• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Bangkit

  • Blog

Mulakan sahaja…Hijrah potensi sebenar

October 19, 2015 by zul press Leave a Comment

HijrahAssalamualaikum w.b.t

Salam tahun baru maal hijrah buat semua pembaca setia blog ini.

Sebagaimana tuntutan kita untuk berhijrah ke arah kebaikan, coretan ini adalah untuk mengajak kita mula berhijrah menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Dari segi ibadah, semakin dekat diri kita dengan amalan agama dan semakin bertambah cinta kita kepada Allah dan Rasulullah S.A.W

Dari segi ilmu, semakin bertambah ilmu dan kepakaran kita hari demi hari ilmu agama dan ilmu fardu kifayah yang lain

Dari segi kewangan, moga makin bertambah kekayaan yang berkat dalam hidup kita dan semakin pemurah menderma dan berbuat kebaikan

Dari segi tindakan, moga tindakan kita lebih hebat dan luar biasa dari sebelumnya menjadi potensi diri kita yang sebenar.

Berhentilah sejenak merenung ke dalam diri. Di saat hidup ini masih berbaki. Mari kita lihat jauh ke dalam mata hati. Mencari erti kehidupan ini.

Hidup ini bukan sekadar bekerja mencari duit, makan, tidur dan berkeluarga. Dari gaji ke gaji yang seterusnya. Tapi, sekurang-kurangnya sudah pasti ada perkara yang kita boleh sumbangkan.

Apakah sehingga ke hari ini kita hanya ‘bermain’ dengan kehidupan tanpa kesungguhan dalam setiap tindakan?

Apakah kita berusaha sekadar sahaja atau sudah berada pada tahap kemampuan sebenar kita dalam setiap tindakan dan amalan kita sehari-hari?

Apakah tahun baru kita sama sebagaimana tahun sebelumnya tanpa perubahan minda, ilmu dan tindakan?

Apakah azam dan impian tahun ini masih sama dengan tahun sebelumnya?

Apakah sebenarnya yang kita kejar dalam hidup ini?

Ayuh kita mulakan azam, tekad dan janji pada diri untuk menjadi diri kita, muslim yang sebenar.

Muslim yang mempunyai impian untuk kaya berjaya di dunia dan akhirat, merubah hidup menjadi lebih baik, berusaha mencapai kejayaan yang diimpikan dan bersungguh-sungguh mencari bekal takwa.

Tiada nikmat yang indah dalam hidup ini apabila kita dapat lakukan apa yang terbaik di dalam hidup ini.

Gunakanlah masa yang ada, rancanglah hidup setiap hari, mula lakukan apa yang telah lama kita rancang dan siapkannya.

Usah bertangguh lagi. Kita sudah jauh ketinggalan. Umat ini perlu bangkit mencari kekuatan dari segenap segi.

Dan kitalah pencetus pewaris agama.

Mula berubah hari ini. Jadilah insan yang terbaik dan bermanfaat untuk orang lain.

Lakukan sahaja dan mulakan sahaja. Tiada alasan lagi. Berhijrahlah menuju kejayaan.

InsyaAllah.

Filed Under: Motivasi Hamba Bangkit Tagged With: hijrah

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Mindset Pemenang
  • Mencari Kerja vs Belajar Berniaga
  • Buat sampai jadi
  • Hari-hari yang ‘best’
  • Aku Hamba, Dia Maha Kuasa

Categories

  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Usahawan
    • Idea Perniagaan 101
    • Tip Blogging
    • Tip Perniagaan Internet
  • Motivasi Hamba Bangkit
  • Umum

Footer

Tentang

Mohd Zulfadhli. Boleh panggil Zul. Saya menulis tentang motivasi diri, tip bisnes dan perniagaan internet. Semoga dapat manfaat daripada perkongsian di blog ini. Terima kasih.

Copyright © 2022 · Magazine Pro on Genesis Framework ·