FOKUS dalam Perniagaan Internet

tip fokus

Assalamualaikum w.b.t

Setiap hari kita akan temui pelbagai peluang untuk membuat duit, menjana pendapatan dan peluang berniaga atau membuat pelaburan. Ramai yang mula menceburi sesuatu bidang perniagaan, dan tidak lama kemudian bertukar ke perniagaan yang lain pula. Sedangkan, perniagaan yang dahulu masih belum mendatangkan hasil yang diinginkan.

Ada juga yang cuba melakukan 2-3 perkara secara serentak dalam sesuatu masa. Hinggakan satu perkara pun tidak dapat disempurnakan dan disiapkan lebih awal atau mengikut perancangan.

Dalam perniagaan internet, pelbagai cara, kaedah dan peluang untuk menjana pendapatan di internet. Namun, ramai yang tidak dapat berjaya dan gagal menjana pendapatan di internet kerana tidak fokus. Mencuba pelbagai cara pada sesuatu masa hingga tiada hasil yang lumayan.

Tip FOKUS dalam Perniagaan

1. Fokus pada SATU produk sehingga mencapai target jualan, bukan SEMUA produk yang untung lumayan

2. Fokus pada potensi diri bukan halangan diri

3. Fokus pada hari ini bukan pada hari semalam dan pada hari-hari akan datang

4. Fokus pada kekuatan bukan pada kelemahan

5. Fokus pada perkara yang mampu diubah bukan perkara yang tidak mampu diubah

6. Fokus pada peluang bukan pada masalah

7. Fokus bertindak melakukan SATU perkara kecil satu persatu bukan SATU perkara besar hingga terbeban fikiran

8. Fokus pada visi dan misi bukan pada cakap-cakap orang

9. Fokus pada perkara UTAMA dan PENTING bukan perkara SAMPINGAN dan TIDAK PENTING

10. Fokus pada perubahan dan tindakan bukan pada hasil dan wang semata-mata

FOCUS : Forget Other Commitment Until Success (Lupakan tugasan lain sehingga berjaya diselesaikan)

FOCUS : Follow One Course Until Successful (Ikut satu cara/jalan sehingga berjaya)

Lihatlah pada kanta yang memusatkan fokus cahaya matahari pada satu titik sehingga terbakar.

Dalam Al-Quran, surah al-Insyirah juga Allah S.W.T telah berfirman untuk fokus melakukan sesuatu perkara sehingga selesai sebelum melakukan perkara yang lain.

“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). ” (Al-Insyirah, 7)

Langkah Untuk FOKUS

1. Tetapkan target, gol dan matlamat anda.

2. Senaraikan semua idea, tugasan dan projek anda.

3. Pilih satu idea, tugasan atau projek yang paling penting, segera dan lebih utama.

4. Buat pelan tindakan, kecilkan tugasan menjadi tugasan kecil langkah demi langkah beserta masa yang diperuntukkan.

5. Mula ikut pelan tindakan tersebut dan lupakan perkara yang lain sehingga anda selesai membuat setiap langkah yang telah disenaraikan tadi.

6. Seterusnya, pilih idea yang lain pula. Ulang langkah 3-5 di atas.

Anda mempunyai tip untuk fokus? Sila kongsikan bersama.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *