• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Bangkit

  • Blog

Hidup dalam keberlimpahan

July 18, 2019 by zul press Leave a Comment

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua sahabat-sahabat. Semoga dalam keredhaan Allah dan limpahan nikmat-Nya.

Hidup dalam keberlimpahan adalah kita sedar bahawa hidup kita sekarang penuh dengan nikmat yang Allah kurniakan.

Sungguh tidak terhitung segala nikmat Allah yang telah kita miliki sekarang. Hanya tinggal kita untuk syukuri dan gunakan nikmat tersebut untuk sebarkan kebaikan.

Lihatlah diri kita yang sudah kaya dengan nikmat berkeluarga, nikmat masa lapang, nikmat melihat, nikmat mendengar, nikmat menyentuh, nikmat mampu berjalan, nikmat berfikir, nikmat bernafas dan nikmat hidup di dunia ini.

Alangkah besar dan melimpah rahmat dan nikmat Allah kepada kita.

Hanya kita alpa dan leka untuk bersyukur akan segala yang telah kita miliki.

Sebaliknya, kita sentiasa berasa tidak cukup, malah inginkan nikmat lain yang belum kita miliki sehingga terlupa untuk bersyukur dengan nikat yang telah dimiliki sekarang.

Syukur adalah kebahagiaan

Tanda kita bersyukur adalah kita berasa tenang dan bahagia dengan nikmat yang telah diberi Allah kepada kita.

Seterusnya kita berkongsi kebahagiaan dan ketenangan ini dengan orang lain.

Fikiran tenang. Hati menjadi tenang.

Fikirkan segala nikmat yang telah kita perolehi di sekeliling kita.

Fokus pada bersyukur dengan nikmat yang melimpah ini.

Kita akan rasakan keluasan dan kelapangan di dalam fikiran dan di dalam hati kita.

Pelbagai keajaiban akan berlaku apabila kita hidup dengan penuh kesyukuran.

Miliki hati dan fikiran keberlimpahan (thought and heart of abundance) untuk kita mendapat perasaan dan emosi yang berlimpah dengan nikmat yang kita miliki – nikmat bersyukur adalah satu nikmat.

Apakah kita sudah sentiasa bersyukur sebanyaknya setiap hari?

Filed Under: Motivasi Hamba Bangkit

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Mindset Pemenang
  • Mencari Kerja vs Belajar Berniaga
  • Buat sampai jadi
  • Hari-hari yang ‘best’
  • Aku Hamba, Dia Maha Kuasa

Categories

  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Usahawan
    • Idea Perniagaan 101
    • Tip Blogging
    • Tip Perniagaan Internet
  • Motivasi Hamba Bangkit
  • Umum

Footer

Tentang

Mohd Zulfadhli. Boleh panggil Zul. Saya menulis tentang motivasi diri, tip bisnes dan perniagaan internet. Semoga dapat manfaat daripada perkongsian di blog ini. Terima kasih.

Copyright © 2022 · Magazine Pro on Genesis Framework ·