Assalamualaikum w.b.t
Sekadar coretan motivasi buat diri dan pembaca sekalian.
Jangan berhenti berniaga
Teruskan impian anda membina pendapatan pasif dengan berniaga. Sekalipun anda sudah bekerja, teruskan niat anda untuk berniaga secara sambilan atau part-time.
Belajar dan timba pengalaman perlahan-lahan. InsyaAllah perniagaan anda semakin berkembang hari demi hari.
Jika anda sudah berniaga, jangan berhenti berniaga.
Anda sudah ada perniagaan anda sendiri, cintai ia dan lakukan yang terbaik. Lihat apa yang anda boleh lakukan lebih baik hari demi hari.
Jangan berhenti menulis dan mengejar impian
Tulis 101 impian anda.
Tampalkan gambar impian tersebut di tempat yang selalu anda lihat.
Jangan berhenti menulis impian, kerana ia telah terbukti membantu ramai orang menjadikan impian mereka menjadi kenyataan.
Jangan berhenti jadi lebih baik dalam hidup
Orang yang beruntung adalah hari ini lebih baik daripada hari semalam.
Jangan menjadi orang yang rugi iaitu hari ini lebih teruk daripada semalam.
Anda sebenarnya boleh melakukan yang terbaik di dalam hidup.
Tetapkan 1 tabiat baru yang ingin anda lakukan pada bulan ini dan lakukan tabiat tersebut secara konsisten sehingga ia jadi sebati dengan amalan harian anda.
Contohnya anda ingin membaca 5 muka surat buku setiap hari. Atau anda ingin bangun pukul 5 pagi setiap hari.
Teruskan membina tabiat baru ini. InsyaAllah anda akan menjadi lebih baik daripada diri anda sebelumnya.
Jangan berhenti jika anda jatuh
Jika anda pernah gagal atau hampir berputus asa di dalam hidup, maka yakinlah ada hikmah yang terjadi dan Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk anda.
Jadi, jangan berhenti dan mengaku kalah jika anda jatuh. Bangunlah, mulakan kembali apa yang anda lakukan. Dengan lebih baik dan lebih baik lagi. insyaAllah bersama kesusahan ada kesenangan.
Jangan berhenti berusaha
Orang yang berjaya dikenali dengan sikap mereka yang tidak berhenti berusaha sehingga mereka berjaya.
Mereka tetap dengan apa yang mereka lakukan. Istiqamah berusaha dan melakukan sesuatu sehingga selesai dan berjaya.
Usaha yang biasa-biasa, maka hasilnya biasa-biasa.
Sebaliknya, usaha luar biasa dengan ilmu yang betul, maka hasilnya juga luar biasa hebat.
Jangan berhenti belajar
Belajar adalah sebahagian daripada kehidupan.
Jika berhenti belajar, ia seumpama jasad yang tidak hidup.
Ilmu itu amat luas.
Semakin dipelajari, semakin kita rasa lemah bahawa banyak lagi yang tidak diketahui.
saya nak minta pendapat tuan ni..saya dalam dilema sebenarnya untuk membuat pilihan samada makan gaji balik atau terus berniaga..
Situasi saya sekarang mi masih berniaga di pasar malam, tapi mengalami masalah kemorosotan modal pusingan. Baru-baru ni dapat tawaran kerja dgn kerajaan, rasa hati terdetik untuk terima saja jawatan tu dengan harapan sepruh daripada duit gaji tu nanti saya boleh gunakan untuk topup sebagai modal pusingan bisnes saya tu..
Jadi saya tiada pilihan lain. Kalau saya tak terima kerja tu, saya mungkin kena pinjam lagi dengan adik beradik untuk buat modal.
jadi pada pendapat tuan, yang mana lebih baik untuk saya?
salam, tuan syed.
saya sudah hantarkan emel ke emel tuan.
semoga membantu. ๐
terima kasih tuan Zul ๐
sama-sama, tuan. gembira dapat membantu. semoga dipermudah Allah segala urusan kita. ๐