Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Apa khabar? Semoga anda kaya dan berjaya. Anda ingin menjadi kaya? 🙂
Saya yakin jawapannya adalah Ya!.
Kaya adalah impian setiap orang. Jika ditanya kepada 10 orang, saya yakin kesemua 10 orang tadi akan mengatakan mereka mahu menjadi kaya. Hatta seorang kanak-kanak pun ingin menjadi kaya.
Menjadi kaya juga adalah tuntutan agama kita. Sabda Rasulullah S.A.W : “ Tangan di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah”. Dengan ini, Islam amat menuntut kita menjadi golongan yang sentiasa dapat memberi.
Apabila menyebut tentang kekayaan, seringkali di fikiran kita adalah kaya harta. Seseorang itu dikira kaya apabila memiliki banyak harta dan mempunyai pangkat kedudukan.
Namun, ia bukanlah semata-mata kekayaan yang dicari.
Sebenarnya ia hanyalah 1 jenis daripada 8 jenis kekayaan sahaja.
Alhamdulillah saya telah dapat siapkan Ebook 8 Jenis Kekayaan – Rahsia Hidup Kaya Berjaya (format PDF) ini khas buat para pembaca blog ini.
Dalam ebook ini, saya kongsikan 8 jenis kekayaan yang insyaAllah mampu menjadikan kita seimbang dalam erti kata kaya dan berjaya di dunia dan akhirat.
Anda boleh download Ebook ini di sini.
Semoga bermanfaat. Silakan berkongsi pendapat dan komen anda di bawah. 🙂
Selamat membaca.
Leave a Reply