Assalamualaikum w.b.t
Setiap orang diberikan jumlah masa yang sama 24 jam sehari. Apa yang membezakannya ialah bagaimana cara mereka menguruskannya.
Sekurang-kurangnya 8 jam sehari digunakan untuk bekerja setiap hari dan 8 jam lagi untuk masa tidur. Jadi, baki 8 jam lagi adalah masa yang digunakan untuk menjalani aktiviti rutin harian yang lain.
Rahsia mereka yang berjaya dalam mengubah hidup mereka dan menjadi kaya dan berjaya, adalah bagaimana mereka menguruskan baki 8 jam lagi masa yang mereka ada.
Sebagaimana dikongsikan dalam buku The Other 8 Hours oleh Robert Pagliarini, penulis memberikan panduan bagaimana insan biasa yang bekerja seperti orang lain dapat mengubah hidup mereka dan akhirnya dapat hidup bebas kewangan tanpa perlu bekerja lagi. Sebaliknya mereka gembira melakukan aktiviti yang mereka suka dan menjana pendapatan dengannya.
1 Jam Impian Kaya Berjaya
Dalam ebook terbaru yang saya telah beli dan baca, The One Hour A Day Formula, penulis telah kongsikan pelbagai kisah bagaimana insan biasa yang bekerja seharian seperti orang lain, telah memperuntukkan 1 jam daripada masa mereka setiap hari untuk melakukan satu lagi ‘karier baru’ yang akhirnya dapat menjadikan impian mereka menjadi kenyataan.
Hanya dengan komitmen masa 1 jam sehari, dan konsisten melakukan sesuatu perkara yang orang lain tidak melakukannya, telah membantu mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik, kaya dan berjaya.
Kisah 1 : Jack Canfield – Daripada Seorang Guru menjadi Multi Jutawan
Beliau merupakan penulis buku terkenal Chicken Soup For The Soul yang telah dicetak dan dijual di seluruh dunia.
Kisah yang ramai tidak mengetahuinya, adalah beliau pada awalnya adalah seorang guru sekolah dan sentiasa sibuk dengan aktiviti di sekolah dan seminar-seminar yang diadakan.
Namun, beliau telah menetapkan komitmen masa untuk beliau menulis 2 cerita setiap minggu. Beliau memperuntukkan masa malamnya beberapa jam daripada pukul 10 malam (selepas isteri beliau tidur) hingga tengah malam atau 1 pagi untuk menulis.
“The key is to make a commitment to have a daily discipline of a little bit of time where you’re going to write, and if you do, in a year, you can produce, literally, a miracle.”
Kisah 2 : J.D Roth – Get Rich Slowly
Beliau merupakan pemilik blog Get Rich Slowly yang kini menjadi salah satu bisnes beliau.
Beliau pada dahulunya adalah seorang yang benci dengan kerja yang beliau lakukan sehari-hari dan selalunya beliau akan pulang lewat petang.
Apabila waktu malam, beliau akan menghabiskan masa menonton TV atau bermain permainan komputer.
Sehinggalah akhirnya beliau membuat keputusan untuk menggunakan masa baki 8 jam yang beliau ada untuk mula membina kekayaan dengan menulis di blog.
Akhirnya, beliau menjadi kaya dan dapat berhenti daripada pekerjaan asal yang dilakukan.
Kisah 3 : Trent Hamm – The Simple Dollar
Beliau merupakan penulis blog The Simple Dollar.
Beliau pada masa dahulu adalah seorang yang sibuk dengan pekerjaannya dan hampir tiada masa untuk aktiviti bersama keluarga.
Hingga beliau mula tertanya-tanya apakah yang beliau kejar selama ini.
Sehinggalah pada Oktober 2006, beliau mula membuat blog “The Simple Dollar” dan menulis pada waktu lapang untuk berkongsi cara bagaimana beliau keluar daripada hutang dan krisis kewangan.
Akhirnya, pada 2008, beliau menjana pendapatan lumayan hasil daripada blog dan seterusnya dapat berhenti daripada pekerjaan asalnya untuk lebih fokus kepada blog dan keluarganya.
Luangkan 1 jam anda
Akhirnya, kembali kepada kita (anda dan saya), bagaimana untuk meluangkan 1 jam setiap hari untuk mula serius mengejar impian menjadi kaya dan berjaya.
Terpulang kepada masa produktif anda, sama ada 1 jam di awal pagi, atau 1 jam lewat malam atau bila-bila masa terluang anda.
Hanya 1 jam sehari. Pilih satu aktiviti yang dapat mengubah hidup anda yang sudah terbukti orang lain berjaya melakukannya.
Mulakan sedikit demi sedikit, tetapi konsisten setiap hari, dan anda akan lihat hasilnya kelak.
“Small things, done consistently, lead to great results”
Jika anda perlukan bacaan lanjut (dan saya amat cadangkan anda baca), anda boleh dapatkan ebook The One Hour A Day Formula yang saya kira dapat membantu memotivasikan anda dengan pelbagai lagi kisah kejayaan yang dikongsikan dan juga dapat memberikan panduan langkah demi langkah bagaimana anda dapat bermula membina formula 1 jam sehari anda.
Semoga tulisan kali ini bermanfaat.
Like & share.
Leave a Reply