• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Bangkit

  • Blog

Tip Produktif : Sedikit itu lebih baik

September 5, 2014 by zul press Leave a Comment

Sedikit lebih baikAssalamualaikum w.b.t

Ketika saya menulis artikel ini, saya baru sahaja selesai unsubscribe emel saya daripada lebih 10 penghantar emel yang memasuki inbox saya.

Ini kerana emel yang dihantar tidak lagi relevan bagi saya dan penuh dengan tawaran servis dan promosi daripada mereka. Hampir 10-15 emel baru yang masuk ke Inbox saya setiap hari.

Saya tidak salahkan mereka kerana menghantar emel ke Inbox saya, kerana ia adalah pilihan saya semasa mendaftar emel saya di laman web mereka.

Satu pengajaran yang saya pelajari ialah dalam banyak hal, sedikit itu lebih baik.

Tingkatkan Produktiviti : Sedikit itu lebih baik

Apabila terlalu banyak yang dikejar, akhirnya kita akan menjadi lelah, letih dan tidak tahu dari mana ingin bermula.

Contohnya, apabila ada sahaja peluang menjana pendapatan melalui internet dengan sesuatu teknik, maka kita akan belajar teknik tersebut sedangkan teknik-teknik yang sebelum ini pun tidak di amalkan lagi dan belum berjaya dikuasai.

Begitu juga, pernah beberapa kali, saya merancang banyak perkara hampir untuk dilakukan pada hari tersebut, iaitu 5 hingga 10 perkara yang ingin dilakukan, tapi dihujung hari saya hanya dapat lakukan satu sahaja.

Sehinggalah saya buat keputusan untuk hanya tetapkan 3 perkara saya yang wajib saya lakukan setiap hari.

Bagi saya, 3 hingga 5 perkara masih boleh diterima, tapi jika lebih daripada 5, produktiviti saya akan menurun.

Fokus hanya SATU

Setelah beberapa tahun try-and-error dalam membina produktiviti di dalam kerja, pelajaran penting yang saya dapati adalah untuk berjaya dengan pantas, FOKUS hanya SATU perkara dalam suatu masa.

Dan fokus saya akan ‘merana’ jika lebih daripada 3 perkara yang saya ingin dilakukan.

Jika ada 5 perkara berbeza yang ingin saya lakukan, dalam masa 5 jam, maka setiap jam, saya perlu tukar minda dan fikiran saya untuk bersedia dan fokus pada 5 projek tersebut.

Kesannya, minda dan fikiran saya menjadi ‘letih’ kerana perlu 5 kali ‘tukar gear’ dalam 5 jam.

Saya tidak pasti anda bagaimana, tapi saya tidak mampu untuk lakukannya setiap hari dan amat terbeban, sehinggalah hanya satu sahaja yang dapat dilakukan.

Sebaliknya, jika 1-3 sahaja perkara yang ingin dilakukan, dan dalam objektif dan tujuan yang sama, maka ia lebih mudah untuk dilakukan dan lebih mudah untuk FOKUS.

Bayangkan, jika anda dapat konsisten lakukan 3 perkara setiap hari, maka anda sudah 3% menjadi lebih baik dan hari demi hari, anda semakin hampir dengan kejayaan yang anda impikan.

Jika anda berminat membaca lebih lanjut berkaitan produktiviti ini, saya telah menulis lanjut berkaitan tip produktif FOKUS ini dalam Ebook Percuma Rahsia Produktif dalam Al-Quran yang anda boleh download PERCUMA di sebelah kanan blog ini.

Adakah anda produktif setiap hari? Dan bagaimana pula anda mengurus produktiviti anda? Anda boleh kongsikan bersama saya.

Filed Under: Motivasi Hamba Bangkit Tagged With: motivasi diri, motivasi hidup

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Mindset Pemenang
  • Mencari Kerja vs Belajar Berniaga
  • Buat sampai jadi
  • Hari-hari yang ‘best’
  • Aku Hamba, Dia Maha Kuasa

Categories

  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Usahawan
    • Idea Perniagaan 101
    • Tip Blogging
    • Tip Perniagaan Internet
  • Motivasi Hamba Bangkit
  • Umum

Footer

Tentang

Mohd Zulfadhli. Boleh panggil Zul. Saya menulis tentang motivasi diri, tip bisnes dan perniagaan internet. Semoga dapat manfaat daripada perkongsian di blog ini. Terima kasih.

Copyright © 2022 · Magazine Pro on Genesis Framework ·