Setiap orang inginkan kejayaan. Namun kejayaan tidak akan datang bergolek sebaliknya ia perlu dibayar dengan usaha berterusan, kerja keras dan sifat tidak berputus asa.
Antara tip untuk memastikan kita sentiasa bermotivasi dalam memburu kejayaan adalah :
1. Hidup untuk memberi
Hiduplah untuk memberi sebanyaknya dan bukan untuk menerima sebanyaknya. Nescaya kita akan berasa bahagia dan tidak kecewa.
Orang yang sentiasa memberi akan sentiasa tenang dan bahagia. Hatinya ikhlas tanpa mengharapkan balasan atas pemberian yang dilakukan.
Orang yang memberi tidak akan rugi. Bahkan dia akan menerima kembali ganjarannya walaupun bukan daripada orang yang dibantu.
“Motivasi diri terpenting adalah niat untuk memberi . Kita tidak akan bersedih jika tidak menerima. Kerana ia bukan tujuan dan matlamat utama kita.“
Hidup untuk memberi, nescaya kita disayangi Allah dan segala makhluk-Nya.
2. Fokus
Dalam bidang perniagaan, terdapat pelbagai peluang. Samaada perniagaan melalui internet atau perniagaan konvensional.
Namun di sebalik peluang yang banyak, ramai yang masih lagi gagal menjana pendapatan walaupun satu ringgit pertama akibat tiada fokus.
Bagaimana? Apabila mereka melihat peluang menjana pendapatan melalui kaedah A, maka mereka akan mencuba untuk melakukannya. Dan apabila melihat peluang menjana pendapatan melalui kaedah B, mereka beralih dan mencuba kaedah B pula. Begitulah seterusnya dimana tiada keutamaan dalam setiap tindakan yang dilakukan.
Mencuba setiap peluang tidaklah salah, namun jangan terlalu ghairah mencuba sehingga kehilangan fokus dan segala tugas penting yang perlu dilakukan menjadi perlahan atau tergendala.
Paling penting adalah mulakan satu persatu. setelah kita berjaya dengan satu bidang, barulah kita mempelbagaikan ke arah bidang yang baru pula.
One step at a time!
3. Matlamat, Gol & Deadline
Matlamat dan gol amat penting supaya kita berada dilaluan dan landasan yang betul untuk berjaya. Manakala tarikh akhir atau deadline pula akan memastikan kita sentiasa bergerak dan bekerja mengikut matlamat dan gol yang telah ditetapkan.
Matlamat boleh dikategorikan mengikut matlamat sepanjang hidup, matlamat tahunan, bulanan, mingguan dan juga matlamat harian.
Bak kata pepatah,
“Manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi mereka gagal untuk merancang.”- William J. Siegel
Untuk itu, mari kita memastikan setiap tindakan yang kita lakukan setiap hari adalah selaras dengan matlamat hidup yang telah kita tetapkan.
Semoga 3 tip motivasi di atas dapat kita amalkan bagi meningkatkan lagi motivasi diri kita dalam membina kejayaan demi kejayaan.
Leave a Reply