Hidup adalah PILIHAN tapi JANGAN SALAH PILIH

Assalamualaikum w.b.t

Salam bahagia, kaya dan berjaya 🙂

Setiap perkara yang dilakukan setiap hari adalah pilihan. Bermula daripada awal tidur sehingga ke malam hari semuanya adalah pilihan anda sendiri.

Contohnya, anda boleh pilih untuk bangun 3 pagi, 5 pagi, 7 pagi atau 10 pagi. Semuanya pilihan masing-masing.

Anda boleh pilih nak makan nasi, roti atau kuih. Nak minum kopi, teh atau air suam.

Anda boleh pilih nak baca buku atau bermain games. Anda boleh pilih nak bersenam atau tonton tv.

Anda boleh pilih nak solat awal waktu atau akhir waktu.

Anda boleh pilih nak duduk sahaja atau nak baca al-Quran.

Semuanya adalah pilihan.

Tetapi, setiap pilihan ada KESAN sama ada jangka singkat atau jangka panjang.

CONTOH 1

Contohnya, jika si A selalu tonton tv 2 jam setiap malam. Bermaksud sebulan si A sudah sediakan masa 60 jam untuk menonton tv.

Manakala, si B pula, membaca buku  motivasi 2 jam setiap malam. Bermaksud sebulan si B sudah membaca selama 60  jam dan bersamaan lebih kurang 10 buah buku dan sudah pasti si B lebih berilmu daripada si A.

KESAN jangka pendek, si A akan mengatakan ok je 2 jam, lagipun nak berehat. Tapi kesan jangka panjang, si A sudah rugi 60 jam dalam sebulan belum lagi setahun.

CONTOH 2

Si A selalu bangun lewat pukul 10 pagi. Manakala si B bangun pukul 5 pagi lagi.

Bermaksud si B mempunyai 5 jam lebih masa daripada si A. Bayangkan 5 jam setiap hari,bermaksud 150 jam sebulan. Banyak perkara yang si B boleh lakukan dalam masa 5 jam berbanding si A yang masih lagi berdengkur.

Jadi, hati-hati dengan setiap perkara yang dilakukan. Ubah tabiat tidak produktif kepada lebih produktif gaya jutawan dunia akhirat.

Oleh itu, sebelum lakukan sesuatu perkara, cuba fikir :

1. ADAKAH PERKARA INI PENTING UNTUK AKU LAKUKAN SEKARANG? JIKA YA,

2. BERAPA JUMLAH MASA PALING CEPAT UNTUK AKU SELESAIKAN?

3. ADAKAH PERKARA INI TERMASUK DALAM JADUAL/TO DO LIST?

4. APA KESAN YANG AKAN AKU DAPAT JIKA AKU LAKUKAN PERKARA INI SETIAP HARI?

Gunakan masa sebaiknya sewaktu di rumah atau di pejabat.

Jangan bazirkan masa tanpa perancangan kerana gagal merancang bermaksud merancang untuk gagal.

Masa amat berharga sama ada digunakan untuk jalan ketaatan atau sebaliknya.

Dapat sesuatu? : ) Semoga bermanfaat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *