30 Minit yang hilang

Assalamualaikum w.b.t

Menjaga masa adalah tanggungjawab setiap individu. Masa yang terbazir begitu sahaja amat merugikan kita kerana ia tidak akan kembali lagi. Masa itu lebih berharga daripada emas dan lebih tajam daripada pedang.

Masa tidak dapat dibeli dan masa adalah kehidupan kita. Sedarkah kita, setiap saat yang dibazirkan adalah sebenarnya baki masa hidup kita yang dibazirkan.

Justeru, kenapa ramai yang suka membazir masa mereka? Bagi orang yang berjaya, setiap saat,minit dan  jam amat berharga

Masa yang paling mudah dibazirkan adalah 30 minit.

Contoh aktiviti 30 minit :

  • Satu rancangan tv yang normal adalah 30 minit.
  • Satu masa pengajaran di sekolah paling pendek adalah 30 minit.
  • Purata jangka masa normal ke tempat kerja adalah 30 minit
  • Waktu solat 5 waktu kita 5 minit darab 5 waktu adalah lebih kurang 30 minit
  • Waktu menunggu kenderaan awam biasanya sekitar 30 minit

 

Rahsia 30 Minit

Justeru, tulisan saya kali ini mengajak kita menggunakan 30 minit masa kita setiap hari dengan bijak.

Bayangkan berapa banyak perkara yang kita boleh buat dalam sehari dengan hanya masa 30 minit.

Cuba anda senaraikan 30 minit masa anda selepas anda balik ke rumah daripada pejabat sehingga ke pagi esoknya.

Dan isi aktiviti dan perkara yang anda sepatutnya lakukan untuk ubah hidup anda kearah yang lebih baik.

—————————————–

Contoh :

PETANG

3.00 – 3.30

3.30 – 4.00

4.00 – 4.30

4.30 – 5.00

5.00 – 5.30

5.30 – 6.00

6.00 – 6.30

6.30 – 7.00

MALAM

7.00 – 7.30

7.30 – 8.00

(sila sambung sehingga ke pagi esoknya. Jangka masa tidur orang dewasa adalah antara 6-8 jam)

Tip : Satu slot masa untuk satu aktiviti

——————–

Saya percaya, anda akan  dapati bahawa banyak masa yang anda teragak-agak untuk tentukan apa yang harus anda lakukan. Rupanya, jika kita teliti betul-betul, banyak perkara lagi yang kita boleh lakukan hanya dengan 30 minit masa.

Prinsip 30 minit ini juga adalah prinsip orang-orang berjaya dan amalan para usahawan jutawan dalam mengurus organisasi mereka. Antaranya, mesyuarat yang diadakan adalah hanya 30 minit sahaja berbanding berjam-jam lamanya.

Antara cadangan aktiviti bagi mengisi masa 30 minit anda :

  1. Membaca buku motivasi dan sebagainya (lebih 50 muka surat)
  2. Membaca Al-Quran (15-20 muka surat)
  3. Menulis diari
  4. Bersenam/ Joging/ Bersukan
  5. Menulis artikel blog/buku
  6. Mendengar tazkirah di masjid
  7. Qiamullail

Harapan saya, semoga tulisan ini memberi anda semangat untuk memanfaatkan masa setiap 30 minit masa anda setiap hari dengan lebih berkesan, teratur dan lebih bijak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *