Assalamualaikum w.b.t
Setiap perkara yang tersusun dan dapat berjalan dengan baik adalah kerana ia memiliki agenda.
Program siaran TV dan radio dapat berjalan dengan baik apabila ia tersusun dan beragenda.
Solat 5 waktu dapat dilaksanakan kerana memiliki agenda.
Agenda ialah memiliki waktu, berjadual dan tersusun.
Kita juga perlu ada agenda setiap hari.
Dalam kata lain perancangan berjadual.
Untuk berjaya, fokus selesaikan agenda kita.
Jika tidak, kita akan termasuk dalam agenda dan perancangan orang lain.
Ramai orang hidup secara ‘auto mode’. Ikut kebiasaan hari kelmarin. Tanpa perancangan baru, tanpa agenda.
Banyak perkara yang nak dibuat tapi akhirnya satu pun tak dapat diselesaikan kerana tidak memiliki agenda dan sebaliknya telah berjaya di’agenda’kan oleh orang lain.
Jadi, tiada kejayaan yang diraih setiap hari.
Contoh kita telah mengikut agenda orang lain ialah membaca emel awal pagi, membaca wasap sejurus bangun tidur, membaca status fb orang lain, melayari youtube, menonton tv tanpa dirancang, dan banyak lagi.
TIP CAPAI AGENDA HIDUP
1. Tetapkan 3 PERKARA PENTING yang ingin dilakukan hari ini dan waktunya
2. Mulakan apa yang kita rancang hari ini
3. Utamakan waktu pagi dengan Agenda kita.
‘Live by design, not by default’
Leave a Reply