4 Tabiat – Tahun Baru Yang Menakjubkan oleh Robin Sharma

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Apa khabar? Semoga anda sihat sentiasa. Saya juga doakan semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan tahun 2013 ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya buat kita.

Dalam kita menjalani kehidupan setiap hari, ramai orang yang hidupnya adalah sama setiap hari, bulan dan berganti tahun.

Hidup dengan rutin yang sama, cara kerja yang sama, sikap yang sama dan pemikiran yang sama. Mungkin juga ilmu juga berada dalam lingkungan yang sama. (tidak bertambah)

Sedangkan, hidup adalah satu perkembangan dari satu tahap ke tahap yang lebih baik. Satu keadaan ke keadaan yang lebih baik.

Justeru, bagaimana untuk kita berubah di mana hari ini lebih baik dari semalam dan seterusnya tahun 2013 ini menjadi tahun yang paling terbaik dari tahun sebelumnya?

Ya, tidak lain, adalah dengan mengubah tabiat dan cara hidup kita daripada biasa-biasa ke tahap yang luar biasa.

4 Tabiat Tahun Menakjubkan

Dalam tulisan kali ini, saya tulis kembali apa yang telah disampaikan oleh Robin Sharma dalam video beliau The 4 Habits To Make 2013 Awesome. Jika anda belum menonton video beliau, sila tonton terlebih dahulu di sini.

4 Tabiat – Jadikan 2013 Tahun Yang Menakjubkan

1.   Sediakan One-Page Plan

one page plan

One-Page Plan adalah pelan perancangan kehidupan anda yang lengkap dan ditulis menjadi 1 muka surat atau 2 muka surat.

Di dalam One-Page Plan, jelaskan secara terperinci berkaitan fokus kejayaan anda, gol dan misi hidup serta apa yang anda mahu dalam hidup ini.

Ia merupakan blueprint kehidupan dimana anda akan menyimpan dan melihat pelan ini setiap hari untuk menjadikan ia sebagai kenyataan.

One-Page Plan perlu mengandungi :

  • Obsesi, kepakaran dan kecenderungan – dalam 3 tahun, sekiranya semua berjalan lancar, bagaimana tahun terbaik yang anda inginkan? Tulis dalam 1 perenggan.
  • Tulis Top 3 Values dalam hidup anda.
  • Tulis Big 5 untuk tahun ini (5 Kejayaan Besar yang anda ingin capai tahun ini)
  • Tentukan Quarterly Goals (Gol bagi 1/4 tahun atau setiap 3 bulan)

2.   1 Jam Berkualiti (The Holy Hour)

the holy hour

Mulakan hidup anda dengan 1 jam yang berkualiti. Bangun pada pukul 5.00 pagi dan bersedia untuk hari itu dari segi mental, fizikal dan emosi.

Mulakan 20 minit pertama (5.00-5.20 pagi) dengan senaman. Dengan senaman, anda akan merasa lebih segar, gembira, berinspirasi, relaks, berstamina dan lebih bertenaga.

Seterusnya, 20 minit kedua (5.20-5.40 pagi) untuk belajar dan membaca sama ada melalui buku, ebook, audio, video, online program, coaching dan sebagainya.

Wujudkan perpustakaan mini di rumah untuk menyimpan koleksi bacaan anda.

Laburkan wang anda bagi mendapat ilmu baru dan menambah ilmu pengetahuan sedia ada.

20 minit akhir (5.40-6.00 pagi) , tulis dan lihat jurnal perancangan anda bagi hari tersebut. Lihat perancangan anda dan apa yang anda akan lakukan pada hari tersebut.

Lihat seimbas lalu, bayangkan anda dapat menyelesaikan setiap tugasan yang telah dirancang. Ucapkan syukur di atas kejayaan (kecil atau besar) anda pada hari tersebut.

“The more you go to the edge of your limits, the more your limits will expand”

Langkaui had keupayaan anda. Cabar diri anda. Anda akan lihat had keupayaan anda akan menjadi bertambah.

Buat apa yang selama ini anda bimbang atau takut untuk melakukannya. Lepasi had kemampuan anda. Dan had kemampuan anda tadi akan menjadi normal setelah beberapa minggu.

3.   Senaman Kali Kedua (Second Wind Workout)

second wind workout

Senaman kali kedua akan membawa anda ke tahap yang lebih cergas. Ia akan transformasikan kesihatan anda, dan seterusnya mentransformasikan perniagaan anda.

Melalui senaman kali kedua ini, anda menjadi lebih bertenaga, lebih yakin dan lebih gembira.

Senaman di waktu petang, berjalan melihat keindahan alam dan kehijauan tumbuhan. Berikan kerehatan pada minda dan berfikir kembali melihat gol, perancangan dan nilai (value) yang anda miliki yang dapat disumbangkan kepada orang lain.

4.   Sistem Perancangan Mingguan (Weekly Design System)

the weekly design system

Bagi menjadikan tahun ini tahun yang menakjubkan, rancang hari dan minggu anda secara berkala. Bagaimana anda merancang hari anda akan menentukan minggu anda dan seterusnya tahun anda.

Justeru, setiap hari Ahad, sediakan masa untuk anda merancang aktiviti anda selama seminggu bermula Isnin sehingga Ahad bagi minggu tersebut.

Tetapkan Gol Mingguan (Weekly Goals) anda. Iaitu apa yang anda ingin capai dalam minggu tersebut. Kemudian, rancang hari anda di sekitar gol mingguan anda.

set weekly goals

Bina hari anda berdasarkan prioriti gol dan matlamat anda. Buat komitmen pada diri untuk bukan sekadar menjadi biasa-biasa dalam kerja anda.

Sesuatu kerja hanyalah dianggap menjadi kerja apabila anda memilih untuk melihatnya sebagai satu kerja.

Sebaliknya lihatlah kerja anda sebagai peluang untuk anda mengeksperisikan genius anda. Kepakaran anda. Hasil crafts anda. Sebagai alat untuk anda berkhidmat kepada manusia sejagat.

Jadilah salah seorang yang terhebat dalam kerja anda. Jadilah pakar dan genius dalam kerja anda.

wds

Gunakan pelan Weekly Design System untuk merancang minggu anda.

Download di sini.

Raikan setiap kejayaan anda. Berikan bintang bagi setiap minggu yang telah dilalui.

Tetapkan Gol Mingguan (Weekly Goals) anda.

Berikan gambaran yang jelas minggu anda tersebut, baiki ke arah lebih baik untuk minggu seterusnya dan review perkembangan anda sepanjang proses tersebut.

Tip Rumusan

  1. Jadikan tahun ini tahun yang terbaik dalam segenap segi hidup anda
  2. Jadikan tahun ini tahun anda sihat dan cergas pada tahap terbaik dalam hidup anda
  3. Laburkan wang dalam menuntut ilmu dan mempelajari ilmu baru. Fokus pada nilai yang akan diperoleh, bukan pada kos.

Ikuti 4 langkah di atas, dan anda akan melihat sesuatu yang menakjubkan berlaku dalam hidup anda selepas 40 hari.

Semoga 4 tabiat di atas akan menjadi tabiat baru yang menyeronokkan buat anda.

Semoga bermanfaat buat anda. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai mendapat manfaatnya. 🙂

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *