• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Bangkit

  • Blog

Road to Jutawan Muslim

June 16, 2020 by zul press Leave a Comment

Assalamualaikum w.b.t

Apabila ditanya apakah erti jutawan? Ramai yang bersetuju jutawan ialah orang yang mempunyai simpanan wang atau aset RM1 juta.

Ya, tidak salah. Tapi, alangkah lebih baik apabila kita lihat sabda Rasulullah S.A.W :

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia”
(HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no:3289)

 

Rasulullah S.A.W tidak mengatakan sebaik-baik manusia adalah orang yang kaya raya dan menjadi jutawan. Tapi sebaik-baik manusia adalah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain.

Justeru, mari kita tambah baik erti jutawan.

Jutawan ialah orang yang BANYAK memberi manfaat ilmu, sumbangan harta, tenaga, masa dan segala kebaikan kerana Allah.

Jumlah BANYAK tersebut diserahkan kepada Allah. Tugas kita ialah menjadi sebanyak mungkin manfaat kepada manusia dan hidupan lain.

Contohnya, jika hidup kita sekadar pergi dan pulang kerja, maka kita belum cukup jutawan lagi kerana manfaat tersebut hanya kepada pekerjaan dan syarikat sahaja.

Oleh itu, kita perlu berfikir lagi, apa lagi yang boleh dilakukan dengan masa berbaki di rumah untuk kita beri lebih manfaat kepada orang lain di luar sana. Contohnya, boleh kongsikan kemahiran kita memasak contohnya, dengan berkongsi resipi di blog, atau di Facebook, dengan rakam video, buat LIVE atau tulis ebook atau buku.

Apabila anda berniat untuk beri lebih manfaat kepada seramai mungkin manusia di luar sana, anda sebenarnya berada di atas jalan jutawan.

Lakukan semua kebaikan dengan niat memberi manfaat dan anda tidak salah untuk meminta sedikit bayaran di atas usaha anda itu. Saya yakin ramai yang sanggup bayar anda apabila mereka lihat anda jujur dan amanah berkongsi dengan ikhlas untuk bantu orang lain dapat sesuatu manfaat.

Tugas anda : Apakah lagi yang boleh anda sumbangkan? Dan apakah yang anda boleh lakukan supaya lebih ramai lagi orang dapat manfaat daripada bisnes anda?

Jika harga produk anda mahal, jadikan ia lebih mampu milik dengan ubah packaging. Jika produk anda ramai orang tak kenal, maka berikan percuma supaya lebih ramai dapat rasa dan berkongsi produk anda. Jika anda jual sesuatu produk, banyakkan sharing tips bermanfaat dan sharing kepuasan pelanggan anda supaya ramai yang ada masalah sama dapat manfaat daripada produk anda.

Jika anda tidak tahu bisnes apa nak dilakukan, berdoa kepada Allah supaya Allah bantu tunjukkan satu bisnes yang boleh anda lakukan untuk beri manfaat kepada lebih ramai orang.

Teruskan berfikir untuk beri lebih manfaat dan lebih manfaat lebih baik hari demi hari.

Nescaya, anda berada di atas landasan jutawan dunia dan akhirat. Aamiin.

 

Filed Under: Motivasi Hamba Bangkit

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Mindset Pemenang
  • Mencari Kerja vs Belajar Berniaga
  • Buat sampai jadi
  • Hari-hari yang ‘best’
  • Aku Hamba, Dia Maha Kuasa

Categories

  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Usahawan
    • Idea Perniagaan 101
    • Tip Blogging
    • Tip Perniagaan Internet
  • Motivasi Hamba Bangkit
  • Umum

Footer

Tentang

Mohd Zulfadhli. Boleh panggil Zul. Saya menulis tentang motivasi diri, tip bisnes dan perniagaan internet. Semoga dapat manfaat daripada perkongsian di blog ini. Terima kasih.

Copyright © 2022 · Magazine Pro on Genesis Framework ·