• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Bangkit

  • Blog

Kenapa hidup seperti tanpa tujuan? Andai SAAT ini SAAT terakhirmu?

October 30, 2019 by zul press Leave a Comment

Assalamualaikum w.b.t

Ramai golongan muda remaja pada hari ini kelihatannya leka dengan permainan games, leka dengan hiburan, nyanyian, banyak ketawa, melakukan aktiviti tidak berfaedah, membazir masa, terlalu banyak menonton Youtube, berFacebook, permainan online, tidak menutup aurat dan sebagainya.

Generasi bagaimanakah yang kita mahu lahirkan sebenarnya?

Di manakah kekuatan kita?

Generasi kita semakin hari semakin lemah seperti hidup tanpa tujuan.

Ilmu semakin ditinggalkan. Masjid semakin sepi dengan orang muda.

Buku hanya tinggal di rak sahaja tanpa pembaca setia.

Sekolah seumpama tempat berhimpun dan berjumpa rakan tanpa kesungguhan menuntut ilmu.

Lalu dimanakah silapnya.

Wahai Sahabatku,

Izinkan aku menulis coretan tinta ini.

Demi bangsaku dan agamaku yang disayangi.

Mari kita kembali ke jalan yang lurus.

Jalan yang tenang dan bahagia.

Iaitu jalan orang yang sentiasa mengingati Allah Tuhan Pencipta Alam.

Tanyakan pada diri, andai hari ini hari terakhir ku, apakah yang akan aku lakukan?

Adakah akan aku terus bermain games, membazir masa, menonton tv, meninggalkan solat, melakukan semua perkara melalaikan?

Atau aku mula mencari tikar solat, mengenang kembali pesan ibu bapa dan guru, baru ingin mengaji kembali, mula mencari masjid dan mula ingat Allah…

Ingatlah, masa yang berlalu adalah umur kita yang telah lepas dan tak akan kembali sampai bila-bila

Kita hanya ada masa sekarang

Kita hanya ada SAAT sekarang.

Belum tentu saat dan minit seterusnya apatah lagi hari esok akan dapat kita temui.

Lalu, pengakhiran bagaimana yang kita inginkan?

Sekiranya masa boleh diputarkan kembali, kita sudah pasti ingin membawa bekal yang banyak untuk hari yang kekal abadi di akhirat nanti.

Namun, kita hanya ada SAAT ini sahaja.

Justeru, hargailah SAAT ini. Kerana ia adalah NYAWA mu.

Kembalilah kepada Allah sebelum terlambat.

Aku sayang kamu kerana Allah, sahabatku.

Filed Under: Motivasi Hamba Bangkit

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Mindset Pemenang
  • Mencari Kerja vs Belajar Berniaga
  • Buat sampai jadi
  • Hari-hari yang ‘best’
  • Aku Hamba, Dia Maha Kuasa

Categories

  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Usahawan
    • Idea Perniagaan 101
    • Tip Blogging
    • Tip Perniagaan Internet
  • Motivasi Hamba Bangkit
  • Umum

Footer

Tentang

Mohd Zulfadhli. Boleh panggil Zul. Saya menulis tentang motivasi diri, tip bisnes dan perniagaan internet. Semoga dapat manfaat daripada perkongsian di blog ini. Terima kasih.

Copyright © 2022 · Magazine Pro on Genesis Framework ·