
Assalamualaikum w.b.t
Jika kaya itu sebab yang kita cari untuk mula hidup bahagia, maka kita silap. Berapa ramai orang yang kaya tapi hidup masih tidak cukup, tidak tenang malah tidak punya masa untuk diri sendiri dan keluarga.
Jika pujian orang, sanjungan orang menjadi sebab untuk kita hidup bahagia, maka kita juga silap. Berapa ramai orang yang hidup hanya ingin dipuji tetapi akhirnya tertipu dan terpedaya dengan pujian.
Jika jawatan dan pekerjaan tetap dan ideal yang dicari menjadi sebab untuk hidup lebih bahagia maka kita juga silap. Kerana jawatan yang dicari belum tentu milik kita dan belum tentu kita mampu menjawat jawatan tersebut.
Jika semua kenikmatan dunia yang dicari untuk kita baru mengecapi bahagia, maka kita silap kerana kita tidak akan mampu memiliki segalanya, ingin hidup ini berjalan mengikut perancangan kita, dan terlalu yakin yang kita mampu ubah hidup kita sendiri dan mencapai hasil yang kita inginkan.
Sahabat,
Bahagia sebenarnya ia ada dalam diri kita.
Usah dicari di tempat lain, kerana ia adalah sementara.
Bahagia bermula saat kita bangun tidur lagi.
Bahagia bermula dari dalam jiwa yang penuh kesyukuran kerana masih hidup dan diberi peluang untuk berusaha jadi hamba yang bermanfaat.
Bagaimana hati kita saat kita bangun tidur. Jika hati kita sudah gelisah untuk menghadapi hari ini dan banyak persoalan bermain di fikiran, maka ubahlah.
Bangunlah dengan penuh pujian kepada Allah, syukur dengan apa yang kita miliki kerana ia adalah yang terbaik yang Allah telah berikan kepada kita.
Bangkitlah dari tidur dengan penuh semangat dan penuh kesyukuran bahawa kita ini hamba Allah yang mempunyai misi untuk beribadah dan menjadi khalifah di bumi.
Jangan sedih dan takut. Percaya Allah sudah sediakan yang terbaik buat anda apabila anda serahkan diri dan hidup anda kepada Allah menjadi HAMBA ALLAH yang DICINTAI ALLAH.
Seterusnya, tunaikan solat.
…bersambung insyaAllah
Leave a Reply