3 Tip Cara Lama (tapi Berkesan) Mengurus Masa lebih Produktif

mengurus masaAssalamulaikum w.b.t

Mengurus masa setiap hari adalah antara agenda penting dalam hidup kita. Gagal mengurus masa, maka kita gagal mengurus kehidupan pada hari tersebut.

Jika banyak masa dibazirkan, maka kita dalam kalangan orang yang rugi. Justeru, bagaimana kita dapat mengurus masas dengan sebaiknya?

Ini cara yang saya lakukan yang diajar oleh mentor motivasi dan pembangunan diri sejak dulu lagi.

Walaupun ia agak ‘old school’ bagi sesetengah orang, tapi ia amat praktikal.

3 Tip Cara Lama Mengurus Masa

  1. Tulis apa yang akan dilakukan esok hari (To-Do List)

Pada malam hari, sebelum kita tidur, amalkan merancang apa yang akan kita lakukan esok hari.

Rancang apa yang kita ingin capai pada esok hari supaya esok hari menjadi hari yang lebih baik daripada hari ini.

  1. Buat jadual untuk esok hari

Selain menulis To-Do List, buat satu jadual harian untuk esok. Apa yang akan kita lakukan daripada pagi sehingga ke malam mengikut jam.

Masukkan agenda penting tadi ke dalam jadual dan tentukan waktu dan jangka masa yang diperlukan.

Sesuatu yang dijadualkan, adalah sesuatu yang penting dan perlu dilaksanakan.

  1. Memiliki Diari Catatan / Planner

Buku diari catatan (planner) adalah buku penting yang sentiasa menjadi rujukan kita. Catatkan apa yang telah kita rancang, impian kita, idea kita, kejayaan, kegagalan dan sebarang catatan penting agar mudah kita rujuk kembali.

Orang yang cemerlang, kaya dan berjaya adalah mereka yang selalu mencatat apa jua idea yang mereka peroleh. Setiap ilmu baru yang dipelajari, dan apa jua yang ingin dilakukan, akan dicatat dan dipantau perkembangannya.

Oleh itu, amalkan memiliki satu buku catatan ‘master plan’ agar lebih mudah kita merancang kehidupan ke arah kejayaan yang kita impikan.

Kesimpulannya, 3 cara di atas adalah cara yang ‘lama’ dan mungkin kita sudah banyak kali mendengarnya.

Tapi, percaya atau tidak, cara inilah yang telah terbukti berkesan dalam membantu mereka yang berjaya mengurus masa, lebih produktif dan mengurus kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Semoga bermanfaat dan dapat kita amalkan. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *