Assalamualaikum w.b.t
Dalam hidup ini, semua orang akan diuji Allah untuk melihat apakah mereka sanggup diuji dan lulus ujian atau sebaliknya.
Seorang muslim, apabila diuji Allah, Allah ingin melihat kita menjadi lebih baik, bukan sebaliknya.
Ujian Allah tanda sayang Allah terhadap hamba-Nya.g
Antara ujian Allah termasuklah dari segi emosi, sumber hidup (makanan, kewangan, tempat tinggal, pakaian), pekerjaan, keluarga dan kesihatan.
Langkah pertama apabila diuji adalah Sabar.
Sebelum dapat bersabar, kita perlu terlebih dahulu terima dan redha dengan ujian Allah.
Sabar dan tenang dalam setiap ujian dan teruskan ke langkah kedua.
Langkah kedua adalah memohon pertolongan Allah. Bermaksud, kembali kepada Allah melalui amalan sunnah seperti solat, istighfar dan doa.
Dalam dewan peperiksaan, kebanyakan orang akan hanya ada dua pilihan iaitu bergantung kepada ilmu dan kepandaian diri sendiri atau bergantung kepada bantuan orang lain.
Tetapi, Allah menguji kita untuk melihat kita bergantung harap kepada-Nya.
Bukannya semata-mata yakin yang kita boleh selesaikan sendiri dengan ilmu pengetahuan kita atau kita boleh minta bantuan orang lain.
Tapi, terlebih utama adalah kita mohon pertolongan yang terbaik terus kepada Allah.
Semakin besar impian kita, semakin besar ujian dan pengorbanan yang perlu diberikan.
Kalau dalam pelaburan pun, pelaburan yang besar pulangan dan keuntungannya adalah pelaburan yang tinggi risikonya.
Jalan keluar dalam segala masalah adalah dengan jalan TAKWA.
Allah sudah janjikan jalan keluar apabila seseorang itu bertakwa.
2 cara untuk jadi bertakwa, iaitu :
- Lakukan ketaatan
- Jauhi dosa – dosa anggota badan, dan penyakit-penyakit hati
Salah satu kunci utama jalan takwa adalah dengan istighfar.
Master Key Rezeki
Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah Nuh, ayat 10-12 bermaksud :
Banyakkan istighfar dan hayati maksudnya.
Renung dan akui kesalahan diri. Dosa-dosa dahulu yang disedari dan tidak disedari.
Disebabkan dosa, kita tidak nampak dan tidak terfikir akan jalan keluar daripada segala masalah.
Umpama cermin tingkap yang kotor dan berdebu. Jadi, bagaimana ia dapat digunakan untuk melihat ke luar jendela.
Semuanya diminta ampun supaya bersih kembali.
Bersih kembali diri, jiwa, emosi, ketenangan, kebahagiaan dan reset kembali seperti kita bayi dahulu.
Dengan istighfar, Allah janjikan jalan keluar mencakupi semua keperluan hidup manusia.
- Hujan lebat – rezeki lebat seperti hujan, tidak putus-putus, deras rezeki, luas rezeki, air hujan memberi nafas baru bagi setiap tumbuhan dan hidup manusia, kunci kehidupan adalah air, bisnes akan hidup dan memberi manfaat umpama hujan yang lebat
- Banyakkan harta – harta yang banyak, harta yang berkat, sentiasa bertambah, bisnes semakin maju bertambah cawangan, pendapatan meningkat
- Banyakkan anak-anak – anak-anak semakin ramai, jika belum ada anak akan dikurniakan anak-anak, jika belum bernikah akan dipermudah Allah menemui jodoh dan mendapat zuriat yang ramai dan baik, bisnes mempunyai ramai agen, banyak cawangan
- Diadakan kebun-kebun – ada platform bisnes sendiri, jika tidak tahu idea nak bisnes atau tiada pekerjaan Allah akan berikan jalan keluar, diberikan pendapatan pasif dan aktif, hartanah semakin bertambah, produk semakin bertambah
- Sungai-sungai di dalam setiap kebun – kebun yang membuahkan hasil automatik, sungai mengalirkan air ke kebun tanpa kita perlu lakukan sendiri, Allah uruskan segala kerja hidup kita dengan hadirkan orang yang amanah, sistem yang baik dan berterusan.
Oleh itu, teramat besar dan hebatnya janji Allah bagi orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah.
Banyakkan beristighfar pada setiap waktu dan khususnya sebelum waktu Subuh. (waktu sahur)
Banyakkan istighfar 100 kali, 1000 kali atau lebih dan nikmati hidup penuh nikmat dengan janji-janji Allah.
Istighfar kembali kepada Allah, ikhlas tanpa harapkan balasan.
Serahkan kepada Allah jalan keluar daripada segala permasalahan.
Apabila telah mendapat jalan keluar, lakukan tindakan dan percaya Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan sentiasa kembali kepada-Nya. 🙂
Leave a Reply