• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Bangkit

  • Blog

The Power of FLOW

July 11, 2017 by zul press Leave a Comment

motivasi bertindak flowAssalamualaikum w.b.t

Pernahkah anda rasa anda sangat produktif. Selepas anda lakukan sesuatu, anda kemudian terus lakukan aktiviti dan perancangan yang seterusnya.

Satu kepuasan apabila apa yang kita rancang dapat kita siapkan mengikut masa dan perancangan yang telah ditetapkan.

Tetapi, alangkah ruginya apabila kerja yang dilakukan berhenti separuh jalan dan akan mengambil masa yang lain (yang kita tidak pasti bila masanya) untuk kita sambung kembali tugasan tersebut.

Disinilah pentingnya The Power of FLOW.

Sebagaimana aliran air sungai yang mengalir mengikut laluannya, dengan ALIRAN ARUS yang kadangkala PERLAHAN dan DERAS, tapi ia tetap bergerak TANPA HENTI.

Mari kita renung kembali diri kita, apakah kita sudah produktif? Atau kita sekadar berusaha biasa-biasa sahaja sedangkan kemampuan sebenar kita, masih belum diuji dan digunakan sepenuhnya.

Setiap insan diciptakan ALLAH dengan kehebatan dan kelebihan masing-masing.

Lalu kenapa ada yang berjaya dan ada yang hampir gagal.

Ini kerana tindakan yang diambil berbeza.

Mereka yang berjaya, akan selalu bertindak TANPA HENTI walaupun PERLAHAN.

Sebaliknya, yang gagal akan berhenti sekerat jalan, mengaku kalah dan kecewa.

Justeru, mari kita renungkan ayat 5-8 surah al-Insyirah ini :

A005Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Ash-Syar-h 94:5) | 

A006(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(Ash-Syar-h 94:6) | 

A007Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(Ash-Syar-h 94:7) | 

A008Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

(Ash-Syar-h 94:8) | 

Dimanakah kita?

Apakah KEHIDUPAN kita, TENAGA kita dan MASA kita mengalir ke arah kejayaan yang kita impikan KAYA BERJAYA dunia akhirat? Bersusah-susah dahulu kerana bersama kesusahan pasti ada kemudahan.

Atau kita masih selesa dengan gaya hidup rutin harian kita tanpa sebarang perubahan yang lebih baik?

Jom terus bertindak lakukan SATU perkara, kemudian SATU perkara.

Pastikan kita selalu di dalam FLOW aliran mencari redha Allah kaya berjaya dunia dan akhirat. Aamiin.

Filed Under: Motivasi Hamba Bangkit Tagged With: buku motivasi, motivasi

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Mindset Pemenang
  • Mencari Kerja vs Belajar Berniaga
  • Buat sampai jadi
  • Hari-hari yang ‘best’
  • Aku Hamba, Dia Maha Kuasa

Categories

  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Usahawan
    • Idea Perniagaan 101
    • Tip Blogging
    • Tip Perniagaan Internet
  • Motivasi Hamba Bangkit
  • Umum

Footer

Tentang

Mohd Zulfadhli. Boleh panggil Zul. Saya menulis tentang motivasi diri, tip bisnes dan perniagaan internet. Semoga dapat manfaat daripada perkongsian di blog ini. Terima kasih.

Copyright © 2022 · Magazine Pro on Genesis Framework ·