
Assalamualaikum w.b.t
Jika ditanya apakah yang paling best? Apakah jawapan anda…
Ada orang akan jawab paling best apabila dapat jadi jutawan.
Paling best apabila dapat hadiah kereta mewah.
Paling best apabila dapat kaya berjaya dan capai impian hidup.
Semua itu sememangnya best kalau dapat percuma dan mudah tanpa usaha keras.
BEST di atas hanya sementara dan bukan yang sebenar.
Tapi, paling best apabila di akhir hidup kita, at the end of the day, kita sudah berusaha jadi diri kita yang terbaik sebagai hamba Allah.
Hidup hanya sekali dan hidup di akhirat adalah selamanya.
Apakah kita sentiasa memikirkan soal hidup sahaja atau memikirkan soal rumah kekal di akhirat kelak…
Persiapan Hidup
Apakah yang paling TERBAIK anda nak jadi sebelum jam terakhir hidup anda?
Ramai yang tidak sanggup memikirkan soalan ini.
Tapi, ia adalah soalan penting jika anda mahu hidup anda BEST di dunia dan akhirat.
Apabila kita sedar yang bila-bila sahaja kita akan kembali, apakah persediaan TERBAIK yang kita boleh buat hari ini?
Contohnya, nak ada teman di dalam kubur nanti? Banyakkan amal soleh dan baca al-Quran
Nak mahkota, dapat bawa keluarga masuk syurga bersama dan kelebihan VIP? Hafal al-Quran ikhlas kerana Allah dan menjaganya.
Nak diringankan azab kubur? Amalkan baca surah al-Mulk sebelum tidur.
Nak dekat dengan Rasulullah S.A.W di akhirat? Perbanyakkan selawat
Nak Allah sayang? Perbanyakkan istighfar
Nak pahala yang banyak? Manfaatkan zikir, solat berjemaah, bersedekah
Nak pendapatan pasif walaupun sudah tiada? Perbanyakkan sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kita.
Nak kelebihan rahsia dan darjat tinggi dunia akhirat? Bangkit awal pagi dan solat tahajud dan amalan sunat.
Apabila nampak akhirat, kita akan sibuk dan tak ada masa untuk bermain phone fb ytb berjam-jam, main games setiap masa, menonton tv, tengok movie setiap hari, duduk mengelamun dan berborak kosong di kedai kopi dan sebagainya
Kenapa? Sebab kita tahu aktiviti tadi tu sia-sia dan tidak membantu kita untuk berjaya dunia dan akhirat.
Mulai hari ini, jom audit apa aktiviti betul yang MESTI kita buat dan apa aktiviti tak betul yang perlu kita hindari supaya hidup kita BEST dunia dan akhirat.
Susun kembali jadual hidup dan keutamaan supaya setiap jam, minit dan saat dapat jadi jam, minit dan saat yang paling BEST kerana kita tidak tahu bilakah saat terakhir milik kita.
Leave a Reply