Assalamualaikum w.b.t
Mentor Dr Azizan Osman memberikan satu formula untuk ubah hidup iaitu formula LUCK.
Ia adalah formula yang membantu bagaimana untuk ubah nasib sekarang.
Untuk ubah nasib, adalah umpama kita memandu kereta dan kita ingin mengubah destinasi daripada destinasi B (biasa-biasa) ke destinasi L (luar biasa).
Apa yang perlu dilakukan?
Kita perlu SERIUS ubah destinasi dan TIDAK BOLEH BERPATAH BALIK, ubah siapa penumpang kereta, siapa konvoi kita (mesti konvoi yang mahu ke destinasi yang sama), ubah bekalan yang kita bawa, topup minyak kereta, bawa bekalan wang secukupnya, ada peta atau orang yang mahir dengan laluan baru tersebut, mindset yang baru kerana laluan ke destinasi baru ini sangat mencabar, sanggup tahan ujian dan yakin boleh TIBA KE DESTINASI DENGAN IZIN ALLAH.
Formula LUCK
L – Logistic
Logistik adalah bermaksud mengubah apa yang ada pada diri kita dan sekeliling kita.
Diri kita yang lama perlu diubah kepada diri kita yang baru termasuklah dari segi ibadah, disiplin, pengurusan masa,pengurusan kewangan, pengurusan emosi, tabiat jutawan dan ilmu pengetahuan yang bertambah.
Persekitaran kita perlu diubah kepada kawan baru yang positif dan bukannya yang menjatuhkan semangat kita untuk berubah, kawan yang sudah berjaya dan yang sama minat dalam mengubah hidup jadi lebih baik, yang lebih bersemangat, yang mendekatkan diri kita kepada Allah, yang mendorong kita berubah lebih baik.
Sekarang, cuba lihat kembali apakah yang boleh diupgrade dari segi logistik :
- Ibadah :
- Diri (emosi)
- Kawan baru/ Circle (yang sama minat, yang telah berjaya) :
- Mentor (Life mentor, Business mentor) :
- Mindset :
- Disiplin (tabiat baru, tabiat jutawan) :
- Masa (jadual hidup) :
- Pengetahuan :
- Kemahiran (skills) :
- Tenaga (energy):
- Idea :
- Visi & Misi Hidup :
- Impian hidup (101 Impian) :
U – Understanding of the game, Upgrade mindset
Kita perlu memahami apa yang bakal kita lalui dalam perjalanan menjadi luar biasa. Semakin besar impian, semakin besar cabaran yang perlu dihadapi.
Pelajari ilmu bisnes dan pemasaran, ilmu ubah hidup dan belajar daripada mentor yang telah berjaya dan mereka yang telah melalui jalan tersebut.
Minda fikiran perlu dilatih supaya mempunyai mindset orang berjaya. Cara hidup orang berjaya, tabiat hidup, disiplin dan apa rahsia mereka perlu dipelajari dan diamalkan supaya kita mengikut jalan orang yang telah berjaya.
Tidak perlu untuk mencipta game baru, atau mencipta jalan baru kerana telah ramai jutawan yang kongsikan rahsia mereka, hanya perlu kita ketahui dan praktikkan dalam kehidupan.
C – Commitment, Consistent, Control
3 C ini amat penting iaitu komitmen untuk ubah hidup dan teruskan sampai jadi, sampai berjaya.
Konsisten untuk buat tindakan secara tetap, tanpa alasan dan penuh disiplin.
Kawalan (control) termasuklah kawalan diri (tabiat jutawan), kawalan agama (dekat dengan Allah) dan kawalan persekitaran (mahir mengurus cabaran dan ujian)
Umpama memandu kereta ke destinasi yang baru yang lebih mencabar, kita perlu komitmen untuk fokus ke destinasi tersebut, konsisten memandu dan bergerak (jangan banyak berhenti rehat) dan perlu mahir mengawal kenderaan dalam apa jua keadaan cuaca dan laluan, mengawal diri, mengawal keluarga supaya seimbang hidup bahagia dunia dan akhirat.
K – Knowledge, Kinesthetic, Kuasa Allah s.w.t
Ilmu adalah kuasa. Oleh sebab itu, siapa yang mahukan dunia dan akhirat adalah dengan jalan ilmu.
Jika ingin berjaya dan capai juta pertama, perlu belajar daripada mereka yang telah capai kejayaan tersebut.
The right knowledge. Ilmu yang betul. Strategi yang betul.
Barulah kita di jalan yang betul. Nak pandai masak, belajar dengan chef. Nak belajar agama, belajar dengan ustaz ustazah dan mereka yang berilmu.
Nak bisnes berjaya, ikut apa yang orang berjaya lakukan dan insyaAllah akan turut berjaya.
Kinesthetic bermaksud pergerakan. Orang berjaya tidak pasif, mereka adalah aktif dan sentiasa ‘bergerak’ iaitu ada perancangan hidup, dan sentiasa CENDERUNG DENGAN TINDAKAN.
Mereka dapat sesuatu ilmu dan terus praktikkan. Bukannya dapat idea atau ilmu baru hanya simpan sahaja.
Ramai yang belajar dan hadir kelas online atau offline tapi kenapa ramai yang belum berjaya, salah satu adalah tindakan yang perlahan atau tidak ada tindakan langsung.
Jika ada, tindakan tidak konsisten atau tak cukup pantas.
Oleh itu, amat penting ada perancangan di atas kertas dan bertindak dengan apa yang telah dirancang.
Kuasa Allah s.w.t adalah kita sandarkan segala usaha dan daya upaya tidak ada kekuatan dan hasil jika tidak diizinkan Allah s.w.t.
Oleh itu, sentiasa letak diri walau sehebat mana pun ilmu, strategi, tindakan dan kejayaan kita peroleh, sentiasa syukur dan yakin semuanya adalah milik Allah.
Tiada milik kita. Teruslah memberi sedikit atau banyak dengan ikhlas dan harapkan redha Allah s.w.t.
Justeru, buatlah apa yang Allah suka, nescaya hidup kita bahagia dunia akhirat. 🙂
Leave a Reply