1 tahun, 3 tahuan dan 5 tahun akan datang bahkan lebih jauh lagi. Ia juga perlukan kesungguhan untuk mengurus dan menghidupkan sesuatu perniagaan hingga berjaya.

Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Baik secara offline atau perniagaan di atas talian, pilih perniagaan yang betul dan dapat memberi keuntungan adalah penting.

1.   Pilih jenis perniagaan yang diminati.

Produk fizikal, produk digital, produk kecantikan, produk kesihatan, jual t-shirt, agen affiliate, agen dropship, servis atau perkhidmatan, produk makanan dan banyak lagi perniagaan yang boleh kita sertai.

Mulakan perniagaan sendiri atau sertai perniagaan orang lain dengan menjadi agen, dropship atau affiliate.

2.  Test produk / Validasi produk

Pastikan produk/servis yang kita jual adalah mendapat permintaan di kawasan tersebut atau di dalam internet. Google berkaitan produk/servis kita, jika ramai yang menawarkannya dan banyak carian di internet, maka kita atas landasan yang betul. Bertanya di Facebook Group, Facebook fanpage atau Facebook kita sendiri berkaitan produk yang kita ingin jual.

Kaji permintaan produk dahulu baru produk akan laku keras.

3.   Pilih lokasi yang strategik

Lokasi adalah paling penting jika berniaga offline. Lokasi yang sesuai, mudah dicari, selesa, ramai potensi pelanggan dan relevan dengan produk/servis kita.

Contoh jual pisang goreng, air dan keropok adalah lebih relevan berbanding jual

4.   Pilih yang kos permulaan paling rendah.

Jika bajet rendah untuk sewa kedai, boleh mula dari rumah atau secara bergerak atau gerai kecil di tepi jalan. Jika boleh dilakukan secara online, mulakan secara online di blog atau Facebook.

Yang penting bukan kedai, tapi produk/servis kita yang dapat selesaikan masalah pelanggan.

5.   Fokus

Berniaga tidak boleh sekejap-sekejap tukar perniagaan lain. Terlalu banyak produk/perniagaan juga akan membebankan dan mengganggu fokus.

Pilih satu perniagaan dan buat sampai jadi, berjaya dan untung. Jangan kejar peluang, tapi manfaatkan peluang yang ada hingga berjaya.

6.   Pemasaran

Ramai yang gagal di bahagian ini. Gagal promosikan perniagaan, produk dan servis yang mereka tawarkan dengan baik.

Berniaga di tepi jalan tapi tiada label/ kain rentang/banner produk. Tanda harga pun tiada.

Berniaga tapi muka masam dan tidak senyum pun.

Berniaga tapi pelanggan datang, asyik bermain telefon dan buat tidak tahu sahaja.

Berniaga tapi tidak ada target jualan.

Berniaga tapi kedai buka ikut suka tanpa waktu yang tetap.

Berniaga tapi kedai tak ceria, stok tidak ditambah, dan tidak ada pemasaran. Hanya tunggu di kedai menantikan pelanggan datang.

Zaman sekarang, tak ramai pelanggan datang cari kita, kitalah yang perlu cari pelanggan yang perlukan bantuan kita.

Pilih produk/servis yang keuntungan margin untung bersih tinggi

Makin tinggi untung sesuatu produk, makin baik. Tapi, pastikan harga yang ditawarkan berbaloi dengan produk dan kualitinya.

Cara promosi produk dalam RM1-RM100 sedikit berbeza dengan yang lebih RM100 ke atas. Segmen pelanggan juga berbeza.

Justeru, ilmu perniagaan ini amat luas. Paling penting, sedia belajar tambah ilmu setiap masa dan praktikkan apa yang telah dipelajari.

InsyaAllah kita akan berjaya.

Filed Under: Tip Perniagaan Internet

Reader Interactions

Comments

  1. Zunaidi Hassan says

    October 5, 2016 at 4:02 pm

    Blog yang baik dan kemas serta dapat menaympaikan info bagi “new beginners” dalam perniagaan internet.

    Reply
  2. introducer current-account maybank/cimb-0127292850 says

    October 17, 2016 at 9:13 am

    memang kna spend banayak masa dan tenaga untuk marketing…boleh tuan sharekan teknik marketing untuk perniagaan kecil tuan?

    Reply
    • zul press says

      October 23, 2016 at 4:04 am

      perniagaan kecil atau besar perlu bina jenama secara offline/online. zaman ini ramai yang berniaga, apa yang bezakan kita ialah usp.
      boleh baca artikel ini https://sifufbads.com/blog/tag/5-jenis-usp-untuk-roket-sales-anda-hingga-ke-pluto/

      Reply
  3. Faiz says

    October 17, 2016 at 2:51 pm

    Mohon pendapat dari tuan…berbaloi x kalu jualan untung bersih hnya 2 ringgit per pax. Utk pngetahuan tuan, sy bru nk berniaga cheese cake awal bulan dpan. Slepas ditolak kos bhan mntah dan operasi, untung hnylah 2 rnggit per pax. Adakah ia brbaloi bgi tuan. Huu. Mohon pandgan dan tnjuk ajar new beginner utk sy ni tuan. Trima ksih tuan =)

    Reply
    • zul press says

      October 23, 2016 at 4:01 am

      Teruskan usaha tuan. Yang penting kita minat dengan apa yang kita lakukan. Fokus. Untung akan naik apabila kita tahu tambah nilai produk yang kita jual dan pelbagaikan produk. Sambil2 tu, boleh belajar ilmu pemasaran topup ilmu. 🙂

      Reply
  4. Megat Umair Bin Megat Numan says

    April 3, 2020 at 5:32 pm

    Sebenarnya apabila memilih bisnes bagi pemula pilihlah bisnes yang mempunyai putaran wang yang cepat walaupun untung kecil. Silap jika memilih bisnes berdasarkan minat atau apa yang kita suka. Pilih bisnes bagi pemula ialah mengkaji permintaan pasaran dan beri apa yang pasaran mahukan. Ini pendapat saya. Jika hendak meniaga berdasarkan minat tidak salah. Bisnes yang kita minat itu dibuat apabila bisnes pertama kita sudah berkembang dan kita mempunyai modal yang banyak. Baru boleh kita buka bisnes yang kita minati itu. Untuk permulaan bukalah bisnes yang mendatang wang terlebih dahulu. Wallahu’alam

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Mindset Pemenang
  • Mencari Kerja vs Belajar Berniaga
  • Buat sampai jadi
  • Hari-hari yang ‘best’
  • Aku Hamba, Dia Maha Kuasa

Categories

  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Usahawan
    • Idea Perniagaan 101
    • Tip Blogging
    • Tip Perniagaan Internet
  • Motivasi Hamba Bangkit
  • Umum

Footer

Tentang

Mohd Zulfadhli. Boleh panggil Zul. Saya menulis tentang motivasi diri, tip bisnes dan perniagaan internet. Semoga dapat manfaat daripada perkongsian di blog ini. Terima kasih.

Copyright © 2022 · Magazine Pro on Genesis Framework ·