• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Bangkit

  • Blog

Kunci Ubah Hidup 1 : Terima ‘Aku yang bertanggungjawab dengan hidupku’

November 13, 2020 by zul press Leave a Comment

Assalamulaikum w.b.t

Apabila manusia mukmin diuji Allah, Allah SWT sebenarnya ingin mengingatkan hamba-Nya bahawa Allah Maha Kuasa, Allah ingin melihat kita mengaku bahawa kita lemah dan kembali kepada-Nya.

Apabila diuji, orang beriman akan kembali kepada Allah SWT.

Banyak ujian kehidupan, termasuklah kekurangan makanan, wang, pekerjaan, pendapatan, ekonomi, emosi, nyawa, kesihatan dan sebagainya.

Apabila diuji, orang Islam akan sujud dan memohon meminta kepada Allah dengan sabar, dengan solat, dengan doa memohon pertolongan dan jalan keluar daripada Allah.

PERTAMA sekali adalah memohon bantuan Allah, dan bukannya memohon bantuan manusia.

Dan akhirnya, akan keluarlah kata-kata istighfar yang dizikirkan ‘Astaghfirullah’, aku memohon ampun kepada Allah.

Aku salah, Allah benar.

Dan akhirnya, ‘aku salah’ itu juga menzahirkan kelemahan diri kita, kekurangan diri kita yang sentiasa melakukan dosa yang disedari atau tidak disedari.

Lihat sahaja nikmat masa, berapa ramai orang membazir masa setiap saat.

Lihat sahaja nikmat mempunyai ibu bapa, keluarga, anak-anak, rakan-rakan, jiran dan orang sekeliling kita yang merupakan amanah yang perlu dijaga.

Lihat sahaja nikmat kesihatan, berapa ramai yang tidak menjaga kesihatan mereka, pemakanan dan gaya hidup sihat.

Lihat sahaja potensi diri kita yang boleh jadi lebih baik, tapi masih bermain-main dan tidak yakin dengan kemampuan diri.

Justeru, apabila Allah menguji kita, bermaksud Allah ingin kita kembali kepada-Nya.

Bermaksud Allah ingin kita mengaku kesalahan diri kita dengan istighfar..

Dan juga bermaksud Allah ingin kita mengaku ‘AKU YANG SALAH’.

Dan akhirnya lebih dalam lagi, kita sedar dan yakin bahawa HIDUP KITA ADALAH 100% TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK JADI DIRI KITA YANG TERBAIK, YANG BERMANFAAT

DAN ALLAH TIDAK AKAN UBAH NASIB SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA BERUSAHA MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI.

Apabila semua kesalahan adalah diletakkan pada diri kita, barulah kita akan berusaha menjadi lebih baik.

Barulah kita tidak akan menuding jari bahawa hidup kita sekarang adalah salah orang lain, salah kerajaan, salahkan nasib, salahkan itu dan salahkan ini.

Orang berjaya akan salahkan diri mereka sendiri dan berusaha jadi lebih baik dan lebih baik.

Mereka mengambil 100% tanggungjawab untuk ubah hidup mereka dan mereka yakin Allah bersama-sama orang yang berusaha menjadi lebih baik dalam hidup mereka.

Inilah kunci ubah hidup yang sangat power. Iaitu dengan SEDAR BAHAWA HIDUP KITA ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA 100%.

KE MANA DAN BAGAIMANA HIDUP KITA ADALAH PILIHAN KITA SEKARANG.

KITALAH PEMANDU ‘DIRI KITA’ DAN KE MANA DESTINASI YANG INGIN KITA TUJU SUPAYA AKHIRNYA KITA JADI MANUSIA YANG BANYAK MEMBERI MANFAAT DAN DIREDAI TUHAN.

Filed Under: Motivasi Hamba Bangkit

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Mindset Pemenang
  • Mencari Kerja vs Belajar Berniaga
  • Buat sampai jadi
  • Hari-hari yang ‘best’
  • Aku Hamba, Dia Maha Kuasa

Categories

  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Usahawan
    • Idea Perniagaan 101
    • Tip Blogging
    • Tip Perniagaan Internet
  • Motivasi Hamba Bangkit
  • Umum

Footer

Tentang

Mohd Zulfadhli. Boleh panggil Zul. Saya menulis tentang motivasi diri, tip bisnes dan perniagaan internet. Semoga dapat manfaat daripada perkongsian di blog ini. Terima kasih.

Copyright © 2022 · Magazine Pro on Genesis Framework ·