• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Allah

  • Blog

Hiduplah dengan memberi

September 5, 2018 by zul press Leave a Comment

Assalamualaikum w.b.t

Setiap hari, hidup kita diuji dan cabaran hidup ini semakin bertambah. Cabaran ini membuatkan kita sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing.

Apa yang bermain difikiran kita sejak kita bangun tidur lagi adalah apa yang aku akan dapat hari ini.

Ramai yang berfikir tentang diri sendiri setiap hari, iaitu apa yang aku dapat hari ini.

Tetapi, motivasi hidup terbaik adalah dengan berfikir apa yang akuĀ  dapat berikan hari ini.

Prinsip memberi menjemput kebahagiaan dalam hidup.

Dengan memberi sesuatu yang kita miliki kita akan bahagia.

Sekiranya kita mengharapkan sesuatu yang tidak kita miliki, kita akan merasa tidak tenang.

Lihatlah pada diri kita, apakah ilmu yang kita ada, maka berikanlah.

Lihatlah pada diri kita, apakah tenaga,masa,fikiran yang kita ada, maka manfaatkanlah.

Ramai yang mengeluh tentang kenaikan kos sara hidup, bebanan hutang dan masalah hidup yang lain hinggakan kita lupa untuk memberi.

Apabila berniaga, lebihkanlah sedikit timbangan. Berikanlah sesuatu ‘extra’ kepada pelanggan anda.

Berikan layanan terbaik kepada bakal pelanggan. Berikanlah senyuman manis anda.

Berikan servis terbaik anda.

Berikan ‘support’ yang terbaik kepada bekas pelanggan.

Apabila pulang ke rumah, berikanlah ‘masa ‘ anda untuk keluarga anda.

Luangkan masa bersama anak-anak dan isteri. Berikan kasih sayang kepada mereka.

Lupakanlah sementara gadjet anda, berikanlah fokus pada apa yang anda sedang lakukan.

Apa jua yang kita lakukan, fikirkan apa yang dapat kita berikan dan sumbangkan.

Insya-Allah hidup akan semakinĀ  tenang dengan aturan rezeki Allah S.W.T.

Lagi artikel menarik :

  • Nikmat Terbesar dan Solusi Hidup dalam Solat Sedar
  • Design Hidup 10x Kaya dan Bahagia 1
  • Apa paling best dalam hidup?
  • 2 Kategori Aku & Rezeki
  • Ubah Hidup dengan Berlari

Filed Under: Motivasi Hamba

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Carian

Categories

  • Bangkit 101 Bisnes
  • Bangkit Kewangan
  • FB Live
  • Motivasi Hamba
  • Motivasi Tijarah
  • Tip Blog
  • Umum

Motivasi Bangkit di FB

Travelog Motivasi Bangkit