Assalamualaikum w.b.t
Hidup akan tenang apabila bekalan sentiasa melebihi keperluan.
Apabila bekalan tidak mencukupi, kita akan rimas, bimbang dan risau. Contohnya sekiranya bekalan air dicatu, kita akan bimbang dan risau sekiranya keperluan air seharian kita tidak mencukupi atau terputus.
Bagi Allah, Tuhan sekalian alam, bekalan nikmat dan rezeki yang diberikan kepada makhluk-Nya sentiasa melebihi keperluan.
Boleh jadi di suatu tempat bekalan makanan tidak mencukupi, tapi sebaliknya di tempat lain bekalan makanan sentiasa berlebihan. Begitu juga, boleh jadi di suatu kawasan bekalan air amat sedikit. Tapi di kawasan lain pula bekalan air berlebihan sehingga berlakunya pula banjir.
Bekalan rezeki amat luas dan berlebihan!
Dalam membicarakan soal rezeki, bekalan rezeki kurniaan Allah amat luas dan banyak. Malah tidak dapat dihitung. Allah membahagikan bekalan rezeki ini kepada hamba-Nya yang layak dan bersedia untuk menerima sejumlah bekalan yang sesuai dan mampu ditanggung oleh mereka.
Oleh sebab itulah rezeki setiap orang adalah berbeza. Mungkin seseorang itu mendapat rezeki kekayaan tetapi kesihatan pula kurang baik. Terdapat juga mereka yang miskin tapi dikurniakan anak yang ramai. Mereka yang hidup sederhana dan bahagia berbanding pula mereka yang kaya tapi hidup tiada ketenangan.
Semuanya berbeza mengikut aturan dan ilmu Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.
“Dan apabila kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya” (Surah Ibrahim: 34)
Menambah modal = menambah bekalan rezeki
Walaupun begitu, Allah telah menjamin bekalan rezeki yang tidak putus dan sentiasa bertambah apabila kita berusaha mengubah apa yang ada pada diri kita.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum hingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”
(Surah Ar-Ra’d:11)
Setiap usaha yang kita lakukan adalah modal untuk kita menambah bekalan rezeki yang lebih banyak.
Apabila kita menambah modal, maka hasil keuntungan akan bertambah.
Bagaimana ingin mendapat rezeki yang melimpah ruah sekiranya modal yang dikeluarkan sedikit sahaja.
Contohnya, sekiranya gaji kita RM1500, bermakna modal usaha dan ilmu kita adalah pada kadar tersebut sahaja. Bagaimana jika kita ingin tingkatkan gaji kita kepada RM 15000 sebulan? Maka, kita perlu tingkatkan lagi modal usaha dan ilmu kita dengan pelajari cara menjana pendapatan RM 15000 sebulan.
Apakah Modal yang perlu ditambah?
Baca seterusnya, 3 Jenis Modal Menderaskan Rezeki di sini.
(Petikan daripada Ebook Reset Minda Rezeki. Sila klik di sini untuk dapatkan Ebook ini.)
Leave a Reply