Assalamualaikum w.b.t dan salam kaya berjaya.
Alhamdulillah, dapat juga saya menulis artikel setelah beberapa minggu menguruskan hal yang lain.
Dalam ruangan Motivasi kali ini, saya tertarik untuk berkongsi tajuk berkaitan Visualisasi.
Sama ada kita sedari atau tidak, kita sudah pun melepasi 6 bulan pertama dan kini berada di 6 bulan kedua tahun 2013.
Adakah segala perancangan kita pada tahun ini sudah tercapai? Atau mungkin separuh daripadanya sudah tercapai?
Adakah kita berada di landasan sebagaimana yang kita rancang pada awal tahun ini?
Jika Ya, maka tahniah saya ucapkan. 🙂
Jika Tidak, maka sekaranglah masanya yang berbaki ini untuk kita renung kembali matlamat, gol dan target yang telah dibuat dan melihat apa yang perlu diperbaiki dengan segera.
Disember 2013
Terlebih dahulu saya ingin mengajak anda bayangkan sekarang ialah bulan Disember 2013.
Imaginasikan bagaimana anda pada ketika ini di hujung tahun 2013.
Visualisasikan (bayangkan) bagaimana anda pada Disember 2013.
Yang mana kehidupan anda telah berubah sepenuhnya. Anda menjadi lebih tenang dan produktif. Pendapatan anda telah meningkat, hidup anda lebih bahagia bersama keluarga dan mendapat kepuasan dalam setiap perkara yang anda lakukan.
Anda dapat melakukan setiap perkara yang anda impikan dan memiliki pendapatan pasif.
Bayangkan, imaginasikan dan visualisasikan gambaran di mana apa yang anda telah rancang sebelum ini (gol, target dan matlamat anda) telah dapat anda miliki.
Usahakan untuk gambarkan anda berjaya mencapainya dengan jelas di dalam fikiran. Visualkan situasi tersebut di dalam fikiran dan minda anda.
Julai 2013
Sekarang, undurkan balik ke belakang, dan semak kembali apa yang telah anda lakukan untuk mencapai keadaan sebagaimana anda gambarkan di dalam fikiran anda tadi pada Disember nanti.
Jika anda rasakan bagaikan ada yang tidak kena, maka saya cadangkan :
- Tulis kembali azam, target, gol dan matlamat anda.
- Kemudian, rangka pelan tindakan harian anda bagi mencapai impian dan imaginasi anda tadi.
- Tulis apa yang anda wajib lakukan pada hari ini dengan konsisten sehingga anda dapat mencapai impian anda.
Tulis dengan jelas apa yang anda mahukan dan tindakan yang perlu anda lakukan untuk mencapai visualisasi gambaran anda pada Disember ini. - Positifkan fikiran anda bahawa anda akan berjaya mencapai keadaan sebagaimana yang anda telah gambarkan di dalam fikiran anda.
- Akhirnya, segala perancangan hanya akan membuahkan hasil apabila disertai dengan tindakan.
Bertindaklah sekarang kerana tiada istilah terlambat dalam mengejar impian.
4 Tip Visualisasi
1.  Kekerapan
Lebih kerap anda membuat visualisasi gambaran mental bagaimana anda pada hujung tahun ini, 3 tahun akan datang, 5 tahun akan datang dan 10 tahun akan datang, maka lebih jelas gambaran tersebut hadir dalam bentuk tindakan anda setiap hari.
Dicadangkan untuk melihat pelan visualisasi anda setiap hari iaitu selepas anda bangun tidur atau di waktu pagi.
2.  Berapa lama?
Semakin lama jumlah masa anda dapat visualkan gambaran mental ini (beberapa saat atau minit), maka lebih ‘jaga’ minda bawah sedar anda untuk bertindak bagi membantu merealisasikan impian anda.
3.  Kejelasan
Lebih jelas gol dan matlamat anda, maka lebih mudah ia menjadi realiti.
Visualisasikan dalam fikiran anda dengan jelas gambaran anda telah berjaya mencapai impian anda. Jika masih kabur, tulis kembali gol dan matlamat anda dan lihat ia setiap hari sehingga ia menjadi lebih jelas dan jernih.
4.  Kesungguhan
Semakin tinggi semangat dan kesungguhan anda, komitmen dan fikiran yang positif, akan membantu menguatkan lagi visualisasi anda dan seterusnya menjadikan impian anda satu kenyataan.
Visualisasi dan gambaran mental adalah neutral. Jika kita menggambarkan kita akan berjaya, insyaAllah kita akan berjaya dan sebaliknya juga adalah benar.
Kesimpulannya, mari kita renung, semak dan koreksi kembali perjalanan 6 bulan pertama ini untuk kita gandakan lagi usaha bagi mencapai apa yang kita impikan sebagaimana kita pada Disember ini.
Saya doakan semoga kita semua berjaya mencapai impian dan matlamat yang ditetapkan. InsyaAllah.
Khas buat anda pembaca setia blog ini, anda boleh dapatkan Pelan Visualisasi Harian sebagaimana yang saya gunakan sendiri.
Ia sangat mudah kerana saya telah sediakan ruang untuk anda menulis impian anda bagi tahun ini, 3 tahun akan datang, 5 tahun akan datang dan 10 tahun akan datang di dalam 1 muka surat.
Pelan ini hanya RM 1 (2 m/s). Pelan ini adalah dalam format PDF dan boleh dicetak untuk anda gunakan bila-bila masa sahaja.
Rebutlah peluang merealisasikan impian anda dengan merancang sebaiknya dan bertindak sekarang. Semoga pelaburan ilmu anda hari ini menjadi pemangkin kejayaan anda yang lebih besar. InsyaAllah.
Untuk dapatkan pelan ini, hanya mesej NAMA anda dan kod VISUAL ke 0132227394. Saya akan balas mesej anda untuk link download dan maklumat pembayaran. Terima kasih. 🙂
Leave a Reply