Assalamualaikum w.b.t
Pertanyaan dan persoalan yang seringkali bermain di fikiran adalah :
Apakah bisnes perniagaan yang sesuai untuk saya?
Apakah bisnes perniagaan saya sekarang adalah perniagaan sebenar saya?
Kenapa saya tidak temui kepuasan dalam perniagaan saya?
Kenapa saya kadangkala lemah semangat, malas dan benci dengan perniagaan saya dan apa yang saya lakukan sekarang?
Buat sesuatu dengan rasa cinta “love”
Apakah selama ini anda melakukan perniagaan atau pekerjaan anda dengan rasa cinta yang mendalam.
Rasa cinta untuk melihat perniagaan anda berjaya dan anda berjaya menjadikannya berjaya.
Rasa cinta melihat pekerjaan yang anda hasilkan adalah yang terbaik dan bertaraf dunia.
Rasa cinta untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dengan seni kraf anda sendiri.
Jika dilihat ramai ahli perniagaan yang sudah pun kaya raya, tetapi masih lagi di dalam bidang mereka adalah kerana bukannya mereka inginkan wang yang banyak, tetapi mereka cinta dengan apa yang mereka lakukan.
Mereka cinta dengan pekerjaan dan bisnes perniagaan yang mereka lakukan.
Hari demi hari adalah ekspresi kemahiran dan kebijaksanaan mereka dalam seni pekerjaan dan perniagaan mereka.
Seorang guru murabbi setia dengan profesion perguruan bukan kerana wang ringgit, tetapi mereka cinta dengan tugas mereka mendidik para pelajar mereka sehingga anak murid mereka berjaya.
Persoalannya, apakah anda memiliki rasa cinta dengan apa yang anda lakukan sehari-hari.
Jika Ya, semailah rasa cinta tersebut dan bajailah ia setiap hari.
Jika belum, anda perlu cari rasa cinta tersebut di manakah sebenarnya seni kemahiran dan kebijaksanaan sebenar anda.
Buat sesuatu dengan semangat “passion”
Apabila timbul rasa cinta, maka anda akan lakukan perkara tersebut dengan penuh semangat “passion”.
Anda sanggup korbankan apa sahaja, masa, tenaga, fikiran, kreativiti dan wang ringgit semata-mata rasa cinta anda melihat perniagaan dan pekerjaan anda lebih berjaya.
Anda akan sanggup belajar sesuatu ilmu baru dan sanggup mencuba perkara yang belum pernah anda lakukan dengan penuh semangat.
5 Tanda perniagaan anda adalah perniagaan sebenar anda
Antara tanda apakah anda sudah jatuh cinta dengan perniagaan dan pekerjaan anda ialah :
1. Sanggup lakukannya walaupun tidak dibayar
Jika anda sanggup lakukan sesuatu perkara secara percuma, sekalipun tidak dibayar atau belum menerima ganjaran, anda masih lagi tetap melakukan perkara tersebut, maka anda sebenarnya telah jatuh cinta dengan apa yang anda lakukan.
2. Meluangkan sebahagian masa anda untuk melakukannya
Pernah tak anda membuat sesuatu perkara atau tugasan, hingga anda pun tidak perasan sudah beberapa jam berlalu kerana anda terlalu asyik dengan pekerjaan dan tugasan yang anda lakukan.
3. Gembira dan puas apabila selesai melakukannya
Apabila selesai melakukan pekerjaan atau urusan perniagaan anda, anda berasa gembira dan puas sekali. Ia adalah perasaan yang sukar diungkapkan tapi anda boleh merasainya.
4. Melakukannya lebih baik dari hari ke hari
Bangkit sahaja daripada tidur, antara misi anda hari tersebut adalah untuk melakukan pekerjaan dan perniagaan anda lebih baik dari hari semalam dan hari sebelumnya.
5. Tidak mengharapkan pujian dan tidak menghiraukan penghinaan
Anda melakukan sesuatu yang anda suka dan tidak sesekali mengharapkan pujian.
Anda tetap melakukan pekerjaan dan perniagaan tersebut walaupun anda tidak dipuji atau menerima kritikan dan penghinaan.
Sekiranya 5 tanda di atas “kena” dengan anda, maka ia adalah tanda pekerjaan dan perniagaan yang anda lakukan adalah seni anda yang perlu anda gilap untuk lebih bersinar.
Jika belum, teruskanlah mencari di mana sebenarnya rasa cinta dan “passion” anda. Teruskan bekerja dan berniagaa dan yakinlah, anda akan temuinya satu hari nanti. InsyaAllah.
Leave a Reply